“Kenapa Jatuh Celah Tu?” – Babak Drama Jatuh Celah Kelangkang Buat Ramai Sakit Mata

Drama Bidadari Salju kini sudah sampai pada episod 20 yang mana ketika ini Kayra iaitu watak yang dibawa oleh Sweet Qismina sudah hilang kepercayaan pada Hariz lakonan Adam Lee.

Namun terdapat segelintir penonton yang berasa kurang senang dengan babak di dalam drama ini.

Pada episod 20 yang ditayangkan pada 11 Disember lalu, terdapat satu babak yang mana pelakon Jasmine Suraya Chin perlu mengg0da Adam Lee sehingga membuatkan mereka terjatuh di atas katil.

Apa yang membuatkan penonton kurang senang ialah apabila Jasmine terjatuh di dalam pelvkan Adam sehingga menunjukkan mereka seperti berpelvkan.

Komen yang ditinggalkan oleh penonton menyifatkan babak sedemikian tidak perlu ditunjukkan di dalam kaca televisyen kerana drama ini mungkin ditonton oleh kanak-kanak bawah umur.

Drama Bidadari Salju merupakan adaptasi novel hasil tulisan oleh Mia Kiff dan dibawah arahan Reza Badarudin.

Antara barisan pelakon di dalam drama ini ialah Sweet Qismina, Adam Lee, Jasmine Suraya Chin, Chacha Maembong, Fimie Don dan ramai lagi.

Sumber foto dan video: Instagram TV3 Malaysia dan Instagram Sweet Qismina

Sedikit info mengenai Jasmine Suraya Chin,

Jasmine Suraya Chin Xian Mei (Cina: 陈香郿; lahir 10 November 1989) merupakan seorang pengacara televisyen, model dan pelakon wanita Malaysia, berketurunan Cina yang berasal dari Kuching, Sarawak. Beliau terkenal dengan watak sebagai Lily dalam filem PASKAL (2018) yang dibintanginya bersama Hairul Azreen.

Selain itu, beliau juga terkenal dengan peranan televisyen termasuk Hero Seorang Cinderella (2017), Alamatnya Cinta (2018) dan Adellea Sofea (2019).

Jasmine Suraya ialah anak tunggal dalam keluarganya. Nama ‘Jasmine Suraya’ dipilih untuk beliau kerana nama ‘Suraya’ ialah nama rakan karib ibunya ketika mereka belajar bersama di universiti luar negara.

Beliau mendapat keputusan 10A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di S.M.K. Batu Lintang dan melanjutkan pelajaran di Universiti Monash, Melbourne, Australia yang mana beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains dan Ekonomi.

Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Jasmine Suraya | Iluminasi

Pada tahun 2003, ketika berusia 14 tahun, Jasmine pernah mewakili Sarawak dalam sukan boling 10 pin dan pernah mewakili negeri di Pertandingan Kejohanan Junior Milo Kebangsaan.

Sebelum menceburi bidang lakonan, beliau pernah bekerja sebagai seorang wartawan di The Borneo Post selama setahun setengah.

Jasmine Suraya beragama Kristian. Beliau sebelum ini menafikan khabar angin mengatakan beliau beragama Islam, Jasmine berkata dalam temu ramah bersama Harian Metro: “Saya tidak salahkan mereka malah saya balas balik komen dengan baik dan beritahu saya bukan Melayu.

Saya juga minta maaf sekiranya cara berpakaian saya membuatkan mereka berasa tidak selesa. Pandangan dan komen yang dilontarkan itu amat saya hargai kerana ia bermakna mereka mengikuti perkembangan dan mahu saya jadi insan terbaik.”

Beliau mempertahankan tindakannya memuat naik gambar yang dianggap seksi oleh sebahagian peminat di laman sosial Instagram sehingga mendapat kecaman netizen

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:  Berita Terkini

Sumber: HOT.FM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*