
Sebak sayu ziarah Syafiq Ahmad,Amalina dan keluarga di Kedah. Jarang saya menangis. Tadi tak dapat tahan menangis tadi. Kehilangan ibu dan anak serta bibik asbab kemalangan jalan raya.
Amalina masih belum boleh bangun. Tadi bercerita ujian kerana kasih sayang Allah. Allah sayang.
InsyaAllah anak menanti dalam syurga. Buat ibu yang baik insyaAllah semoga Allah ampunkan dosa beliau dan hadiahkan syurga Firdaus. Allah nak beri mereka berehat dan nanti dapat kembali bersama dalam syurga. Sabar ialah amalan yang teramat besar disisi Allah.
Sayu sebak dengar soalan Syafiq dan Amalina. Bagaimana nak bantu mak masuk syurga. Nak hadiahkan amalan buat arwah mak. Banyak soalan dan luahan hati mereka. Baik sangat keluarga ini.
Melihat air mata mereka sepanjang luahan dan berbual tadi. Hati saya jadi sebak sangat. Sempat juga berbual dengan abang aen ayah Amalina. Merindui arwah isterinya.
Ya Allah berilah kekuatan buat keluarga ini. Rahmati mereka. Bantu mereka melalui semua ini. Ya Allah,ampunilah arwah ibunya hadiahkan syurga FirdausMu.
FOTO
Sumber: FB Ustaz Ebit Lew
Terdahulu..
Penyerang JDT Syafiq Ahmad cedera, anak antara 3 maut dalam kemalangan

NIBONG TEBAL: Bayi lelaki pemain pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) Muhammad Syafid Ahmad yang baru berusia 22 hari antara tiga yang maut dalam kemalangan awal pagi ini yang turut menyaksikan penyerang JDT itu berserta dua lagi ahli keluarganya cedera.
Dua lagi yang maut dalam nahas kira-kira 5.30 pagi di KM 163 Lebuhraya Utara-Selatan di Sungai Bakap itu ialah ibu mentuanya Zainab Wahab, 45, serta pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an.
Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Muhammad Syafiq, 25, serta seorang lagi anak perempuannya, dikenal pasti sebagai Aaira Nur Saffiya, 2, cedera ringan, namun isterinya Nur Amalina Nur Ain, 25, cedera parah.
Jurucakap itu berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada 5.36 pagi dan sepasukan anggota berserta sebuah jentera digegaskan ke lokasi.
“Setiba di lokasi, didapati sebuah kereta pelbagai guna jenis Toyota Vellfire dalam keadaan remuk teruk selepas dipercayai terbabas sendiri dan melanggar pembahagi jalan. Terdapat enam mangsa dengan tiga daripada mereka tersepit di dalam kenderaan itu,” katanya ketika dihubungi.
Menurut jurucakap itu, semua mangsa yang tersepit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Semua mayat dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk dibedah siasat manakala yang cedera pula dihantar ke Hospital Seberang Jaya.
Menurut Bernama, kenderaan tersebut difahamkan dipandu oleh Muhammad Syafiq.
Sumber polis daripada Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Selatan mengesahkan kejadian.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Be the first to comment