
Baru sahaja umum mengundurkan diri sebagai penyampai radio, pelawak Shuib Sepahtu turut mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada penglibatannya dalam kumpulan Sepahtu.
Menurut pemilik nama Shahmira Muhamad itu, keputusan tersebut adalah kerana dia mahu memberi sepenuh tumpuan kepada bisnesnya yang semakin berkembang maju.
Al maklumlah, perniagaan kedai minuman Bubble Bee miliknya semakin berkembang maju dengan mempunyai beberapa cawangan di seluruh Malaysia.
Dalam pada itu, Shuib turut menegaskan bahawa keputusan yang diambil bukanlah disebabkan oleh kontroversi yang melanda dirinya tahun lalu.
“Saya memang dah buat keputusan untuk berehat seketika daripada industri hiburan termasuk komitmen dengan kumpulan Sepahtu sekali.
“Keputusan yang saya buat bukan disebabkan kontroversi yang melibatkan diri saya sepanjang tahun lalu,” ujar Shuib kepada mStar Online.
Jadi buat masa ini, pelawak berusia 36 tahun itu hanya ingin memberi tumpuan pada bisnes dahulu dan tidak dapat menjangka untuk tempoh berapa lama dia akan berehat.
Terdahulu, Shuib umum meninggalkan stesen radio tersebut bagi segmen Geng Pagi Hot dimana akan bersiaran buat kali terakhir pada Jumaat ini.
Sebelum itu,
Aksi memarut kelapa unsur luc4h, Shuib Sepahtu hanya ingin buat penonton ketawa – “Saya mohon maaf… InsyaAllah tak buat lagi benda macam itu”
AKSI pelawak Shuib melakukan babak sedang memarut kelapa dalam program Sepahtu Reunion pada Khamis lepas menerima kritikan pelbagai pihak apabila dianggap luc4h dan menjijikkan.
Enggan isu berpanjangan, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad tampil menjelaskan bahawa dia tidak berniat untuk menggambarkan perbuatan tidak senonoh.
Pelawak berusia 36 tahun ini berkata, dia hanya ingin membuat penonton ketawa namun tetap memohon maaf kepada pihak yang tersinggung dengan aksi tersebut.
“Sepahtu Reunion pada Khamis, ada satu babak saya buat memarut kelapa. Babak itu jadi kontroversi pula. Jadi, di sini saya dengan rasa rendah diri memohon maaf kepada mereka yang terasa hati dan rasa babak itu tidak patut dilakukan.
“Sebenarnya saya nak beritahu, ikhlas dari hati saya ketika saya melakukan babak itu tak ada bawa maksud apa-apa… tak ada pergi ke lucah. Saya hanya nak buat orang ketawa sahaja, tak ada niat apa-apa,” kata Shuib.
Suami kepada penyanyi Siti Sarah itu memuat naik video menjelaskan perkara itu dan memohon maaf kepada semua pihak menerusi laman Instagram miliknya pada Sabtu.
Rata-rata netizen di ruang komen tersebut berpendapat lawak Shuib itu bukan sesuatu isu yang perlu diperbesarkan memandangkan ia dilakukan secara spontan tanpa perlu berfikiran secara negatif.
Sebelum ini, pendakwah bebas iaitu Akhi Fairuz Al-Jengkawi meluahkan rasa kurang senang dengan aksi tersebut yang dilihat seperti melakukan perbuatan lucah dan memalukan dalam sebuah program yang ditonton seisi keluarga.
Dalam pada itu, penyampai radio Hot FM ini sekali lagi memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan tersebut di masa akan datang.
“Tapi itulah… kalau katakan la video itu buat orang terasa hati, saya minta maaf sangat. Insya-Allah saya tak akan buat lagi benda macam itu. Semoga terus sokong Sepahtu Reunion,” ujarnya.
Sumber: mStar Online (Juliana Johar)
Be the first to comment