‘Saya Pun Nak Ada Zuriat’- Nadia Brian Jawab Dakwaan Sudah Ada Pengganti

Pada tahun lalu, nama selebriti ini menjadi begitu sensasi gara-gara kisah kemelut rumahtangganya dan berakhir dengan perceraian. Macam-macam kisah ‘dalam kain’ tentang pasangan suami isteri ini ditularkan dalam media sosial.

Kini Nadia Brian dan Muizz Nasruddin sedang menunggu tarikh mahkamah bagi perbicaraan lafaz cerai yang sudah difailkan. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini, Nadia tetap meneruskan kehidupannya menjadi insan yang lebih baik.

‘Saya Pun Nak Ada Zuriat’

Walaubagaimanapun itu tidak bermakna dia serik untuk berkahwin lagi. Menerusi temubualnya bersama Harian Metro, Nadia akui buat masa ini dia tidak memikirkan soal pengganti. Namun ternyata dia mahukan kebahagiaan dan memiliki zuriat.

“Soal cari pengganti, bukan keutamaan saya ketika ini. Belum masanya lagi. Tapi, tidak bermakna pula saya serik dengan perkahwinan. Saya pun nak berasa bahagia dan ada zuriat juga”- katanya kepada Harian Metro

“Tak boleh cakap benci dengan perkahwinan. Sebab kita tidak tahu apa akan terjadi selepas ini. Cuma, apa boleh dibuat adalah belajar daripada kesilapan.

Tambahnya lagi, segala apa yang terjadi pada perkahwinannya sebelum ini memberi banyak pelajaran. Nadia kini lebih banyak berfikiran positif dan sentiasa sabar kerana itu adalah senjata paling kuat.

Sementara itu, mengenai perkembangan lain. Nadia terbabit dalam penggambaran drama Aku Yang Kau Gelar Isteri yang bakal ditayangkan di slot Samarinda, TV3 pada Februari depan.

“Apa Yang Kau Derita Sangat?”- Nadia Brian Kena ‘Sound’ Dengan Muizz

Kemelut rumahtangga pelakon Nadia Brian dan suaminya terus hangat diperkatakan. Terbaru menerusi laman Insta story nya, suami pelakon itu, Muizz Nasruddin tampil mendedahkan beberapa perihal mengenai hubungan mereka.

Telah Berikan Kesenangan

Menurut Muizz, sepanjang perkahwinan mereka dia sama sekali tidak pernah memaksa Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi untuk melakukan perkara yang tidak diingininya. Malah dedah Muizz lagi, dia telah memberikan kesenangan dan kebebasan buat isterinya itu untuk melakukan apa sahaja yang disukainya termasuklah mengenai perihal kerja dan juga berkawan.

Berhenti Kongsi Kisah Tidak Benar

Dalam pada itu, Muizz juga memberitahu dia telah menunaikan segala tuntutan nafkah mengikut kemampuannya kecuali tidak mampu menghadiahkan Nadia sebuah rumah ketika ini berikutan keadaan ekonomi yang teruk. Kesal dengan khabar yang tidak benar mengenainya, Muizz turut berharap agar isterinya itu tidak lagi berbuat demikian agar dia juga tidak lagi mendedahkan perkara yang sebenar.

“Saya tidak dapat apa-apa hasil daripada masalah ini. Jadi, Tolong hentikan bercakap perkara tidak benar mengenai saya supaya saya akan berhenti sebarkan kebenaran tentang awak,” tulisya lagi.

Terdahulu, Muizz mendedahkan pelakon itu telah berlaku curang terhadapnya bersama dua orang lelaki lain selain nekad untuk menceraikannya. Muizz yang merupakan seorang ahli perniagaan telah mendirikan rumahtangga bersama Nadia pada 9 November 2019.

Sumber murai

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*