Berlakon Potong Rumput, Tangkap Gambar Dan Balik. Tindakan K0ntraktor Pembersihan Jalan Ini Dise|ar Netizen

Minggu lepas kecoh di media sosial apabila YB Khairi Jamaluddin jatuh basikal semasa melakukan aktiviti riadah di Kuala Langat.

Kemal.angan yang dikatakan berpunca daripada lubang pothole di permukaan jalan menyebabkan Jabatan Kerja Raya Cawangan Kuala Langat segera memohon ma.af atas kecua.ian mereka yang gagal menyelengara jalan.

Permohonan m.aaf melalui media sosial itu segera mendapat perhatian netizen sehinggakan JKR Kuala Langat dikec.am kerana bersikap pilih kasih.

Zaman sekarang boleh dikatakan semua orang mampu memiliki telefon pintar. Sehubungan itu akses kepada maklumat memang mudah didapati. Silap sikit pasti tular. Jadi jika kita hendak melakukan sesuatu yang kurang bijak. Fikir dua kali.

Baru-baru ini tular pula kisah kontraktor pembersihan dan pemotong rumput di sepanjang jalan raya di Manjung Perak yang dikatakan berlakon memotong rumput sebelum menangkap gambar untuk dilaporkan kepada pihak yang dipercayai majikan atau Majlis Daerah berkenaan.

Video yang dimuat naik di laman fb Komuniti I Love Manjung itu segera mendapat pelbagai maklumbalas. Rata-rata netizen begitu bengang apabila syarikat yang telah dilantik tidak melaksanakan tugas seperti yang diamanahkan.

Video yang ditularkan oleh pemilik akaun fb Muhammad Zikri itu memaparkan seorang penyelia yang mengarahkan pekerja pemotong rumput untuk meletakkan kon di tepi jalan dan berlakon seperti sedang melaksanakan kerja pemotongan rumput sebelum mengambil gambar.

Sejurus gambar diperolehi, mereka segera mengemas peralatan tadi dan beredar dari lokasi. Jika dilihat daripada video yang dikongsikan tersebut, jelas rumput di tepi jalan tersebut bersemak samun dan perlu dipotong.

Walaupun ada dikalangan netizen yang menyeru penonton agar bersangka baik, tetapi perbuatan yang dilakukan oleh kedua-dua individu tersebut jelas tidak mengambarkan perbuatan yang amanah.

Ramai penonton mula meninggalkan komen dan menyeru agar Majlis Daerah Manjung segera menyiasat perkara tersebut dan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada kontraktor pembersihan tersebut.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*