
Kekasih Sharifah Sakinah, Michael Hansen menafikan dakwaan pelakon wanita itu perampas dan pemusnah rumah tangga orang.
Michael menegaskan dia tidak pernah menjalin hubungan sulit bersama Sakinah sepanjang mengenalinya.
Sebaliknya hubungan perkahwinan bersama dengan bekas isterinya itu telah berakhir sebelum bertemu dengan Sakinah.
“Merujuk kepada khabar angin yang tersebar di media sosial sejak kebelakangan ini, saya ingin menjelaskan dan mengesahkan bahawa
Sharifah Sakinah BUKAN penyebab perpisahan perkahwinan saya.
“Hubungan antara saya dan ibu anak-anak saya sudah berakhir setahun sebelum saya bertemu dengan Sakinah. Selepas daripada perpisahan itu kami memang tinggal secara berasingan.
“Sakinah adalah seorang wanita hebat, baik hati dan mempunyai sifat humor yang sangat menyenangkan.
“Kami juga menghormati masa silam masing-masing. Saya harap anda semua dapat menghormati privasi keluarga saya dengan cara yang sama,” jelasnya dalam Bahasa Inggeris.
Michael berkata demikian ketika dihubungi Gempak menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.
Terdahulu, nama Sakinah tiba-tiba menjadi hangat apabila timbul pelbagai versi cerita kurang enak mengenai dakwaannya sebagai perampas suami orang.
Dalam perkembangan lain, Sakinah sebelum ini memaklumkan bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka berasal dari Sweden ini pada 28 Mei tahun hadapan.
Dituduh Rampas Suami Orang, Sharifah Sakinah Terpaksa Buka Mulut Cerita Kisah Sebenar.
Kisah percintaan pelakon ‘gila-gila’, Sharifah Sakinah, 31, dengan kekasihnya yang juga warga Sweden, Michael Hansen, 41, bukan rahsia lagi. Malah, mereka sudah merancang untuk mendirikan rumah tangga pada Mei, tahun depan.
Di sebalik foto mesra pasangan dua sejoli yang sering diperkatakan, timbul pula dakwaan menuduh pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka itu perampas dan pemusnah rumah tangga orang.
Timbul pelbagai versi cerita yang kurang enak didengar di laman maya, namun Sakinah menegaskan, dia paling pantang ‘mencaras’ suami lain.
Sakinah atau nama sebenarnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired itu berkata, dia masih waras dan teguh dengan prinsip hidupnya tidak mengambil suami orang.
“Saya kenal Hansen sudah bergelar duda. Dia berpisah dengan bekas isterinya sudah lama ketika bekerja di Singapura, sebelum berpindah ke Malaysia.
“Netizen suka membuat tuduhan melulu kononnya Hansen sanggup meninggalkan isteri dan dua anaknya kerana mahu berkahwin dengan saya. Saya pernah menghubungi bekas pekerja yang tahu kisah sebenar untuk mengetahui kesahihan cerita. Saya nak buktikan saya bukan perampas. Jika ada sesiapa nak tanya bekas pekerja berkenaan pun dipersilakan,” katanya kepada BH Online.
Adik kepada Sharifah Shahira itu berkata, Hansen sudah terbang ke Sweden untuk menyambut perayaan Krismas bersama dua cahaya matanya, beberapa minggu lalu.
Selain itu, katanya, dia pulang ke Sweden untuk menyelesaikan urusan dengan bekas isteri.
“Apabila merancang mahu berkahwin, Hansen kena uruskan beberapa urusan membabitkan dokumen percer4ian.
Adat dan cara orang putih selepas berpisah bukan jenis terus tinggalkan pasangan mereka. Ada beberapa prosedur perlu diselesaikan.
“Kita sendiri orang Melayu pun jika berpisah ada perkara yang perlu diselesaikan,” katanya yang kini sibuk di lokasi penggambaran drama Aku Yang Kau Gelar Isteri arahan Shuhaimi Lua.
Sakinah berkata, mengikut perancangan mereka akan berkahwin pada 28 Mei tahun depan.
“Ini rancangan kami, tetapi jika boleh dipercepatkan juga baik. Tarikh 28 Mei adalah ulang tahun kami. Saya dan Hansen berkongsi tarikh lahir sama.
“Bagaimanapun, kita tak tahu pandemik COVID-19, apa sahaja boleh terjadi. Saya harap urusan untuk Hansen pulang ke Kuala Lumpur akan dipermudahkan,” katanya.
Sakinah berkata, dia dan Hansen merancang majlis ringkas sahaja.
“Cukup akad nikah bersama majlis resepsi pada hari sama. Saya tak buat majlis besar-besaran pun. Undangan pun sekitar 200 tetamu. Paling penting, majlis ringkas yang bermakna dalam hidup saya,” katanya.
Bagi Sakinah, mungkin perkenalan agak singkat tetapi dia percaya soal keserasian lebih utama.
“Pusat senaman menemukan saya dan Hansen. Kami suka bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat. Hansen juga yang boleh terima kenakalan dan perangai gila-gila saya. Saya pula disleksia tahap ringan.
“Hansen juga seorang yang gila-gila, hinggakan kakak, Sharifah Sharifah boleh melayannya. Hansen tegas dan bersikap seperti bapa.
“Bagi saya, tak timbul soal saya bertemu pengganti jejaka asing atau sebaliknya. Pada akhirnya, ia berbalik kepada keserasian dan kebahagiaan apabila berada bersama orang disayangi,” kata ibu kepada Anais Adha yang kini berusia tiga tahun itu.
Sumber : GEMPAK
Be the first to comment