
KEMELUT hubungan selebriti terkenal Neelofa dengan Pencetus Ummah (PU) Riz atau Haris Ismail yang didakwa sudah berakhir dan dikaitkan dengan pelbagai tudu-han buruk telah menarik perhatian penerbit Datuk Ayu Puteh untuk memberikan pendapatnya.
Ayu atau nama sebenarnya Normashayu Puteh, 44, berkata, dia mengenali ahli keluarga dan bapa pendakwah itu iaitu Datuk Seri Ismail sejak 15 tahun lalu kerana mereka berada dalam satu persatuan perniagaan yang sama.
Justeru itu, Ayu berkata, adalah agak mustahil tuduhan mengatakan pendakwah itu dan keluarganya mempunyai niat bu-ruk terhadap Neelofa yang melibatkan wang seperti tersebar di laman sosial.
Foto PU Riz (kiri) bersama Da’i Syed di hadapan Food Station miliknya.
Malah, Ayu menegaskan PU Riz juga memiliki perniagaan makanan sendiri yang kini sudah mempunyai 10 cawangan di seluruh Malaysia.
“Saya kenal PU Riz sejak umur dia 10 tahun dan tak salah saya, ketika itu dia masih di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Besut, Terengganu. Walaupun tak rapat tapi saya tahu dia lelaki yang baik dan sesuai untuk dijadikan suami.
“PU Riz urus perniagaan bersama keluarga iaitu Food Station yang sudah ada lebih 10 outlet dalam Malaysia. Tapi masih ada segelintir pihak yang tuduh kata PU Riz kaya sebab ibu bapa dia.
“Bapa dia sentiasa berikan yang terbaik untuk anak-anak, didikan agama yang cukup dan hantar sekolah agama yang terbaik. Takkan la Neelofa nak berkahwin dengan lelaki yang tak ada ilmu agama atau suami orang?
“Memang Neelofa berkemampuan tapi PU Riz juga mampu nak tanggung bakal isteri ikut kemampuan dirinya. PU Riz seorang yang berpelajaran tinggi begitu juga dengan Neelofa,” katanya kepada mStar.
Memang Neelofa berkemampuan tapi PU Riz juga mampu la nak tanggung bakal isteri ikut kemampuan dirinya.
Ayu diminta mengulas berhubung hal berkenaan kerana dia mengenali keluarga personaliti dakwah itu selepas pemuda itu dikatakan putus tunang. Antara tuduhan PU Riz dikatakan menggunakan minyak pengasih untuk memikat Neelofa.
Selain tuduhan itu, netizen turut membuat fitn4h kononnya PU Riz menerima wang RM100,000 daripada Neelofa menerusi pindahan wang.
Dia yang juga pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa mempunyai perniagaan Food Station yang salah satunya terletak di Nu Sentral.
Untuk rekod, dalam bidang pendidikan, pemilik nama Muhammad Haris Mohd Ismail ini merupakan graduan Universiti Al-Azhar, Mesir dan memiliki Diploma Pengajian Islam.
Dia kini meyambung pengajiannya peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang Undang-Undang.
Sementara itu, Ayu turut mendedahkan bapa PU Riz merupakan ahli perniagaan yang sangat berjaya namun memiliki sikap yang sangat merendah diri serta tidak mahu dikenali.
“Saya memang kenal Datuk Seri Ismail sebab dalam satu persatuan perniagaan yang sama. Sudah 15 tahun kami kenal dan bapa dia seorang yang kaya-raya juga sebab mempunyai perniagaan yang berjaya.
“Bapa dia memang ahli perniagaan yang berjaya tapi tidak mahu heboh dan beliau juga sangat merendah diri. Kami buat perniagaan agensi pembekal pekerja satu Malaysia. Beliau juga tak suka dunia glamor ni,” ujarnya.
Dalam pada itu tanpa merujuk kepada pasangan berkenaan, Ayu berpendapat kasih sayang seseorang itu tebal yang dikurniakan Allah dan tiada penggunaan minyak pengasih sebagaimana didakwa netizen.
” Netizen dan penfitnah ni pun agak-agaklah nak tuju fitnah pun. Kasih sayang yang tebal tu dikatakan Kena minyak pengasih agak kelakar la. Kasih sayang Allah yang bagi. Kalau hati tu cinta tebal. Jangan la fitnah kena minyak pengasih pula. Tuan badan taulah tu,” ujarnya.
Pihak mStar berjaya menghubungi PU Riz, namun pelakon itu meminta diberikan ruang untuk menyelesaikan masalahnya dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media.
Pada Sabtu lalu, kisah mengenai hubungan Neelofa dan PU Riz hangat diperkatakan netizen selepas adik-beradik usahawan itu berkongsi status berbaur sindiran yang dipercayai ditujukan kepada seseorang.
Selepas itu Neelofa tampil menerusi sebuah video menolak tuduhan-tuduhan yang dianggap telah menjejaskan nama baik dan maruah keluarganya pada malam Ahad lalu.
Bekas pengacara program MeleTOP itu mengikat tali pertunangan dengan PU Riz pada 1 November lalu di kediamankeluarganya di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.
“Bagi Anak Lelaki, Ibu Adalah Nombor Satu.” PU Riz Akui Banyak Hal Ikut Kehendak Ibu Menjadi, Tak Kisah Dilabel ‘Anak Mak’
Isu anak mak bukanlah benda baru dalam masyarakat kita. Baik orang biasa mahupun selebriti turut mengalami situasi tersebut. Ada yang kurang gemar dilabel sedemikian, tak kurang yang bangga.
Demikian juga dengan selebriti bernama PU Riz ini. Dia mengakui tidak kisah andai dilabel sebagai ‘anak emak’. Menurut Riz, sepanjang dia menuruti kesemua kehendak ibunya, hampir semua perkara yang dlakukan berjalan lancar.
“Banyak benda yang saya ikut kehendak ibu saya, ia menjadi. Bukan diberi rezeki yang sedikit tetapi melimpah ruah. Dalam hal sambung belajar ini pun, saya mahu penuhi permintaan ibu.
“Saya masuk dunia seni pun atas restunya. Jadi apa salahnya saya penuhi hasratnya yang mahu saya berjaya dalam akademik.
menegaskan akan tetap mendahulukan pendapat dan pandangan ibunya membabitkan soal jodoh, walaupun dalam waktu sama dia sudah mempunyai kekasih hati kelak. Dia juga tidak kisah andai kenyataan diberikan itu akan menyebabkan ada pihak mengajuknya ‘anak mak’ selepas ini.
Ibu nombor satu
Kata bekas peserta Pencetus Ummah itu, andai ibunya tidak bersetuju dengan pilihan hatinya dia akan akur.
“Bagi anak lelaki ibu adalah nombor satu. Malah taraf seorang ibu sangat tinggi di sisi Allah. Al-Quran juga menyebut ibu lebih berbanding bapa.
“Bagi seorang isteri pula suami adalah nombor satu. Bagaimanapun andai bernikah nanti saya sedaya upaya mewujudkan keluarga yang hidup dalam suasana beragama,” katanya.
Dia yang mula dikenali menerusi program realiti, Pencetus Ummah (PU) musim keempat ini juga mula berjinak-jinak dalam dunia bisnes apabila membuka restoran miliknya, Food Station yang beroperasi di Jalan Tun Sambanthan, KL (berhadapan dengan Nu Sentral) yang sudah sudah beroperasi sejak dua tahun lalu.
Mahu teruskan legasi ayah
Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd. Ismail rupa-rupanya mahu meneruskan legasi bapanya yang lebih dahulu menceburi dunia perniagaan.
“Bapa menjadi mentor saya dalam apa yang dilakukan termasuk selok belok dunia perniagaan. Saya percaya dalam hidup ini, kita perlu lakukan sesuatu yang dapat memberi jaminan masa depan. Ada juga pendapatan tetap saya setiap bulan.
“Dunia seni masih saya cintai dan berjalan macam biasa. Cuma saya melihat prospek perniagaan makanan ini khususnya boleh dikembangkan dengan baik. Kalau sebut fasal makan ini semua orang perlukan makanan. Pilihan makanan di luar sana memang macam-macam.
Anjur ceramah agama di restoran
Bercerita lanjut mengenai restoran miliknya, premis makanan itu menyediakan lebih 500 lauk pauk Melayu, Thailand dan Barat.
“Sejak dari awal lagi, saya memang tak lepas tangan menguruskannya. Sibuk mana pun, saya akan cuba bahagi masa untuk restoran ini. Dari awal mendaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia hinggalah beroperasi sampai sekarang, saya akan ambil bahagian.
“Saya turut berusaha mencari tukang masak terbaik sampai pergi ke Kelantan. Banyak juga kos yang dilaburkan termasuk mengubah suai semula restoran ini kerana ia diambil dari sebuah kedai lama yang diuruskan pihak lain,” katanya.”Hidayah Itu Sesuatu Yang Perlu Di Cari”Pu Rizz
Malah Riz turut menganjurkan ceramah agama di premis berkenaan dalam menyuntik elemen kerohanian sambil menjamu selera.
PU Riz batal rakaman program TV sepanjang Januari
“PU Riz sudah membatalkan semua rakaman program TV sepanjang bulan Januari. Beliau tidak dapat dihubungi,” kata sumber berkenaan.
Neelofa akui sukar untuk fahami apa yang sebenarnya berlaku
Usaha Astro AWANI untuk mendapatkan kenyataan daripada bekas peserta program Pencetus Ummah itu juga tidak berjaya.
Sejak dua hari lalu, kami menghubungi telefon bimbitnya selain meninggalkan pesanan di aplikasi WhatsApp serta di akaun Instagram peribadinya yang diikuti oleh 589,000 pengikutnya.
Bagaimanapun, tiada sebarang maklum balas yang diperoleh daripadanya.
Pada Ahad, Neelofa mengeluarkan kenyataan media menafikan segala dakwaan tidak berasas yang dilemparkan ke atas dia dan PU Riz.
Neelofa menegaskan, keluarga dia dan PU Riz kini dalam proses membincangkan mengenai masa depan mereka berdua.Jelitawan berusia 31 tahun itu juga menafikan dakwaan terkena buatan minyak pengasih selain menyelar pihak-pihak yang membuat tuduhan dia memindahkan sejumlah wang yang besar jumlahnya pasa PU Riz.
Astro AWANI pada 1 November lalu melaporkan, Neelofa menerima kunjungan keluarga PU Riz bagi menyempurnakan majlis merisik.
Kedua-dua mereka difahamkan sudah merancang untuk berkahwin sekitar Mac 2021.
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami
Be the first to comment