Berita Baik Untuk Rakyat Malaysia!! Pembayaran i-Sinar dikreditkan hari ini Pada Yang Layak. Ini Cara Bayaran Dibuat Kepada Penerima

PETALING JAYA- Sebahagian pemohon skim i-Sinar mampu tersenyum lebar apabila menerima bayaran pertama yang dikreditkan ke akaun bank masing-masing secara berperingkat bermula hari ini.

Bayaran melalui akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) itu dibuat selepas pemohon menerima keputusan permohonan mereka yang boleh disemak semalam menerusi pautan https://isinar.kwsp.gov.my/.

Sementara itu, rata-rata pengguna laman media sosial berkongsikan kegembiraan mereka semalam selepas mengetahui status permohonan mereka diluluskan KWSP.

Bagi @puterirajaawan, dia melahirkan rasa syukur selepas permohonannya diluluskan dan meminta orang ramai untuk memeriksa status mereka.

“Alhamdulilah, guys you can now check your i-Sinar application already (kamu semua sudah boleh semak permohonan i-Sinar),” ciapnya.

KWSP sebelum ini menjelaskan pembayaran pertama i-Sinar bagi kategori satu akan dibuat bermula pertengahan Januari 2021.

Bagi kategori dua pula, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. – K! ONLINE

Sumber Lain Turut Mengatakan…

Berita gembira untuk pemohon i-Sinar, pembayaran bermula hari ini

KUALA LUMPUR – Sebahagian daripada pemohon skim pengeluaran wang i-Sinar dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini berkongsi kegembiraan mereka apabila telah mendapat pembayaran hari ini.

Walaupun sebelum ini KWSP menyatakan pembayaran pertama akan dilakukan mulai 8 Januari tetapi pembayaran mulai hari ini mendapat respons mengujakan bagi para penerima yang berkongsi kegembiraan di laman sosial masing-masing.

Bagaimanapun, bukan semua pemohon mendapat pembayaran mereka hari ini dan dipercayai pembayaran akan dilakukan secara berperingkat oleh KWSP.

Bekas kakitangan Utusan Melayu, Ramli Abdul Karim berkata, dia mengetahui mengenai pembayaran tersebut selepas menyemak baki akaun banknya pagi ini.

“Siapa yg mohon KWSP akaun 1… bolehlah check (periksa)… dah masuk,” katanya dalam kumpulan WhatsApp bekas kakitangan syarikat itu yang diberhentikan kerja selepas syarikat penerbitar akhbar Melayu tertua negara itu ditutup.

Pengguna akaun Twitter, nurul@nyonyacyber dalam hantarannya pula menyatakan: “Ada orang senyum2 i-sinar dah masuk ya… tahniah kawan2.”

Manakala, pengguna akaun Twitter, Zhmhsn@the_lostkin punya menyatakan: “I-sinar dah masuk, Dividen ASB pun masuk, BPN akan masuk…”.

Pemohon-pemohon i-Sinar yang berjaya bagi Kategori 1 telah dimaklumkan mengenai status permohonan mereka mulai malam 3 Januari lepas.

KWSP menyatakan mereka yang gagal dalam permohonan kategori 1, boleh mengemukakan rayuan untuk permohonan kategori 2 yang akan dibuka mulai 11 Januari ini dengan perlu mengemukakan dokumen-dokumen sokongan.

Keputusan permohonan malam tersebut adalah untuk pemohon yang berada dalam kategori 1, iaitu mereka yang terjejas pendapatan disebabkan COVID-19 seperti kehilangan pekerjaan, mengalami pengurangan gaji, tiada sumber pendapatan dan sebagainya.

Melalui permohonan kategori 1, KWSP tidak meminta sebarang dokumen sokongan kerana agensi itu hanya melakukan semakan melalui pangkalan data ahli KWSP sahaja.

Had pengeluaran i-Sinar adalah 10 peratus daripada jumlah simpanan ahli di Akaun 1 dengan jumlah maksimum RM60,000 dan pemohon boleh memohon pembayaran di bulan pertama berjumlah RM10,000 dan bakinya dibahagi dalam lima bulan berikutnya.

Menurut KWSP, pembayaran akan dilakukan melalui akaun bank yang didaftarkan oleh pemohon dan bagi mereka yang memilih pembayaran melalui Arahan Bayaran (PO) akan menerima notis pengambilan bayaran melalui PO oleh pihak bank masing-masing sebelum 12 Januari ini. – UTUSANTV

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Berita Baik Untuk Rakyat Malaysia!! Pembayaran i-Sinar dikreditkan hari ini Pada Yang Layak. Ini Cara Bayaran Dibuat Kepada Penerima"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*