Anda Tersilap Letak Jumlah Pengeluaran? Ikuti 6 Langkah “Tetapkan Semula” Permohonan Pengeluaran RM10,000 KWSP

Dalam usaha membantu rakyat menghadapi kesan pandemik COVIiD-19 ketika ini, kerajaan melalui platform i-Sinar KWSP telah membenarkan para pencarum untuk mengeluarkan wang maksimum antara RM4,000 hingga RM10,000.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjangkakan sejumlah RM14 bilion bakal dimanfaatkan menerusi pengeluaran itu.

Secara umumnya, pencarum yang layak mengakses 10% pengeluaran ini tertakluk kepada baki minimum sebanyak RM100.

SYARAT & KRITERIA LAYAK MOHON PENGELUARAN I-SINAR KWSP:

Hanya pencarum yang memenuhi syarat dan kriteria kelayakan yang ketat sahaja dibenarkan memohon insentif i-Sinar KWSP ini. Berikut antara ciri-ciri pencarum yang layak memohon pengeluaran dari program ini:

  1. Pencarum yang telah kehilangan pekerjaan
  2. Pencarum KWSP yang diberi cuti tanpa gaji oleh majikan
  3. Pencarum KWSP yang tiada tiada sumber pendapatan
  4. Pekerja sektor formal yang tidak mampu mencarum selama 2 bulan berturut-turut

Untuk makluman anda,berdasarkan respon segelintir pemohon i-Sinar KWSP,ramai pemohon yang telah membuat kesilapan semasa mengisi ruang permohonan i-Sinar secara online bagi kategori 1.

Antara contoh yang dilakukan oleh pemohon ialah tersilap meletakkan jumlah amaun pengeluaran i-Sinar,adakah ada cara untuk membuat kemaskini amaun i-Sinar?

Kami dari Utusan Kerjaya akan kongsikan kepada anda cara untuk membuat kemaskini amaun pengeluaran i-Sinar.

Nota: Maklumat ini dikongsi oleh pemohon i-Sinar yang telah menghubungi KWSP,inilah cara yang telah diajar oleh pegawai KWSP untuk membuat pindaan atau tukar amaun i-SInar yang tersilap ‘tarik’ pada bahagian slide tersebut.

PANDUAN MENUKAR AMAUN I-SINAR (GUNA i-AKAUN KWSP)

1. Log masuk pada i-Akaun KWSP

2. Klik pada butang ENQUIRY

3. Setelah selesai,klik pada butang i-Sinar

 

4. Isikan semua butiran yang diminta dengan lengkap

5. Pada bahagian DETAILS, masukkan alasan anda untuk menukar amaun pengeluaran

6. Kemudian,pilih EMAIL atau PHONE CALL untuk menerima maklumbalas

8. Tekan butang SUBMIT setelah semua maklumat diisi serta disemak

Sila buat semakan terakhir sebelum menghantar

MAKLUMAT LANUT & PERTAYAAN

Sila hubungi iSinar HOTLINE 03-8922 4848

Beroperasi Isnin – Jumaat (kecuali Cuti Umum Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan)

Talian dibuka 8.00 pagi sehingga 8.00 malam bermula 21 Disember 2020.

Sumber Utusan Kerjaya, Olahan RJ

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*