‘Datuk’ disyaki pukuvl lelaki dan tampar wanita di restoran sedang dikesan, ini punca kenapa ‘Datuk’ tersebut bertindak ganas

KUALA LUMPUR – Polis memburu seorang lelaki bergelar “Datuk” yang dipercayai memukuuul seorang pelanggan restoran di Tropicana Avenue, Petaling Jaya pada Selasa.

Dalam kejadian 8.30 malam itu, suspek bertindak memuuukul seorang lelaki selepas dinasihatkan untuk tidak membuat bising.

Ketua Polis Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata lelaki itu kemudian memukuuul mangsa4 dengan tangan dan disyaki turut men4ampar seorang lagi wanita sebelum beredar dari restoran terbabit.

“Kita telah menerima lapora4n berhubung kejadian daripada m4angsa yang bekerja sebagai pengurus dan kini usaha mengesan susp3ek sedang giat dijalankan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323, 503, dan 506 Kanun Kese3ksaan.

Terdahulu, tular di media sosial hari ini video memaparkan seorang lelaki ditenangkan sekumpulan lelaki selepas menummmbuk individu di Petaling Jaya.

Sebelum ini, satu klip video berdurasi 29 saat tular di media sosial, memaparkan suspek memukuuul seorang lelaki di restoran berkenaan.

Sementara itu berita lain,

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf

Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di tepi rumahnya di Kampung Padang Luas, Jertih di sini Isnin lalu, memohon maaf atas perbuatannya.

Nor Muhamad Roslam Harun, 40, mengakui kesilapannya membina bonggol sebanyak itu dalam jarak tidak sampai 40 meter sehingga menyusahkan penduduk untuk keluar masuk ke jalan utama.

“Pagi semalam ada pegawai polis datang jumpa saya. Beliau menasihati saya dengan elok supaya membuang semua bonggol tersebut.

“Jadi semalam juga saya upah sebuah jentolak untuk meratakan semua 13 bonggol termasuk dua bonggol asal yang ada di situ,” katanya kepada Bernama.

Baru-baru ini tular di laman sosial mengenai seorang invididu berkongsi gambar jalan masuk ke rumahnya yang dibina 11 bonggol baharu menggunakan tar dan menyatakan bonggol tersebut dibina oleh jirannya.

GAMBAR jalan dibina bonggol baharu yang tular.

Nor Muhamad Roslam berkata, dia membina bonggol tersebut kerana terganggu dengan bunyi kenderaan disebabkan ada segelintir pemandu yang memandu laju di kawasan itu tanpa mengira masa.

“Bilik tidur saya berada di bahagian tepi yang berdekatan dengan jalan itu menyebabkan bunyi bising kereta dan motosikal mengganggu tidur. Saya tertekan sangat dengan masalah ini tambahan pula saya mempunyai masalah kesihatan (gangguan mental) tetapi belum lagi mendapatkan rawatan.

“Sebenarnya saya mahu membina bonggol yang landai sahaja tetapi tar itu cepat mengeras menyebabkan ia menjadi bonggol tinggi sehingga tidak boleh dilalui semua kereta kecuali pacuan empat roda,” katanya sambil memberitahu membelanjakan RM1,080 daripada pengeluaran RM5,000 wang i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membina bonggol-bonggol tersebut.

Sumber Mstar/Hmetro

Be the first to comment on "‘Datuk’ disyaki pukuvl lelaki dan tampar wanita di restoran sedang dikesan, ini punca kenapa ‘Datuk’ tersebut bertindak ganas"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*