Baru Berapa Bulan Nikah, Pengacara Mimie Haris Mengaku Dah Bercer4i. Dia Beritahu Punca Sebenar

” Saya dan bekas suami sudah berpisah.”

Itu pengakuan penyanyi dan pengacara, Mimie Haris, 30, yang mengatakan beliau berpisah dengan suaminya sejak tahun lalu.

Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Wanita kelahiran Alor Setar, Kedah itu mengakui, dia sudah kembali memegang status ibu tunggal, sejak tahun lalu.

Mendirikan rumah tangga dengan seorang juruterbang yang dikenali sebagai Amir pada Februari tahun lalu, namun ikatan perkahwinan terlerai, tahun yang sama. Jika dihitung, mereka hanya mengecapi kebahagiaan sebagai suami isteri selama beberapa bulan.

Segala persoalan mula timbul apabila tiada lagi gambar bersama bekas suaminya dalam laman sosial, Instagram (IG), sejak akhir-akhir ini.

Perkahwinan kami terlerai tahun lalu, tempoh edah pun sudah hampir tamat. Bagi pengikut IG, mereka tahu saya bercrai.

” Apa yang boleh saya katakan, tiada jodoh antara kami. Keputusan ini atas persetujuan bersama. Saya dan bekas suami sudah tidak boleh bersama, jadi jalan terbaik adalah berpisah.

” Saya tahu orang akan cakap, tak sampai setahun sudah bercrai. Bagaimanapun, usahkan setahun, malah ada yang berkahwin selama 30 tahun pun bercrai. Siapa nak berkahwin untuk bercrai, tetapi inilah takdir saya,” katanya kepada BH Online.

Enggan mengulas lanjut punca percraian kali kedua itu, Mimie berkata, dia tak kisah untuk membiarkan orang ramai dengan persepsi mereka.

Baginya, cukup sekadar dia dan keluarga terdekat mengetahui punca perpisahan.

” Mulut tempayan boleh ditutup, tetapi tidak mulut manusia. Tak kisahlah nak cakap apapun, biarlah saya dan keluarga tahu apa yang dihadapi, itu sudah memadai.

” Saya rasa tak perlu nak fikir apa orang nak kutvk. Kalau dengar orang cerca, saya pula tidak boleh meneruskan hidup.

” Lagipun, saya dan bekas suami tidak boleh hidup bersama. Daripada terus menyakitkan hati, lebih baik kami berpisah,” katanya.

Mengulas tindakannya yang kelihatan terbuka berkongsi dalam laman sosial, biarpun ini perkahwinan kali kedua yang gagal dipertahankan, Mimie berkata, dia tidaklah terlalu terbuka berkongsi soal peribadi dan percraian dalam IG.

” Ramai pengikut yang tertanya-tanya apabila tiada lagi gambar bersama bekas suami. Saya rasa tak perlulah nak berselindung, jadi saya berkongsi perkara sebenar. Lagipun, saya bukan lagi menjadi isteri orang, bimbang timbul fitnah apabila orang tak tahu saya sudah bercrai.

” Jika ikutkan, usia saya masih muda dan tiada cahaya mata anak lagi. Sudah tentu, saya mahukan hubungan yang berkekalan sama seperti pasangan suami isteri lain.

” Jadi, nak kata serik, tidak juga. Kalau ada jodoh, adalah… Tetapi, buat masa sekarang, saya baru sahaja bercrai, perasaan nak berkahwin lagi memang tiada,” katanya.

Mimie atau nama sebenarnya, Norshamimi Ahmad Haris berkata, kegagalan dalam dua perkahwinan lalu mengajarnya erti kesabaran dalam menghadapi dugaan.

” Dugaan bukan hanya dalam perkahwinan tapi di luar perkahwinan juga ada. Antara dugaannya dari orang sekeliling.

Bukan sebab tiada anak

” Kami bercrai bukan disebabkan tiada cahaya mata. Tidak rezeki lagi nak memiliki anak, nak buat macam mana?

” Apabila direnung semula, kalau ada anak pun susah jika hubungan saya dan bekas suami tiada keserasian. Tetapi, jika dipertemukan jodoh lagi, saya memang mahukan anak,” katanya.

Mimie berkata, dia tidaklah bersedih sangat, mungkin disebabkan sibuk bekerja.

” Saya mahu menjadi wanita berdikari dan tidak mengharapkan lelaki bertanggungjawab atas kehidupan sejak dahulu lagi. Apapun, saya usaha sendiri.

” Saya lebih cenderung kepada dunia pengacaraan. Bagaimanapun, saya merancang mengeluarkan single baharu selepas kali terakhir pada 2013.

” Sebenarnya, saya ada menyanyikan lagu runut bunyi untuk beberapa drama.

” Saya setuju mahu menghasilkan single selepas dipelawa rakan yang juga pengacara dan komposer, Zack Merican,” katanya.

Sumber:bhar1an

Be the first to comment on "Baru Berapa Bulan Nikah, Pengacara Mimie Haris Mengaku Dah Bercer4i. Dia Beritahu Punca Sebenar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*