
Tiba tiba banyak dapat request friend..sebab da viral ..ramainya yang doakan arwah suami dr Ali Noor Hassan hassan. Beribu ribu orang share dan doakan dia.alhamdulillah.
Cuma maklumat kurang tepat sebab kem4tian. Dia meningg4l di hkl kerana acute respirat0ry distr3ss bukan sebab c0vid/kepen4tan bertugas melaw4n c0vid
Amalan Arwah Ketika Hiidup
Memang dia banyak terlibat dengan aktiviti jemaah tabligh. Periksa pes4kit percuma semasa ijtimak tabligh,
Tidak berkira kerja dengan kawan kawan, dan dia antara yang suka ziarah sahabat/saudara sakit. Ramai yang mesej dr ali antara org yg pertama melawat apabila kawan kawan Tak sihat.
Beliau jugak byk bersedekah. Setiap Hari walau sedikit.
Semasa ibunya masih ada, banyak memuliakan dan berbakti kepada ibu. Setiap kali beli lauk utk family mesti Akan belikan lauk yg sama utk arwah emak dia semasa hidup. Mak nak ke klinik atau raw4tan memang dia Akan usahakan cuti utk berkhidmat kepada mak dia.
Sehingga mak dia di diagnose lung c4ncer pada August 2018 sanggup ambik cuti separuh gaji utk jaga emak dia. Sehingga ke akhir hajat mak dia di ikn, dia antara yang ajar kan mak kalimah syahadah.
Damaila disana wahai suamiku.
Dr Ali akhirnya ‘melalui rehat yang panjang’ – “Sungguh mulia jasamu”
Perkara itu diumumkan menerusi posting di Facebook Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) pada Selasa.
“Kami baru menerima khabar kematian Almarhum Dr Ali Noor Hassan melalui laman Facebooknya.
“Arwah merupakan ahli berdaftar SPJM dan telah mengikuti SPJM sejak tahun 2018 serta menyertai Kursus Pengurusan Jenazah SPJM di Surau Quba Sentul pada dua tahun lepas.
“Ini gambar terakhir beliau yang sempat diambil oleh rakannya sebelum beliau jatuh sakit kerana beban kerja terlalu penat dan letih, selain kekurangan masa untuk beristirehat setelah bertugas di barisan hadapan KKM menangani Covid-19.
“Beliau tertidur ketika bertugas dan pengs4n,” tulis pengendali Facebook itu.
Rakyat Malaysia luah rasa simp4ti atas pemergian itu menerusi media sosial.
Selain itu, Dr Ali juga dikhabarkan seorang ahli khidmat dakwah dan sudah dua kali menyertai Ijtimak/perhimpunan Jemaah Tabligh di Beaufort, Sabah.
Malah, setiap kali Ijtimak besar jemaah tabligh di Sabah, Dr Ali akan datang dari Selangor berkhidmat secara sukarela sebagai petugas perubatan bagi peserta ijtimak.
Peng0rbanan doktor akan diingati selama-lamanya, you are the hero of Malaysia.
Dalam pada itu, rata-rata pelayar media sosial turut menzahirkan rasa simpati dan salam takziah atas pemergian itu.
Selain itu, netizen turut mendoakan agar petugas barisan hadapan yang lain terus cekal dalam menjalankan tugas mereka.
“Pengorbanan doktor akan diingati selama-lamanya, you are the hero of Malaysia.
“Sungguh mulia jasamu untuk berkhidmat kepada semua hamba Allah.
“Salam takziah untuk keluarga moga arwah ditempatkn dikalangan insan yang beriman,” tulis netizen mengenai allahyarham yang meninggalkan seorang isteri dan tiga anak yang masih kecil.
Jenazah Dr Ali akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Bandar Tun Hussein Onn pagi Rabu.
Be the first to comment