Rebecca Nur Islam main “game” pilih suami buat netizen geli

Selain mengejutkan netizen dengan penampilannya yang free hair, aktres Rebecca Nur Al Islam Ahmad turut mencipta satu lagi konto.versi dengan menyertai game pilih suami.

Kedua-duanya berlaku ketika Becca menghadiri majlis hari jadi pasangan kembar dengan tema kostum dan dia tampil dengan kostum superhero Black Widow, lengkap dengan rambut pa.lsu berwarna merah.

Foto :IG

Biarpun Becca sebenarnya memakai tudung berwarna hitam, namun disebabkan rambut pa.lsu menutupi tudung tersebut membuatkan netizen menge.camnya.

Apatah lagi, majlis tersebut dibuat mungkin di sebuah hotel, tetapi masing-masing tidak memakai pelitup muka. Boleh pula begitu?

Tidak hanya itu, aktiviti Becca diminta memilih suaminya dengan keadaan mata tertutup turut menimbulkan rasa kurang senang netizen. Masakan tidak, sebelum sampai kepada giliran suaminya, dia perlu memegang muka dan rambut tiga lelaki lain untuk membuat pilihan. Namun, untuk post tersebut, Becca menutup ruangan komen.

Dalam video seterusnya, ternampak juga kelibat aktor Shaheizy Sam dan isterinya Syatila Melvin.

Foto :IG

Ini video:

Video 2

 

Video 3

 

Jadi, apa pendapat anda? Wajar atau netizen sahaja yang cari pasal? 

Kongsi Gambar Zaman Sekolah, Cara Rebecca Nur Al Islam Pakai Tudung Cvri Perhatian Netizen

Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam mendedahkan kepada umum dua orang guru kesayangannya sewaktu dirinya masih di bangku sekolah.

Perkara itu dikongsikan Rebecca menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya memaparkan dua foto gurunya itu.

“Dua orang guru kegemaran saya. Baik sangat-sangat dengan Mummy Becca dulu. Rindu zaman sekolah kan.

“Abaikan pelajar lelaki kat belakang, tu semua peminat mummy haha.

“Saya sentiasa menjadi pelajar kesayangan guru, Alhamdulillah,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Bagaimanapun, gambar tersebut kemudian mencvri tumpuan netizen yang pernah belajar dengan guru yang sama.

“Cikgu Fauziah favorite cikgu jugak!

“Macam kenal je cikgu ni!

“Mummy tu Cikgu Fauziah Nasir dengan Cikgu Zalilah kan,” komen sebahagian netizen di ruangan komen yang teruja apabila mengetahui pernah belajar dengan guru yang sama.

Dalam pada itu, penampilan Rebecca ke sekolah turut mencvri tumpuan netizen.

“Cara mummy pakai tudung memang legend!

“Tudung senget benget tu memang trademark zaman kita sekolah kan

“Zaman-zaman tu memang rare kan anak tudung sampai tutup dahi,” komen pengikutnya.

Dalam entri berasingan, Rebecca turut memuat naik gambar kenangannya ketika menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Majidee Bahru, Johor Bahru itu.

“Kemas-kemas tempat album terjumpa gambar zaman sekolah. Masa ni tingkatan 3.

“MasyaAllah gambar lama ni. Alhamdulillah sampai sekarang masih ada lagi sesetengah sahabat yang masih lagi WhatsApp dengan mummy.Oh my god, 19 tahun yang lalu,” kongsinya.

Sumber: Gempak, ig @rebeccanuralislamahmad

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "Rebecca Nur Islam main “game” pilih suami buat netizen geli"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*