Isteri Nazri Aziz positif Covid-19, kuarantin siap mandi pantai, beliau beri penjelasan kenapa boleh mandi di pantai

HIDUP ini pastinya indah jika memiliki segala-galanya termasuk pantai peribadi. Begitulah pengalaman isteri Ahli Parlimen Padang Rengas, Datin Seri Haflin Nazri Aziz yang ketika ini menjalani kuarantin kerana positif Covid-19.

Haflin memuat naik klip video di Instagramnya, sedang bersantai di sebuah pantai di Kelantan sambil berendam di dalam air laut. Pantai itu berhadapan dengan Villa Danialla Beach Resort milik keluarganya.

Ketika permulaan video kelihatan gelang kuarantin berwarna merah jambu di tangan kiri Haflin. Dia kemudiannya berlari ke arah pantai sebelum berendam di dalam laut. Cuaca ketika itu baik dengan awan membiru dan air laut yang tenang.

“Best home quarantine ever (Kuarantian di rumah yang terbaik pernah dirasai),” kata Haflin di Instagramnya.

Semalam media melaporkan, Haflin dan anaknya positif Covid-19 iaitu sehari selepas suaminya Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dijangkiti virus tersebut

Beberapa pengikut Haflin gembira dengan sikap positif yang ditunjukkan oleh beliau.

“Wowww. The best place ever for quarantine datin. Means those people yg +ve covid can be at Villa Daniella for quarantine kan datin. Speedy recovery datin,” kata nurulartikajob.

“OMG Datin Seri, seriously?? This is heaven!! may I join?,” kata drazmaraida.

Bagaimanapun ada beberapa pengikutnya yang mempersoalkan sama ada boleh atau tidak mereka yang dikuarantinkan bercanda di pantai.

“Bertuahnya. Ada rakyat kuarantin dalam rumah PPRT je,” kata eiffajamlluail.

“Dah ade gelang pink lagi keluar mandi laut. Contoh tauladan yang baik,” kata amad_asr.

Bagaimanapun beberapa orang warganet mempertahankan tindakan Haflin. Ini kerana menurut mereka Haflin berada dalam lingkungan kawasan yang dimilikinya.

“Adil la sis sebab resort tu dia yang punya. Memang dia asal kaya pun sebelum kawin dengan suami dia,” kata diya.na683.

“Laut di belakang rumah saja. Tidak akan ada interaksi dengan orang luar melainkan orang-orang seisi rumah mereka sahaja. Maka dengan itu berpeluanglah menikmati pantai yang hanya di belakang rumah,” kata esh.x.vii.-SM

Sebelum itu,

Isteri Nazri Aziz positif Covid-19, kuarantin di villa ‘family’ siap mandi pantai

Sejak minggu lalu, beberapa orang kenamaan yang terlibat dalam dunia politik telah disahkan positf Covid-19. Antaranya ialah bekas menteri kabinet iaitu Datuk Seri Nazri Aziz.

Beliau dipercayai mendapat simptom virus tersebut dan disahkan positif ketika menghadiri satu sidang media yang dijalankan pada 12 Januari 2021.

Susulan daripada itu, menerusi laporan mStar Online, isterinya Datin Seri Haflin Nazri Aziz dan anak mereka turut sama disahkan positif Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin di resort milik keluarga di Kelantan.

Menurut Haflin, ketika ini beliau dan anaknya telah menjalani kuarantin di lokasi tersebut dan resort itu juga telah ditutup daripada kunjungan orang ramai sejak Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) diumumkan.

“Sudah tentu saya dijangkiti daripada Datuk Seri sebab saya bersamanya sejak pulang. Lepas habis sidang media, Datuk Seri balik ke Kota Bharu.

“Saya melihat perkara ini sebagai satu hikmah. Jadi saya dan staf kuarantin dalam kawasan villa yang dah ditutup kepada orang ramai sejaj PKP,” katanya.

Habiskan masa kuarantin kendiri di villa

Dalam satu perkongsiannya di Instagram, dapat dilihat beliau menghabiskan waktu ketika sedang menjalani kuarantin di pantai berhampiran villa memandangkan tiada kehadiran orang luar di sana.

Menurut kapsyen yang disertakan, Haflin berkata lokasi tersebut adalah terbaik untuk dinikmati sehingga tamat tempoh kuarantin.

Sempat tunggang kuda sebelum tahu positif

Tambah Haflin lagi, sebelum mengetahui dirinya positif Covid-19, beliau sempat menunggang kuda di persisiran pantai dan membuat aktiviti bersenam memandangkan kawasan tersebut luas.

Beliau juga memaklumkan setakat ini kakitangan yang negatif juga telah menjalani kuarantin di bilik masing-masing.

“Sebelum tahu kena Covid-19, saya sempat berkuda di tepi pantai, buat aktiviti bersenam. Syukur kawasan ini agak luas, jadi kakitangan yang negatif pun dapat kuarantin dalam bilik masing-masing,” jelasnya

Terdahulu, Nazri Aziz telah disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan apabila mengetahui menjadi kontak rapat kepada salah seorang pesakit Covid-19 ketika menghadiri sidang media berkenaan.

Sumber: Haflin Nazri Aziz , mStar Online (Mohd Izzat Mohd Khalizan)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*