Wanita Ini Tak Malu Cium Baju Setiap Lelaki. Tujuan Dia Buat Memang Bikin Geleng Kepala

Hiburan, siapa sahaja yang tidak suka berhibur kan? Lagi-lagi kalau bergurau-senda dengan kawan main ‘game’ tertentu, sampai boleh lupa masalah dunia!

Baru-baru ini, tular satu rakaman video aplikasi TikTok yang dimuat naik oleh seorang warganet di laman sosial Twitter.

Video tersebut memaparkan gelagat seorang wanita dipercayai sedang bermain sebuah ‘game’ mencari suaminya dengan cara mengenal pasti ‘bau’ pasangan dalam keadaan mata tertutup.

Dalam pada itu, dia perlu menghidu setiap jejaka yang berada di hadapannya bagi mencari di antara jejaka-jejaka itu, mana satu suaminya.

Boleh la cuba lepas ni?

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan permainan terbabit dan bercadang untuk mencuba dengan pasangan masing-masing nanti.

‘Single’ takde la pasangan

Walau bagaimanapun, terdapat juga segelintir individu yang tidak menggemari perbuatan itu dan berasa ‘geli’ sewaktu menonton aksi berkenaan.

Geli nak cium baju orang lain

Apabila menjengah ke laman aplikasi TikTok milik wanita itu, majoriti warganet mengecam ‘game’ beserta individu yang terlibat.

Kenapa biar isteri sentuh lelaki lain?

Seronok-seronok juga, tapi jangan sampai memalukan diri sendiri. Nasib baik dapat pasangan yang ‘sporting’, kalau tidak siap sedialah untuk ‘berp3rang’.

Sebagai satu agama yang amat hebat, Islam menampilkan cara pengawalan yang sangat berkesan dalam mengatasi penyakit seksual iaitu sebagaimana dalam firman Allah yang kita baca di atas, perkataan ‘jangan kamu hampiri zi-na.’

Kalau hampiri sudah dilarang dan ditegah, apatah lagi melakukannya. Menghampiri bermakna apa saja perbuatan yang menjadi penyebab, pendorong, keinginan dan sebagainya, adalah haram.

Kalau ada pendorong mudah datang keinginan diulit bisikan syaitan sama merelakan pula, terjadilah perbuatan terkutuk yang saban hari kita lihat dan dengar iaitu remaja melahirkan anak luar nik4h.

Semuanya bermula dengan pergaulan bebas tanpa batas, berkawan tak salah yang salahnya bila mel4mpaui batas

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Sumber: TikTok @puspawangirauza, Twitter @IbuPeri__

Be the first to comment on "Wanita Ini Tak Malu Cium Baju Setiap Lelaki. Tujuan Dia Buat Memang Bikin Geleng Kepala"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*