
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan menyampaikan Perutusan Khas mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada pukul 6 petang ini.
Pada 8 Januari lepas, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pengumuman oleh perdana menteri itu adalah bagi memaklumkan tindakan yang bakal diambil Kerajaan Persekutuan susulan situasi semasa penularan jangkitan COVID-19.
“Insya-Allah satu pengumuman akan dibuat oleh perdana menteri dalam masa terdekat bagi memaklumkan tindakan yang akan dilaksanakan.
“Sementara itu, saya ingin ingatkan seluruh rakyat dan diri sendiri untuk terus mematuhi semua SOP yang telah ditetapkan,” katanya pada sidang media tersebut.
Pemerhati menjangkakan perdana menteri akan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0, khusus bagi negeri yang dikategorikan sebagai zon merah seperti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Sabah, dan Johor.
10 CADANGAN NAJIB RAZAK KEPADA KERAJAAN
Hari ini Bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak telah mengeluarkan satu cadangan kepada kerajaan sekiranya PKP 2.0 masih diteruskan. Jom baca..
1. Laksanakan PKP (seperti PKP pertama bulan Mac 2020) sahaja bukan darurat yang lebih memberi kesan yang lebih teruk bagi ekonomi dan persepsi antarabangsa.
2. Larangkan semua rentas negeri bagi tujuan bukan komersial.
3. Larangkan aktiviti sosial seperti kenduri dan sukan dihentikan di semua negeri zon kuning dan merah termasuk negeri yang tidak dilaksanakan PKP bersasar.
4. Suruh bank memberi lanjutan moratorium pinjaman secara automatik tanpa faedah dan caj penalti. Macam mana nak bayar ansuran bank bulan ini jika ramai tak dibenarkan bekerja atau berniaga dalam tempoh PKP?
5. Berikan semula diskaun bil elektrik sehingga 50 peratus untuk tempoh PKP sebab penggunaan elektrik tentu akan naik jika semua terpaksa duduk dalam rumah.
6. Mansuhkan segala syarat i-Sinar sebab permohonan bagi kategori 2 baru bermula hari ini. Ramai yang belum sempat memohon.
7. Jadualkan semula permulaan sesi sekolah 2021 ke selepas cuti Tahun Baru Cina.
8. Segerakan bayaran baki Bantuan Prihatin Rakyat 2021.
9. Kerajaan dengan NGO perlu menyediakan bakul makanan bagi golongan yang paling terjejas.
10. Minta syarikat perkhidmatan perhantaran makanan seperti Grab dan Foodpanda untuk beri diskaun bagi caj perkhidmatan dan harga makanan.
Amat kecewa bahawa negara kita terpaksa melaksanakan PKP yang amat ketat sekali lagi memandangkan kerajaan ada banyak peluang untuk menghalang situasi menjadi teruk sebegini
Tetapi kita melakukan kesilapan demi kesilapan seperti membenarkan kuarantin kendiri di rumah, memendekkan tempoh kuarantin, lambat menyekat rentas negeri, melonggarkan SOP dan menarik balik larangan sekat negeri terlalu awal pada ketika jumlah kes Covid sudah tinggi untuk menggalakan rakyat melancong.
Sebab itu jika mahu buat PKP ketat esok, biarlah lebih tegas untuk tempoh 2 minggu akan datang agar ianya tidak dilanjutkan lagi dan lagi seperti masa PKP pertama bulan Mac tahun lepas.
Artikel By: AwattSyeikhhh Network
Be the first to comment