Mengejutkan Sosialit Terkenal Hong Kong, Luo Lili Terjun Bangunan Bersama Bayi 5 Bulan Dalam Pelukan

Dunia sosialit Hong Kong dikejutkan dengan berita kema4tian salah satu taikun perniagaan dan juga sosialit, Luo Lili yang membuat keputusan membunvuh diri dengan terjun dari penthouse kediamannya.

Lebih mengejutkan. tak berseorangan, wanita yang mengakhiri riwayatnya pada usia 34 tahun ini membawa bersama bayi perempuannya yang baru berusia lima bulan bersamanya. Lili memeluk anaknya saat ditemui.

Kedua duanya ditemui cedera parah dan meningga4l dunia di tempat kejadian, lapor media tempatan seperti dipetik dari The Sun, semalam.

Tindakan nekad Lili memang cukup mengejutkan, apa lagi beliau dilihat bahagia dan sering memuat naik foto bersama anak perempuan yang diberi nama Aier. Lili pertama kali dilihat memperkenalkan permata hatinya pada 2 September 2020 di akaun Instagramnya. Bersama foto yang memberi khabar anaknya baru berusia satu bulan, Lili memberi khabar terbaharu dirinya.

“Kami baik baik sahaja. Terima kasih ingatan dan hadiah yang anda berikan. Aier berusia satu bulan!,” tulisnya seperti dilihat Gempak. Kali terakhir beliau memuat naik foto bersama anaknya adalah pada November lalu dengan mengatakan anaknya sudah berusia 100 hari.


Laporan sama mendakwa Lili yang melabelkan dirinya sebagai ibu tunggal membuvnuh diri kerana mengalami depresi selepas melahirkan. Meski demikian, dakwaan tersebut belum disahkan oleh pihak berkuasa

class=”article-text”>Sebelumnya, Lili menjadi terkenal kerana pernah bersemuka dengan Hillary Clinton dan berkawan dengan penyanyi, Rita Ora.

Beliau yang merupakan anak tunggal kepada taikun dan pemilik Jinlin Real Estate juga diketahui berteman baik dengan pemenang Olimpik, Guo Jingjing. Lili juga dikenali sebagai seorang usahawan yang berjaya dan sukses menerusi syarikat miliknya sendiri yang didirikan sejak tahun 2014, TriBeluga.

Instagram: @lili3luo

<Sumber Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*