Terjawab Kisah Sebenar Mak Ayah Balut Lampin Bayi 3 Bulan Dengan Plastik Kerana Tiada Duit Beli Pampers

” Kita beri ‘kaki’ kepada ayah baby 3 bulan ni…”

Demikian perkongsian Kuan Chee Heng di Facebook mengenai kisah tular seorang lelaki yang memakaikan bayi kecilnya dengan plastik akibat tidak mampu membeli pampers.

Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang berkongsi kisah itu sambil meminta jasa baik orang ramai untuk menderma bagi membantu ayah kepada bayi tersebut.

Tujuannya adalah untuk membeli sebuah motosikal terpakai supaya lelaki malang itu yang kehilangan punca akibat motosikal dicuri dapat mencari rezeki bagi menampung hidupnya.

” Saya rasa paling penting ialah beri sebuah motosikal kepada bapa baby pakai plastik sebagai lampin agar dia mudah bergerak cari rezeki.

” Akan saya mohon permit mintak rentas negeri dan belikan beliau sebuah motosikal.” tulis Uncle Kentang.

Tak mampu beli pampers, pakaikan anak plastik

Sebelum itu luahan lelaki tersebut yang memakaikan plastik kepada bayinya telah mencuri perhatian ramai.

Menurutnya, bayinya yang baru berusia 3 bulan itu terpaksa dipakaikan plastik kerana tidak mampu untuk membeli pampers atas desakan hidup.

” Tiada duit beli pampers, pakai kain lampin dibalut plastik … bayi 3 bulan… Kami baru hutang RM16.70 dari kedai. Dapat sardine 1 tin, tepung dan telur. Kami ada sikit beras lagi dan satu plastik minyak masak.

” Depan rumah ada kolam ada haruan dan ikan keli. Tapi aku tiada mata kail. Aku kerja kedai makan tetapi kedai makan dah tutup.

” Aku ada motosikal, motosikal kena curi. Aku kini tak ada transport langsung. Baby memang tak minum susu lah. dah 3 bulan.

” Tiada duit beli pampers. Pakai kain lampin, itu pun ada 3 helai dan terpaksa balut dengan plastik agar kencing baby tak basahkan tilam buruk.

” Esok kami cuba mintak permit rentas daerah hantar makanan agar kesihatan baby terjaga. Makanan semakin parah.” tulisnya yang meraih simpati ramai.

Derma ditutup, sudah cukup RM3000 untuk beli motosikal 2nd hand

Sementara itu menerusi perkongsian terbaru Uncle Kentang, atas prihatin orang ramai yang bersimpati, duit bagi membeli motosikal untuk didermakan kepada bapa malang itu berjaya dikumpul sebanyak RM3000.

” Jom kita derma RM 3000 untuk beli motosikal.

” Kalau bagi pampers pun tak akan selesai masalah baby pakai plastik. Ayah pandai memancing. Semoga ada motosikal ayah boleh lah memancing dan jual ikan untuk dapat wang.

” Kerja restoran munkin akan tergendala lama lagi musim PKP ini. Jadi kita bagi motosikal 2nd hand dan biar dia dapat cari rezeki secara mampu dan halal. Dah check dia ada lesen motosikal dan kereta yang sah laku.

” Jom derma lah RM 10 . Kita beli motosikal untuk beliau dan pampers serta makanan.

” 7015170449 CIMB Kuan Chee Heng (Motosikal baby). Semoga Tuhan memberkati kamu semua. Uncle kentang, 0122732148, derma ditutup,” akhiri Uncle Kentang.

Dalam pada itu, menerusi respon warganet rata-rata tidak mampu menahan sebak dengan kisah tersebut. Justeru ramai yang ingin tampil menghulurkan bantuan membelikan pampers meskipun duit untuk membeli motosikal berjaya dikumpul.

Tidak dinafikan masyarakat Malaysia tidak mengira bangsa dan agama begitu bermurah hati untuk menyalurkan sumbangan apabila kisah-kisah begini diceritakan.

Sumber:transformasi.pw dan FB Kuan Chee Heng

 

Be the first to comment on "Terjawab Kisah Sebenar Mak Ayah Balut Lampin Bayi 3 Bulan Dengan Plastik Kerana Tiada Duit Beli Pampers"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*