Rupanya dah 2 Tahun Kahwin, Gadis Dakwa Ziela Jalil Ibu Tirinya Dan Isteri Ke 2 Bapanya

Hari ini, seorang pelakon dan penerbit drama terkemuka Malaysia tahun 80-an telah dihimpit kontroversi di media sosial apabila dia didakwa oleh beberapa sumber dan kiriman mengatakan personaliti itu sebenarnya sudah bergelar isteri kedua selama hampir dua tahun.

 

Menurut beberapa sumber dipercayai, penerbit tersebut dilaporkan telah mendirikan rumah tangga bersama seorang lelaki bergelar Dato’ dan bernikah di sebuah masjid yang terletak di ibu negara kira-kira dua tahun yang lalu.

Malah, kami turut menerima beberapa kiriman gambar dan beberapa tangkap layar yang seolah-olah memberi ‘hint’ yang menyatakan dia sebenarnya sudah bergelar isteri orang daripada sumber yang boleh dipercayai.

 

Malah, perkara tersebut sebenarnya telah lama diperkatakan netizen sejak April tahun lalu namun tiada pendedahan mengenai apa sebenarnya yang berlaku.

Namun harini kecoh pula di media sosial apabila beberapa individu tampil mengeluarkan kenyataan bahawa penerbit terkenal itu sudahpun berkahwin dan bergelar isteri muda.

 

Personaliti yang merupakan seorang pelakon wanita Malaysia yang popular sekitar tahun 80-an itu mula menerima populariti apabila berlakon di bawah pengarah terkenal seperti Aziz Sattar, Othman Hafsyam dan ramai lagi.

Dia kini menguruskan sebuah syarikat produksi yang aktif menerbitkan drama-drama untuk siaran televisyen tempatan.

Lanjutan pendedahan ini akan diberitahu dan dikemas kini sebaik sahaja tuan badan tampil memberi penjelasan.

Dalam pada itu, menerusi laman Twitter seorang gadis bernama Lola mengakui penerbit drama yang menyembunyikan perkahwinan daripada umum itu merupakan pelakon Ziela Jalil dan juga ibu tirinya.

Gadis itu mengakui Ziela merupakan ibu tirinya dan mereka sekeluarga menerima kehadiran Ziela Jalil dengan hati yang terbuka. Katanya lagi, meskipun bapanya berkahwin lagi, namun bapanya seorang yang bertanggungjawab yang tetap sayangkan anak-anak dan ibunya.

Bagaimanapun, setakat ini masih tiada kenyataan lanjut daripada Ziela sendiri sama ada benar atau tidak dakwaan tersebut. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan penjelasan daripada Ziela.

Sumber: Beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*