Tumbangnya seorang wira, Doktor rawat pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat keletihan, gambar terakhir sempat dirakam memang nmpk sgt letih

CYBERJAYA – Seorang petugas barisan hadapan meninggal dunia selepas beberapa hari dirawat di hospital selepas pengsan ketika bertugas melawan Covid-19.

Berdasar satu perkongsian oleh Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM), Allahyarham Dr Ali Noor Hassan yang juga ahli skuad tersebut meninggal dunia akibat keletihan.

“Sebelum meninggal dunia, rakannya sempat merakamkan gambar terakhir beliau yang sangat keletihan.

“Beliau jatuh sakit kerana beban kerja terlalu penat dan letih, selain kekurangan masa untuk beristirehat setelah bertugas di barisan hadapan Kementerian Kesihatan menangani Covid-19. Beliau tertidur ketika bertugas dan pengsan,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebook miliknya.

Menurut SPRM lagi, selain bertugas sebagai doktor perubatan, Allahyarham juga aktif dalam kerja-kerja dakwah dan pernah menyertai perhimpunan Jemaah Tabligh di Beaufort, Sabah.

“Setiap kali Ijtimak besar jemaah tabligh di Sabah, Dr Ali akan datang dari Selangor berkhidmat secara sukarela sebagai petugas perubatan bagi peserta ijtimak.

“Sekali lagi SPJM kehilangan seorang ahli yang begitu komited berkhidmat untuk ummah selepas pemergian Pengerusi SPJM Kedah, Allahyarham Habibullah pada Jumaat lepas.

“Semoga Allah SWT menerima segala amal kebajikan beliau dan mengampuni segala dosanya yang lampau. Salam takziah buat ahli keluarganya,” ujarnya.-MT

Kes positif Covid-19 dijangka menurun dua minggu lagi

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan kes baharu positif Covid-19 akan menurun dalam tempoh dua minggu lagi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes positif Covid-19 meningkat ketika ini disebabkan jangkitan dalam tempoh dua minggu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan.

Katanya, kadar kebolehjangkitan atau R naught (RO) kini adalah 1.2 dan jangkaan kes menurun selepas RO menurun kepada 1.1.

“Kalau lihat unjuran kita jangka minggu ketiga Februari akan mendapat kes harian sebanyak 5,000 kes manakala minggu ketiga Mac 8,000 kes.

“Kes laporkan hari ini kerana lendesahan virus dalam tempoh 14 hari. Impak PKP kali ini akan dilihat dalam tempoh dua minggu kes penurunan kes,” katanya dalam sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, KKM juga akan membuat penilaian lanjut sama ada PKP 2.0 akan dilanjutkan lagi selepas tempoh dua minggu tamat 26 Januari ini.

Katanya, sektor ekonomi yang dibuka dalam PKP 2.0 juga akan dinilai agar seimbang dan berkemungkinan ia lebih ketat berbanding sebelum ini.

Sumber Hmetro

Be the first to comment on "Tumbangnya seorang wira, Doktor rawat pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat keletihan, gambar terakhir sempat dirakam memang nmpk sgt letih"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*