( Video) detik-detik bayi lemas telah dibawa keluar dari sungai. Lapan mangsa lemas jeti Feri Triso. Al-Fatihah

Sarawak (Sebuyau), 1 Januari 2020 pada pukul 3.15 petang.  Kereta 4X4 telah terjatuh dan tenggelam di sungai di pengkalan Feri Triso. Ia dipercayai telah membawa 8 orang penumpang yang terdiri daripada penumpang dewasa, kanak-kanak dan bayi. 

Menurul sumber berita yang tular di facebook, ke semua penumpang didapati  lemas. Terdapat beberapa keping gambar yang menunjukkan mangsa yang lemas telah diselamatkan dan  bergelimpangan di tanah dan tidak sedarkan diri. Terdapat beberapa orang memberikan bantuan CPR kepada mangsa. 

Sekeping gambar pula menunjukkan orang kampung telah menyelamatkan seorang bayi yang dipercayai telah meninggal akibat lemas. Di sebelah bayi terdapat mayat kanak-kanak yang juga turut menerima nasib yang sama.

Pihak bomba daripada Simunjan  dan Saratok di kerahkan ke temapt kejadian. Semasa bomba tiba, kesemua mangsa yang lemas telah berjaya diselamatkan oleh orang kampung. 

Berita lebih lanjut akan menyusul. Diharap seluruh ahli kelaurga tabah dan bersabar menerima khabar duka ini.

 

 

 

 

 

Sumber: Sarawak voice dan Kota Kimabalu kini

Sumber Metro Mengatakan..

Tragedi lemas: Terkorban ketika nak hantar ahli keluarga ke tahfiz


Betong: Sembilan sekeluarga yang terkorban dalam tragedi di pangkalan feri Triso, Beladin, di sini, hari ini, dipercayai dalam perjalanan menghantar seorang daripada mereka untuk mengikuti pengajian di sekolah tahfiz di Kuching.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.05 petang itu, semua mangsa disahkan terkorban selepas terperangkap di dalam kenderaan mereka yang terjunam ke dalam Sungai Batang Lupar.

Mangsa yang terkorban ialah wanita yang memandu Ford Ranger itu, Ronany Ting, 33 serta lapan penumpangnya iaitu Siti Aisha Abdullah, 36; Nor Shuhada Mohamad, 16; Alvin Phang, 12; Khairunnisa Muhamad, 14; Mohd Aiman Mohd Hamdan, 7; Wallace Phang, 7; Mohd Hamdan, 5, dan Muhd Mustaqim Mohd Ahmad Mohd Hamdan, 4 bulan.

Sumber berkata, antara penumpang kenderaan adalah seorang wanita mualaf bersama dua anaknya dan yang lain mempunyai pertalian keluarga dengannya.

Katanya, difahamkan kejadian itu berlaku apabila kenderaan yang dinaiki sembilan mangsa itu cuba berundur selepas kapasiti feri ketika sudah penuh.

“Berdasarkan maklumat saksi, kenderaan itu tiba-tiba meluncur ke arah sungai lalu terjunam dalam arus yang agak deras,” katanya ketika dihubungi.

Orang ramai yang menyedari kejadian itu berusaha membantu mengeluarkan mangsa yang terperangkap, namun ketika dikeluarkan semua mangsa tidak sedarkan diri.

Kesemua mangsa kemudian dihantar oleh polis ke Klinik Kesihatan Beladin untuk proses pengesahan kematian dan pengurusan mayat.

Kematian semua mangsa disahkan oleh Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Beladin, Awang Mohd Hamizan Awang Indra pada 7 malam ini.

Sementara itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 3.14 petang.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok dan BBP Simunjan dikejarkan ke lokasi.

“BBP Saratok terletak 98 kilometer dari lokasi manakala BBP Simunjan pula 62 kilometer,” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*