Akhirnya Anak Tiri Ziela Jalil Jelaskan Ziela Bukan Perampas, Anak Tiri Sayang Macam Ibu Sendiri – “Perkahwinan Mereka Rahmat Bagi Kami”

Anak tiri penerbit dan pelakon terkenal Datuk Ziela Jalil yang dikenali dengan nama Najwa memohon agar orang ramai berhenti menghentam ibu tirinya itu. Menurut Najwa, Ziela bukan seorang perampas seperti mana yang diperkatakan oleh segelintir netizen.

Malah katanya, dia dan adik beradik menyayangi Ziela seperti ibu kandung mereka. “Kami baik-baik saja dengan Mama Ziela, kami menyayanginya seperti ibu kami sendiri. Berhenti bercakap mengenai rampas la apala.

“Perkahwinan mereka adalah rahmat bagi kami. Ibu saya baik-baik saja. Dan berhenti menyerang mama kerana dia bukan perampas,” tulisnya di laman Twitter. Kisah perkahwinan terbaharu Ziela bersama pengerusi masjid Ibnu Mas’ud, Datuk Syed Osman Al-Habshee menjadi bualan ramai selepas sebuah portal hiburan mendedahkan beberapa keping gambar yang dikaburkan.

Portal hiburan berkenaan turut memberikan bayangan mengenai seorang penerbit drama yang sudah pun mendirikan rumah tangga secara diam-diam dan menjadi isteri kedua sejak tiga tahun lalu. Sejurus pendedahan itu, Najwa menerusi akaun Twitternya difahamkan telah memuat naik ciapan memberitahu individu yang dimaksudkan itu adalah bapanya dan Ziela.

Dalam pada itu, Najwa melahirkan rasa syukur kerana dilimpahi dengan kasih sayang daripada dua orang wanita. “Betul, anak mana yang suka ada dua ibu? Tetapi Alhamdulillah Tuhan mengurniakan saya dua ibu yang cantik dan saya diberkati kerana keberadaannya. Kami dalam keadaan baik.

“Tak salah untuk kita kongsi kasih sayang dengan sekarang ibu tunggal yang banyak memberi semangat dan kasih sayang terhadap ayah kami,” tulisnya lagi.

Ziela sebelum ini pernah berkahwin dengan Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob pada 1991 dan dikurniakan dua anak iaitu Puteri Julia Nabilah dan Megat Jufri Nasrullah. Ziela turut mempunyai seorang anak angkat lelaki, Ibrahim Junid Abdullah.

Cerita sebelum ini,

Berselisih Faham Dengan Anak Tiri? Ini Penjelasan Ziela Jalil

Pelakon dan penerbit terkenal, Datuk Ziela Jalil tampil menjelaskan situasi sebenar antara dia dan anak tirinya yang dikenali sebagai Najwa. Kata Ziela, Najwa telah menghubunginya sejurus gosip mengenai perkahwinan Ziela dan bapanya mula tersebar di portal hiburan dan media sosial.

“Cerita bermula daripada penulisan sebuah portal hiburan, pada saya tak ada menyebut tentang bapa Najwa atau gambar yang jelas. Portal itu cuma nak kepastian penerbit drama yang dikatakan sudah berkahwin dua tahun dan meminta tuan badan untuk mengeluarkan kenyataan.

“Saya cuma terasa hati kerana beliau (Najwa) telah meminta pandangan saya dan anak saya (Dr. Julia), kami pun sudah menasihatinya supaya mengabaikannya kerana kita tak nak panjangkan cerita. Saya menunggu masa yang sesuai biar saya sendiri ceritakan perjalanan hidup saya.

“Tetapi semuanya telah disalahtafsirkan, saya tidak langsung marah Najwa tentang kenyataan yang keluar cuma saya rasa dia (Najwa) tidak perlukan pandangan kami sebenarnya. Najwa tak perlu mesej kami, dia boleh keluarkan kenyataan itu.

“Najwa tahu saya marah selepas kenyataan itu dikeluarkan, anak saya ada bermesej dengannya. Soalan anak saya telah dijawab Najwa, cuma saya kurang arif tentang pantun ‘sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua’. Saya rasakan ia tidak kena,” jelas Ziela menerusi video yang dimuatnaik di Instagramnya pada Khamis.

Kisah perkahwinan terbaharu Ziela bersama pengerusi masjid Ibnu Mas’ud, Datuk Syed Osman Al Habshee menjadi bualan ramai selepas sebuah portal hiburan mendedahkan beberapa keping gambar yang dikaburkan.

Portal hiburan berkenaan turut memberikan bayangan mengenai seorang penerbit drama yang sudah pun mendirikan rumah tangga secara diam-diam dan menjadi isteri kedua sejak tiga tahun lalu.

Sejurus pendedahan itu, Najwa menerusi akaun Twitternya difahamkan telah memuat naik ciapan memberitahu individu yang dimaksudkan itu merupakan bapanya dan Ziela. “Lelaki tersebut ialah bapa saya dan dia telah berkahwin dengan Ziela Jalil. Jika dia (Ziela) mahu mengabaikan perkara ini, saya hormatinya.

“Tetapi saya ada hak untuk bercakap apabila gambar bapa saya telah didedahkan dalam penulisan itu. “Mereka menyuruh saya ‘berdiam, abaikan’. Saya bukan gadis seperti itu. Bayangkan wajah bapa sendiri terpampang dan mungkin inilah masanya satu dunia harus tahu (tentang perkahwinan itu).

“Dia bapa yang baik, sayangkan anak-anak dan ibu saya. Kami menerima Mama Ziela dan keluarganya,” tulis Najwa.

ementara itu, dalam entri sama, Ziela menegur warganet agar tidak membuat spekulasi yang tidak tepat mengenai dirinya dan keluarganya. “Kami okey-okey saja. Orang nak bertelagah kata tak elok, kami dapat pahala. Hidup ini seperti roda, hari ini hari saya.

“Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk menghentikan kata-kata haters berkenaan kenyataan saya baru-baru ini. Saya nak jelaskan saya tak marahkan anak tiri saya. Perkataan ‘gadis itu’ atau ‘wanita itu’ bukan kenyataan saya. Itu keluar dari awal lagi.

“Jangan kaitkan anak-anak saya dengan isu saya. Itu tiada kena mengena dengan anak-anak. Kalau saya kahwin suami orang, datuk orang, moyang orang sekali pun kesalahan itu daripada saya. Walau dalam Islam tak salah, tapi tak perlu kaitkan anak-anak saya. Doakan yang baik-baik,” tambah Ziela lagi.

Ziela sebelum ini pernah berkahwin dengan Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob pada 1991 dan dikurniakan dua anak iaitu Puteri Julia Nabilah dan Megat Jufri Nasrullah.

Twitter: @lolaalhabshee

Sumber Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*