Dua mngsa Sriwijaya Air beli tiket guna identiti org lain, rupanya ini tujuan mereka dan kenapa guna identiti org lain

Seorang remaja, Sarah Beatrice Alomau, 19, bingung selepas mendapati namanya berada dalam senarai mngsa n4has psawat Sriw1jaya Air yang terh3mpas Sabtu lalu.

Sarah yang menetap di Tangerang dan bekerja di kilang kertas mengesyaki rakan sekerjanya menggunakan identitinya untuk membeli tiket penerbangan.

Wakil Ketua Dewan Pimpinan Pusat (DPP) Forum Komunikasi Masyarakat (FKM), Fridrik Makanlehi berkata, remaja berkenaan terkejut selepas melihat namanya tertera di televisyen sebagai seorang mngsa n4has psawat itu.

” Dia mengesyaki rakan sekerjanya, Selvin Daro menggunakan identitinya untuk membeli tiket penerbangan ke Pontianak,” katanya seperti dilaporkan Kompas.

Menurutnya, sehingga kini, tiada sebarang maklumat mengenai Selvin.

Sarah melalui peguamnya, Richard Riwoe berkata, dia tidak pernah meminjamkan kad pengenalannya kepada Selvin dan kad berkenaan masih ada dalam simpanannya.

” Kami tidak tahu sama ada dia (Selvin) menggunakan salinan fotostat atau imbasan kad berkenaan ketika mendaftar masuk kerana kad yang asal masih ada pada Sarah,” katanya.

Richard berkata, timbul persoalan bagaimana Selvin melepasi prosedur pemeriksaan penumpang menggunakan nama individu lain.

” Bagaimana dia dapat melepasi pemeriksaan dan ujian rapid antigen? Kebiasaannya, penumpang perlu menunjukkan kad pengenalan diri yang sebenar.

” Kami juga mahu syarikat penerbangan memeriksa rakaman CCTV untuk memastikan perkara ini,” katanya.

Merancang untuk berkahwin

Sementara itu dua mngsa n4has psawat Sriw1jaya Air dipercayai menggunakan identiti individu lain ketika membeli tiket penerbangan dikatakan mahu berkahwin.

Kompas melaporkan, hasil maklumat yang diperoleh dari media sosial, kedua-dua mngsa juga dikatakan merancang untuk melangsungkan perkahwinan.

Kedua-dua mngsa menggunakan identiti Felix Wenggo dan Sarah Beatrice Alomau dengan tempat duduk bernombor 17 dan 18.

Mereka dipercayai meminjam kad pengenalan diri rakan masing-masing untuk menaiki psawat itu. Wakil keluarga mngsa, Benediktus Beke berkata, identiti sebenar mngsa dikenali sebagai Teofilus Lau Ura dan Selvin Daro.

” Mereka berangkat ke Pontianak dengan menggunakan identiti orang lain,” katanya kepada Kompas.

Menurutnya, pasangan itu berhasrat untuk mendirikan rumah tangga dan pergi ke Pontianak untuk mencari pekerjaan.

” Mereka akan bernikah dalam waktu terdekat. Tetapi, Teofilus diberhentikan kerja di Jakarta dan kedua-duanya membuat keputusan untuk ke Pontianak.

” Mereka terpaksa menggunakan identiti orang lain kerana tidak mempunyai wang selepas hilang pekerjaan,” katanya.

Menurutnya, pihaknya berharap jnzah kedua-dua mngsa dapat ditemukan.

” Dalam keadaan apa pun, kami anggap ia adalah mus1bah,” katanya.

Terdahulu – Pesawat Sriwijaya Air yang hilang petang semalam telah dijumpai. Apa yang penyelamat jumpai agak mengejutkan

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang digerakkan selepas pesawat Sriw1jaya Air terh3mpas menemukan cebisan dag1ng manusia dan serpihan pesawat di perairan Kepulauan Seribu. Ceb1san d4ging berkenaan dipercayai milik penumpang pesawat berkenaan.

Untuk rekod, pesawat itu dilapor membawa 62 penumpang termasuk lima anak kapal dan dilaporkan terputus hubungan sebaik berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta menuju ke Pontianak, petang tadi.

Laluan pesawat sebelum hilang dari radar

Tribunnews melaporkan, cebisan dag1ng itu ditemui anggota kapal peronda Kementerian Perhubungan di lokasi yang didakwa menjadi titik pesawat Sriwijaya Air terhempas di Kepulauan Seribu.

Kapten kapal, Eko berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati cebis4n dag1ng yang ditemukan dipercayai dari badan manusia. Selain itu, Eko juga memaklumkan penemuan bahan bak4r pesawat di lokasi kejadian.

Serpihan pesawat yang dijumpai

Pihak berkuasa Indonesia juga sudah mengesahkan insiden malang itu dan memaklumkan Presiden Indonesia mengarahkan gerakkan SAR secara besar-besaran dilakukan. Terkini, Kedutaan Malaysia di Jakarta memaklumkan dalam kenyataannya bahawa tiada rakyat Malaysia dalam pesawat berkenaan.

 

Sumber: HM online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*