Ada dua orang sedang berdiri di belakang kereta ketika Agong pandu sendiri redah b4njir. Rupanya ada sebab

Musim Monsun Timur Laut yang kini sedang negara kita menyebabkan enam negeri dilanda banjir iaitu Johor, Pahang, Terengganu, Selangor, Kelantan dan Perak. Dengan sifat yang sentiasa prihatin terhadap rakyat, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini memandu sendiri meredah banjir di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT).

Menyeru pihak berkuasa untuk terus hulurkan bantuan

Menurut perkongsian yang dimuatnaik oleh Facebook rasmi Istana Negara, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Bagina Raja Permaisuri Agong bekenan mengadakan lawatan yang mengejut ke kawasan bnjir iaitu daerah Maran, Pahang bagi mengurniakan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan sementara sekitar Maran. Turut berangkat bersama merupakan YAM Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.

Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan harapan agar semua mangsa banjir tabah mengharungi dugaan dan musibah yang menimpa mereka serta menyeru pihak berkuasa supaya terus menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri yang terjejas, khususnya pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Dengan penularan pandemik Covid-19 dan kenaikan kes positif yang mendadak di negara ini, Seri Paduka Baginda menitahkan supaya norma baharu dan prosedur operasi standard (SOP) dapat diterapkan walaupun dalam operasi menyelamat mangsa banjir.

Yang di-Pertuan Agong, katanya turut berkenan meluangkan masa bersama mangsa banjir dan mengurniakan sumbangan kepada mereka bagi meringankan beban serta menyeru seluruh rakyat bersama baginda mendoakan agar bencana banjir tidak akan berpanjangan.

Dalam pada itu, Tuanku Azizah melahirkan penghargaan kepada pihak Polis yang sentiasa menjaga keselamatan baginda berdua.

“Sewaktu memandu, rupanya ada polis di atas Hilux …… tabik kpd polis yg sentiasa menjaga kami berdua!” tulis Tuanku Azizah di akaun ig rasmi milik baginda

Dalam pada itu menurut seorang netizan, tindakan polis bergayut di atas Hilux membuatkan kenderaan menjadi lebih berat dan mengurangkan penolakan air

Sempat ‘singgah’ kurniakan sumbangan kepada pemandu lori

Dalam perkongsian itu juga ada menyatakan Seri Paduka Bagina Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, dalam perjalanan menuju ke Maran, berkesempatan berhenti menuruni kenderaan rasmi baginda untuk kurniakan sumbangan kepada pemandu-pemandu lori. Pemandu-pemandu lori itu terkandas akibat kenaikan banjir di Plaza Tol Karak, Lebuhraya Pantai Timur.

Daulat Tuanku

VIDEO

Ruangan komen turut dib4njiri dengan pujian oleh rakyat kerana sangat prihatin akan nasib rakyat dan sanggup turun padang meredah banjir untuk meninjau serta kurniakan bantuan kepada rakyat yang dilanda benc4na banjir.

“Bangunan Kelas Saya Belajar Hanya Nampak…” – Siti Nurhaliza Sayu Tengok Keadaan Banjir Di Pahang

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa sedih apabila melihat keadaan bnjir buruk yang berlaku di negeri kelahirannya, Pahang.
Lebih meruntun hati, kata beliau apabila sekolah yang pernah menjadi tempatnya menimba ilmu turut ditenggalami banjir.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Siti turut berkongsi beberapa keping foto memaparkan keadaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford, Lipis, Pahang yang hanya menampakkan bahagian atap sahaja.

“Kala ini, dengan keadaan saya sekarang, mungkin saya tidak dapat turun padang seperti lazimnya untuk melihat sendiri keadaan banjir, namun saya titipkan doa dan membantu apa yang termampu kerana memahami keadaan sukar buat semua mangsa banjir.

“Bangunan kelas saya belajar hanya nampak sayup sahaja bumbungnya, Allah!” luahnya.
Pada masa sama, katanya, dia turut menyeru mana-mana pihak yang sudi untuk sama-sama menghulurkan bantuan bagi meringan beban mereka yang terkesan akibat banjir buruk.

“Semoga usaha ini akan diberkati dan saya juga mengajak follower, rakan-rakan, alumni sekolah serta sesiapa sahaja yang mahu menyumbang bagi membantu meringankan beban sekolah akibat bencana banjir,” katanya yang turut berkongsi semula hantaran Instagram daripada pengurusnya, Rozi Abdul Razak.

Rozi yang juga merupakan Naib Yang DiPertua, alumni Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Clifford (LOCA) turut menzahirkan rasa sedih dengan apa yang berlaku.

“Melihat keadaan SMK Clifford, Lipis, pagi ini membuatkan saya sebak. Sekolah yang sudah berusia lebih 100 tahun, mempunyai khazanah-khazanah tahun bertahun, sejarah yang tak mungkin ada galang ganti, hampir tenggelam sepenuhnya.

“Bangunan sekolah, asrama, surau, dewan, pejabat guru, galeri, padang dan kantin, sudah tidak kelihatan kecuali bumbung sahaja,” katanya.
Sehingga kini, jumlah mngsa bnjir di Pahang meningkat kepada 17,104 orang yang ditempatkan di 242 pusat pemindahan sementara.

 

Sumber: trendingsangat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*