
Di laman Twitter ketika ini, rata-rata netizen mula membuat spekulasi mengenai Neelofa dan PU Riz selepas adik-beradik selebriti itu memuatnaik perkongsian yang sama di laman Insta-story mereka.
Kongsi Status Yang Sama.
Menerusi perkongsian itu, ketiga-tiga adik beradik selebriti terkenal itu iaitu Noor Nabila, Athisha Khan dan Ameera Khan berkongsi beberapa kenyataan yang merujuk kepada sikap sebenar seseorang itu selain turut berkongsi doa yang meminta perlindungan daripada perkara-perkara yang buruvk.
“Kami berlindung dengan Allah daripada perkara (perkara buruvk) tersebut (daripada menimpa kami)” kongsi ketiga-tiga mereka di Insta Story sebentar tadi.
Foto Risik Neelofa Sudah Dipadam?
Selain itu, terdapat dakwaan daripada netizen yang mengatakan bahawa mereka tidak lagi mengikuti pendakwah bebas yang juga pelakon itu di laman Instagram.Malah foto bersama Neelofa dan PU Riz di laman Instagram tidak lagi kelihatan termasuklah foto ketika acara merisik Neelofa pada awal November lalu.
Bagaimanapun, dalam masa yang sama peminat turut mendoakan yang terbaik buat hubungan Neelofa dan PU Riz. Untuk rekod, Neelofa dan PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris bin Mohd Ismail telah mengikat tali pertunangan pada 1 November 2020 tidak lama selepas pemilik jenama Naelofar itu mengumumkan dirinya sudah berpurdah sepenuhnya.
Kisah sebelum ini,
“Saat yang ditunggu sudah pun tiba…” – Ibu bersyukur Neelofa sudah disunting
Ibu kepada selebriti dan usahawan Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed menzahirkan rasa syukur atas ketentuan Allah berikutan anak kesayangannya sudah bertemu lelaki pilihan hati.
Dalam laman Instagram peribadinya, Noor Kartini berkongsi catatan yang menyentuh hati mengenai bagaimana bersykurnya beliau kerana aturan Allah pada kehidupan Neelofa sungguh indah sekali.
Katanya, hari ini juga merupakan, hari yang bermakna bagi seluruh keluarganya dan paling ditunggu-tunggu.
“Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.. syukurku padamu Ya Rabb.. saat yang ku tunggu-tunggu sudah pun tiba, kau hadirkan insan istimewa yang bakal membimbing bidadari kesayanganku.
“Aku yakin dengan ketentuanmu, yang mana insan ini dapat membahagiakannya, dapat menyerikan dan melengkapi hidupnya yang akan menyokong setiap apa saja urusan nya.
“Ya Allah, jadilah mereka penyebab kami menjadi tetamu istimewamu disyurgaMu nanti.. Amin,” kata Noor Kartini menitipkan doa buat Neelofa.
Selebriti dan usahawan ternama, Neelofa hari ini menerima kunjungan keluarga PU Riz pada Ahad.
Catatan Noor Kartini itu juga bagaikan memberi bayangan bahawa Neelofa yang kini memilih untuk berpurdah sudah dirisik oleh PU Riz pada Ahad.
Neelofa Mohd Noor, 31, dan PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, difahamkan bakal disatukan menjelang Mac tahun depan.
Sumber yang turut menghadiri majlis merisik itu memaklumkan, keluarga kedua-dua pihak juga menyerahkan kepada Neelofa dan PU Riz untuk menentukan perancangan perkahwinan mereka termasuk jumlah hantaran.
Dalam masa sama, sebagai ibu turut mendoakan yang terbaik buat anaknya itu.
“Neelofa ku sayang, jantung hatiku, intan permataku,setiap detik dan setiap saat mama mendoakan yang terbaik untukmu sayang .. Mama love you very much,” tambahnya lagi.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : murai.my
Be the first to comment