
Isteri maut, suami cedera parah
SEREMBAN – Seorang wanita maut selepas motorsikal jenis Kawasaki Z800 yang diboncengnya bersama suami terbabas selepas melanggar sebatang pokok di Jalan Senawang berdekatan Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang dekat sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 1.40 petang tadi, mangsa yang maut dikenali sebagai Nor Hidayah Mohd. Jalan, 36, dikatakan dalam perjalanan bersama suaminya, Mohd. Hashim Abdul Rahman menziarah ibunya yang meninggal dunia di rumah keluarganya di Kuala Pilah.
Pegawai Operasi Balai Bomba Senawang, Zainurin Sarip berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 1.40 petang dan tiba dilokasi enam minit kemudian.
“Pihak bomba tiba dilokasi kejadian dan mendapati mangsa maut ditempat kejadian manakala suaminya yang juga seorang anggota polis berpangkat sarjan cedera parah akibat jatuh ke dalam longkang berdekatan lokasi kejadian.
“Pasangan suami isteri tersebut dikatakan dalam perjalanan dari Shah Alam, Selangor” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurutnya, Mohd. Hashim dikatakan cuba mengelak sebuah kenderaan yang masuk ke simpang kiri tanpa memberi isyarat.
Seramai lapan anggota dari Balai Bomba Senawang bersama sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dihantar ke tempat kejadian.
“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis yang kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) untuk urusan selanjutnya,” katanya.
KOMEN NETIZEN
▶️KOSMO! ONLINE
Olahan: Team Walla
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Be the first to comment