Kekasih suruh pakai tudung. Alasan yang Atikah Suhaime Bagi buat Netzen terkejut

Pelakon Atikah Suhaime mengakui dirinya belum bersedia untuk mengenakan tudung meskipun dipuji cantik oleh kekasihnya, Datuk Lokman Teh.

Malah tambah pelakon drama Dendam Cinta Arissa itu, kekasihnya itu juga pernah meminta dia memakai tudung.

Perkara berkenaan diluahkan Atikah atau nama lengkapnya Nurul Atikah Mohd. Suhaime menerusi InstaStory miliknya semalam.

“Hari itu, mama dengan lokmanteah cakap saya nampak cantik pakai tudung. Lokman suruh saya pakai tudung.

“Tapi pakai tudung sebab nak nampak cantik atau sebab Allah? Entahlah. Belum sedialah.

Insya-Allah satu hari nanti,” tulisnya. Menerusi perkongsian tersebut, pelakon kelahiran Singapura itu memuat naik sekeping gambar dirinya memakai tudung berwarna merah jambu.

Atikah juga baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama terbaharu berjudul Aku Seorang Perempuan yang menampilkan dirinya membawa watak seorang wanita bertudung bernama Siti Nor Aisya.

Pergi Bercuti Dengan Kekasih. Mengejutkan Bila Tiba Tiba Atikah Suhaime Bongkarkan Sesuatu Tentang Perkahwinannya Buat Warganet Terkedu.

Foto dan video pelakon Atikah Suhaime bercuti di Langkawi bersama kekasihnya, Datuk Lokman Teh mendapat perhatian warganet.

Melihat percutian mewahnya bersama kekasih dari foto dan video yang dimuat naik ke Instagram (IG) , rata-rata turut bertanya bila dia bakal menamatkan zaman bujang.

“Kalau lelaki itu kaya kenapa tak kahwin cepat daripada pergi sana sini menambahkan dosa buat apa,” tanya warganet

Atikah tidak mendiamkan diri malah menjawab persoalan tersebut. “Nak kahwin, (tapi) wali semua di Singapura. Kena tunggu MCO (Perintah Kawalan Pergerakan) di Singpuara tamat. Ke ada cara FaceTime?,” jelasnya.

Pun begitu, ada juga yang turut mendoakan kebahagian mereka. “Semoga ke jenjang pelamin. “Bestnyer honeymoon,” komen pengikutnya.

Menerusi foto dan video percutian tersebut, Atikah bukan sahaja bersama kekasihnya malah bersama rakan-rakannya yang lain.

Terdahulu, Atikah mengikat tali pertunangan bersama Awie Rafael sebelum hubungan itu putus pada 14 Mac 2019 iaitu tiga hari sebelum sepatutnya mereka diijabkabulkan.

Sumber : apampink

Be the first to comment on "Kekasih suruh pakai tudung. Alasan yang Atikah Suhaime Bagi buat Netzen terkejut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*