
INSTAFAMOUS, Hafiz Mahamad terus menjadi bualan netizen dan terbaharu mengenai video beliau menguruskan j3nazah sahabatnya yang menin-ggal dunia akibat str0k..
Menerui video yang dikongsikan itu, beliau dilihat menguruskan dan mengimamkan solat jenazah, memandu van jenazah dan menguruskan pengebumian sehingga memasukkan jenazah ke liang l4had.
Pendakwah terkenal dan juga Pensyarah Fiqh Semasa, Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata, umat Islam perlu berhati-hati dalam mengingati mati, sambil menambah hal tersebut termasuk merakam j3nazah dan menyebarkannya di laman sosial.
“Isu ini perlu diperhalusi hukumnya. Jika rakaman video atau gambar diambil untuk tujuan simpanan peribadi tanpa menyebarkannya kepada umum, maka hukumnya adalah makruh. Ini kerana golongan ulama khilaf dalam isu ini.
“Ada ulama yang mengharamkan dan ada yang mengharuskan. Bagi menghormati pandangan semua ulama, maka meninggalkan perbuatan merakam atau mengambil gambar jenazah untuk simpanan peribadi adalah lebih baik.
“Ia sekurang-sekurangnya akan mengurangkan fitnah kepada jenazah dan keluarganya jika video itu tersebar tanpa diduga,” katanya kepada mStar..
Mohd Izhar yang juga Felo Kanan Institut Islam Hadhari UKM berpendapat sekiranya video atau gambar yang diambil untuk tujuan sebaran umum di laman sosial sehingga boleh menimbulkan fitnah kepada keluarga si mati atau jenazah, maka hukumnya adalah haram.
“Ini kerana kemudaratan menyebarkan video atau gambar si mati akan membuka ruang fitnah yang lebih besar berbanding kebaikan.
“Apatah lagi jika penyebaran video tersebut tidak mendapat keizinan ahli keluarga si mati. Lebih membimbangkan, maksud sebenar penyebaran video itu mampu memberi pandangan negatif masyarakat.
“Maka, bagi menjaga kemuliaan jenazah dan kehormatan maruah keluarganya amat penting. Nabi SAW juga ada bersabda yang bermaksud: Hak setiap muslim ke atas muslim yang lain adalah haram (baginya mencerobohi) maruahnya, hartanya dan darahnya. Riwayat Muslim,” ujar beliau.
Hafiz (dua, kanan) sebak dengan pemergian sahabatnya.
Beliau berkata, perbuatan menyebarkan gambar atau video jenazah dan menyebarkan kepada awam hingga membawa kepada fitnah yang membabitkan semua pihak dalam pembikinan video tersebut, yang boleh mendedahkan aib si mati serta menyakiti hati keluarga waris atau sesiapa sahaja yang terlibat dengan jenazah.
“Justeru, perbuatan menyebarkan gambar atau video jenazah perlu dihentikan kerana ia bercanggah dengan etika, moral dan akhlak Islam,” kata Mohd Izhar sambil menambah bahawa perbincangan mengenai isu hukum tersebut boleh dirujuk juga dalam Irsyad al-Fatwa Siri ke 519 dari Pejabat Mufti Wilayah persekutuan.
Maksud sebenar penyebaran video itu mampu memberi pandangan negatif masyarakat.
PROF MADYA DATUK DR MOHD IZHAR ARIFF MOHD KASHIM
Sementara itu, pendakwah bebas dan Pencetus Ummmah (PU) Amin berpandangan, adalah perlu menguar-uarkan kematian seseorang itu kepada umum.
“Ini supaya orang tahu perkara yang berkaitan dengan si mati. Hubungannya dengan kehidupan telah pun selesai dan seandainya ada perkara yang belum ditunaikan bolehlah merujuk kepada ahli keluarga si mati.
“Menguar-uarkan kematian juga memberikan banyak manfaat supaya orang lain boleh mendoakan si mati agar terus mendapat ketenangan dan kebaikan di alam roh,” katanya.
PU Amin turut memberi pandangan berhubung video yang tular.
PU Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim berkata, bagaimanapun, sama ada video atau gambar yang dirakam itu perlu mendapat keizinan daripada keluarga si mati dan sekiranya ia tidak mendedahkan keaiban atau membuka ruang-ruang fitnah kepada si mati khususnya.
“Mungkin cara dan gaya suntingan video itu nampak seolah-olah dia pergi melancong seperti yang dikatakan netizen, tapi bagi saya, ia memberikan satu gambaran positif agar kita melihat kematian itu dekat dengan kita.
“Selalu kita nampak instafamous, jutawan dan orang-orang kaya atau ahli perniagaan selalu ambil video mengenai kelalaian dan keseronokan, tapi kali ini Instafamous atau seorang yang dikenali ramai, Hafiz mengambil video tentang kematian yang mengingatkan hati kita tentang hari kematian dan nyawa kita yang akan diambil Tuhan.
“Cuma gaya penyampaian melalui video itu menimbulkan banyak perbalahan dalam kalangan masyarakat. Selagi garis panduan dijaga, maka tidak menjadi masalah untuk mengambil gambar dan video jenazah.
“Tapi perlu dijaga adab dan akhlak ketika kita mengambil rakaman bagi orang yang telah meninggal dunia. Kita juga boleh melihat dari sudut yang lebih baik, iaitu keakrabannya dia dengan sahabat itu membuatkan dia nak abadikan momen-momen terakhir dengan sahabat.
“Soal niat, tujuan untuk meraih populariti, like dan view, saya kira orang yang berakal matang dan beriman tidak akan melakukan perkara tersebut. Namun kalau ada niat di sebaliknya, Allah SWT yang mengetahui segala niat dan tujuan, kita (manusia) hanya melihat atau mentafsir sesuatu yang zahir sahaja,” katanya
“Niat Saya, Allah Saja Tahu..”-Hafiz
Berikutan k3caman hebat yang diterima setelah berkongsi rakaman video pemergian sahabat baiknya, usahawan Hafiz Mahamad tampil membuka mulut bagi menjelaskan berkenaan isu tersebut.
Bagi tujuan itu, dia yang juga selebriti media sosial itu memuat naik beberapa keping Instastory di laman Instagram miliknya.
Niat saya hanya Allah yang tahu
“Niat hati saya Allah saja yang tahu. Apa pun pandangan kamu, bukan salah kamu.
“Ada yang melihat ia dapat manfaat, ada yang melihat dan nampak saya yang bukan-bukan saya terima semuanya sebab saya tak mampu untuk kawal ‘hati’ kamu,” tulisnya.
Menurut Hafiz, niat hatinya hanya Allah sahaja yang tahu. Terpulanglah apa pemikiran orang lain terhadap dirinya selain tidak menyalahkan mereka kerana baginya, dia tidak mampu mengawal hati orang lain.
Takpe sahabat, biar mereka berkata2
Malah, salah seorang kenalannya turut mempertahankan Hafiz dengan memuat naik kenyataan di Instastory yang kemudiannya dikongsi semula oleh Hafiz.
“Takpe sahabat, biar apa orang kata. Hanya niat di hati, kita je yang tahu. Buat kerana Allah, Allah je yang tahu niat kita,” tulis sahabatnya.
Selain itu, penyanyi rap Caprice turut mengulas mengenai isu tersebut di laman sosial miliknya. Dia yang mengenali Hafiz secara peribadi cuba ‘membersihkan’ tanggapan netizen terhadap usahawan terbabit.
Caprice menegaskan bahawa Hafiz adalah individu yang suka merakam perjalanan aktiviti yang dilakukannya untuk memberi inspirasi kepada orang lain.
Dia dah banyak bantu orang
“Dari dia baru nak up sehingga dia ada anak, Hafiz memang suka bantu orang dan rakam perjalanan untuk inspire orang kat luar sana. Niat Hafiz buat video-video ni takde siapa boleh tahu kecuali dia dengan Allah.
“Untuk menangis pemergian sahabat, ada yang buat lagu, ada yang buat video, ada yang buat album foto. Terpulanglah, tetapi apabila sesiapa meninggal dunia benda yang perlu kita buat adalah sedekahkan al-Fatihah, atau diam sahaja,” ulas Caprice.
Selain itu, Hafiz turut berkongsi dia telah berjaya mengutip sebanyak RM40,000 hasil sumbangan orang ramai untuk diberikan kepada keluarga Allahyarham.
Nama Hafiz Mahamad bukanlah asing kalau korang aktif di Instagram. Pemuda ini sering kali menjadi sebutan sejak beberapa tahun lepas, malah ada yang melabel Hafiz lelaki romantik kerana selalu surprise isterinya, Syafiqah Aina sejak mereka belum bernikah lagi.
Instafamous dan usahawan terkenal Hafiz Mahamad berkongsi berita duka apabila sahabat baiknya, Loh atau nama sebenarnya Wan Mohd Abdullah Wan Mohd Noor telah meni-nggal dunia, pagi tadi.
Sebelum ini, Hafiz pernah merentas negeri untuk bertemu dan menghadiahkan arwah sebuah kerusi roda elektrik bagi memudahkan pergerakan sahabat baiknya itu.
Menurut Hafiz, dia akan pulang ke Kelantan dengan menaiki kapal terbang pada pukul 10 pagi nanti.
“Sahabat saya Loh baru saja men-inggal dunia pagi tadi. Jadi, 10 pagi saya akan ke Kelantan.
“Masa terakhir saya jumpa, masa tu saya dah tau berapa lama jangka hayat dia boleh bertahan. Sebab saya ada juga tanya jururawat,” katanya menerusi Instagram Stories.
Tambah Hafiz, dia sudah mengetahui dari awal yang arwah hanya mampu bertahan selama sebulan.
Walaubagaimanapun, suami kepada Syafiqah Aina ini memilih untuk mendiamkan diri dan tidak berkongsi kepada orang ramai.
“Peny4kit ini jangka hayat paling lama adalah sebulan.Tetapi masa tu saya tak boleh terima. Sahabat saya boleh ‘fight’ dan bertahan.
“Saya tak bagitahu dekat sapa-sapa. Saya diam saja. Takdir dia harini, dia sahabat paling saya sayang, rindu dan cinta. Rehat la Loh. Kita jumpa di syurga nanti,” katanya lagi.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Be the first to comment