
Foto sekadar hiasan
Assalamualaikum, nama aku DZ. Anak kedua dari 5 beradik.
Sudah berkhwin. Anak satu. Aku tak tahu nak mula dari mana. Aku pun tak tahu nak meluahkan kepada siapa.
Ayah aku bakal melafazkan taIak kepada ibuku selepas 33 tahun berkhwin. Kata nya dah tawar hati.
Meh aku nak cerita dari mula kisah nya macam mana. My parents get married masa sama-sama belajar oversea.
Lepas setahun khwin, dapat anak sulung iaitu abang aku. Habis belajar, balik Malaysia, aku pun Iahir.
Masa ni ayah aku sambung belajar flying. After few years struggIing dengan hidup baru, my mum sambung belajar kursus perguruan.
So anak 4, dia dapat jadi cikgu. Everything was so fine to our own eyes as their children.
Sampai lah ibu start macam suka tinggi suara, m4rah-mrah, emo tak menentu.
Aku ingat lagi masa aku belajar universiti, aku pernah tak masak, lama jugak lah ibu tak bercakap dengan aku. Yang best nye bukan dengan aku sorang dia buat silent treatment.
Dengan semua orang dalam rumah. Things get w0rst lepas dia operation buang rah1m.
Lepas tu dia macam tak sedar, dia dah sakitkan hati ayah banyak kali. Marah pun ikut suka hati, perli-perli ikut suka hati, etc.
Dia rasa tak apa, pergi berjalan bercuti dengan kawan-kawan, pergi sana sini dengan kawan-kawan, sambut birthday pun dengan kawan-kawan dulu.
(Ya kita faham, dia krbankan waktu muda remaja dia yang habis dengan membesarkan kami s4kit pening while ayah pergi kerja fly sana-sini.)
Masa ni, ayah dah start rasa l0nely, disrespected. Umrah beberapa tahun lepas ayah doa nak kan bini kedua.
So here’s the life changing begins. Ayah jumpa dengan budak office dia. They were in love.
Tapi ibu tak tahu. Ayah bagitahu my sister. And my sister approved.
Sebab dia nampak macam mana heartbr0ken ayah bila ibu buat macam tu.
Kemudian, my sister disapprove sebab dia rasa tak fair to my mum. Bila disapproved, dorang brbalah sampai tak bercakap agak lama.
One fine day, suddenly, my sister menyahut bila ayah panggil. Ayah nangis truk sebab they were bff.
Ibu peIik. Bila ibu tanya what’s wrong. Ayah mengaku dia brbalah dgn my sis sebab ada affair dengan officemate.
Ibu kcewa. Mula-mula ibu macam r4nap. Mrah. Menang1s.
Ibu tak tahu apa salah dia sebab tak pernah orang tegur selama 33 tahun. Ayah tak pernah tegur.
Habis fasa menangis, ibu berubah 180 darjah. Tak mrah-mrah. Tak emo. Tak perli-perli.
Tak keluar lepak dengan geng dia. Tak pergi bercuti dengan kawan-kawan.
Even tak pergi masjid dah setiap malam kalau ayah tak ajak (sebelum ni ibu yang ajak).
Ayah? Mula-mula janji nak ptus dengan perempuan tu. Tapi lama-lama, ayah cakap ibu berubah tu dah terlambat.
Kami tak boleh serbu dia, sebab dia awal-awal dah bIock kami. Pernah juga kami mesej adik beradik dia, ayah mrah kan kami.
Ayah dah tak nak teruskan lagi dengan ibu. Hati dah tak ada. Istikarah nampak perempuan tu ajak keluar dari rumah kami.
Entah lah. Ibu dah cuba macam-macam nak ambil hati ayah. Tapi, berplsah yang ayah pilih. Mungkin tiada jodoh.
Oh, perempuan tu, tua dua tahun je dari aku. Muda setahun dari abang aku. Jadi, boleh imagine berapa umur dia.
Doakan ibu kuat. Doakan ayah bahagia dan tak menyesal. Doakan adik perempuan aku berbaik semula dengan ayah.
Doakan adik-beradik lelaki aku tabah. Doakan aku tenang. Doakan kami.
Seminggu lepas aku luahkan disini, ayah aku taIakkan ibu aku. Aku tak ada tempat nak meluahkan ni.
Adik aku pun dah truk dalam wad pslkiatri. Kalau aku sembang dengan dia, mau hati dia makin hncur. Mari aku ringkaskan cerita…
Ayah (umur 50-an) aku kenal dengan staff di ofis dia (kita namakan dia Hasna, umur 30-an) in 2017.
Bila ibu dapat tahu, ibu cuba berubah. January 2018, aku pernah mesej kembar awek ayah aku
(kita namakan dia Husna) aku mintak tolong dengan Husna ni mintak nasihatkan Hasna ni jauhkan diri dari ayah aku
Tapi dia mrah aku balik, jauhkan diri dari dia dan adik beradik nye sebab mereka pun bukan sukakan ayah aku mengg4nggu Hasna ni.
Long story short… April 2018, ayah lepaskan ibu dengan taIak satu depan kami adik beradik dan pak long kami (abang sulung ayah).
Ayah janji whatever happens is between him and our mother. But rupanya kami siIap.
Bila kami begitu berusaha untuk berjumpa dengan dia, rupanya dia semakin menjauhkan diri.
Paling merasai kesan nya adalah adik aku.
Adik aku paling rapat dengan ayah, setiap minggu selepas berpisah dia tanpa gagal mengajak ayah aku untuk keluar makan seminggu sekali.
Tapi semakin lama, ayah semakin jauh dari dia. Oktober 2018, adik pergi berjumpa psychiatric kerana mengalami kemvrungan yang teruk.
Since then, adik bergntung sepenuhnya pada ubat tidur di waktu malam.
Raya tahun ini, ayah ikut kami pulang beraya di kampung ibu, which kami sangat amaze
Kerana kami dah jarang bercakap dengan ayah sebab dia menjauhkan diri.
Adik apatah lagi, berapa kali bIocked unblocked number ayah. Siapa sangka, raya ke-4 (Sabtu, 8 Jun) tahun ni ayah khwin.
Tanpa kami dengar apa-apa berita.
Macam mana kami tahu? Ada yang menyampai pada ibu. Itu pun ibu tahu selepas 4 hari (Khamis, 13 Jun) perkhwinan ayah.
Hari yang sama adik di masukkan ke hospital kerana mengalami dpresi yang teruk. Aku macam biasa, cari punca untuk dapatkan kepastian.
Jadi, aku jumpa melalui fcebook Huda (kakak Hasna), aku hantar gambar berserta soalan, “are you married?” kepada ayah aku, tiada jawapan.
Masa tu rasa dunia macam gelap, aku ada adik perlu dijaga, ayah aku, pak long aku
even Husna sendiri tak reply mesej aku bertanya ayah aku dah khwin dengan Hasna ke.
Maka aku biarkan semua berlalu sebab aku ada adik perlu dijaga.
Isnin, 17 Jun, ketika aku dan ibu berbuka puasa di luar, adik aku ada menghantar mesej ingin bertemu ayah.
Selang beberapa minit, dia menghantar gambar perkhwinan ayah yang diambil dari google.
Aku dah tak rasa sed1h, aku lebih risaukan keadaan adik.
Adik pulang ke rumah, habis semua barang tinggalan ayah dihncurkan, dibaling, dipec4hkan.
Adik di hantar ke hospital untuk ubat penenang. Ibu tidur dengan adik malam tu.
Selasa, 18 Jun, aku hantar adik ke hospital untuk treatment kerana cubaan bahayakan ny4wa sendiri, ayah datang.
Dan bermulalah sesi kata kata kes4t dikeluarkan oleh adik, betapa hncur dan kcewa nya dia, betapa sed1h dan ranap hatinya.
Betapa dia mahu berada dalam hidup ayah tapi ayah langsung tidak mahukan dia.
Berp1sah dengan isteri tapi tidak dengan anak-anak.
Tapi tiada seorang pun anak-anak ayah berada di majlis khwin ayah, bukan kerana kami tak mahu pergi, tapi kerana kami tak dimaklumkan.
Rabu, 19 Jun, adik aku dimasukkan ke HUKM sebab beberapa kali cubaan membhayakan nywa sendiri.
Mungkin orang akan kata, ayah kahwin je pun. Tapi keadaan nya tak sama dengan kondisi adik.
Aku melawat adik setiap hari tanpa gagal, dari ditempatkan di wad psikiatri di luar
Sehingga masuk ke bilik kaca seorang diri, yang ada cuma katil, selimut dan bantal.
Even plug pun tak ada. Nak pergi tandas, nak makan, nak minum, ketuk lah tingkap tu sehingga nurse datang.
Sabtu, 22 Jun, aku dapat panggilan dari HUKM, adik meng4muk.
Dari waktu aku sampai di HUKM pada jam 2:30 petang sehingga 5:30 petang, aku tak dibenarkan masuk ke dalam, doktor cuba menenangkan adik.
Adik mahukan ubat tidur, doktor tidak membenarkan kerana dos yang lama masih berbaki.
Adik m4rah, cuba menckik diri dengan selimut. Tiga kali adik di1kat kaki dan tangan pada katil.
Adik mahu tidur supaya tidak berfikir tentang ayah lagi. Bila adik dah tenang baru kami dapat masuk.
Ahad 23 Jun, aku datang melawat adik lagi, adik makan semua buah yang aku bawa, tiba-tiba adik kata perut dia s4kit kerana telan sabun semasa mandi pagi.
Adik cakap dia tak mahu pergi buat selamanya, dia cuma ingin pengsan dan tak mahu bangun.
Adik dipksa munt4h dan ber4k untuk keluarkan sabun yang ditelan. Seharian adik Iemah kerana ker4cunan.
Hari ni, adik dipanggil masuk ke bilik conference untuk meluahkan semua yang dia rasa.
Dalam bilik conference tu ada ramai prof dan doktor untuk mendengar masalah dpresi adik.
Bila adik keluar dan tanya nurse kenapa dia dipanggil, nurse cakap, kes adik berat.
Doktor yang merawat tak jumpa solution untuk masaIah dia. Adik tak dapat discaj hari ni.
Untuk semua yang terjadi sehingga hari ni, untuk anak dan suami yang terpksa berk0rban masa demi mummy jaga aunty.
Untuk ayah yang tinggalkan kami kerana syarat Hasna tidak mahu jadi isteri kedua dan tak mahu lelaki yang datang dengan pakej (anak-anak).
Dan untuk Hasna yang datang dan membawa ayah pergi walau berkali kami katakan berhenti, terima kasih.
Tahniah dapat seorang pilot seperti yang diimpikan.
Tahniah juga mak tiri yang dapat suami yang single (dari segi isteri dan anak-anak).
Kredit: budaksitu.pw
Be the first to comment