
Sejak menjalin hubungan cinta, nama pelakon Janna Nick sering menjadi bualan warganet apabila ada sahaja tindakan yang mengundang kec4man ramai.
Terbaru, pelakon berusia 26 tahun itu memuat naik satu posting memaparkan dirinya sedang berposing dengan kapsyen yang seakan-akan berseloroh dengan pengikutnya.
Setakat kecam media sosial apa la sangat
Menerusi posting yang dibuat itu, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner itu mengakui dia tidak kisah dengan segala kec4aman dilemparkan terhadap dirinya.
Hal ini kerana baginya pelbagai dugaan yang dilalui oleh pelakon drama Leftenan Zana itu sehingga kecaman di media sosial tidak memberi sebarang impak kepada dirinya.
“Awak ingat saya kisah ke awak kecam-kecam saya. Setakat kecam dekat media sosial ini apa lah sangat. Banyak lagi dugaan lagi teruk daripada kena kecam dengan ‘jin masauth’,” tulisnya di kapsyen.
Posting tersebut menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-rata menyifatkan kecaman adalah tanda sayang selain menasihatinya agar menjaga tingkah laku sebagai ‘public figure’.
Kec4m tanda sayang
Jaga kelakuan, jangan berga4duh
D0sa pahala bukan netizen pegang
Tak faham netizen sekarang
Janna menjalin cinta bersama pelakon baru berdarah kacukan Melayu-Switzerland, Dini Schatzmann sejak beberapa bulan lalu.
Sebelum ini,
“Selamba peluk pegang..” – Netizen tak puas hati Janna Nick didukung kekasih
Apabila seseorang dilamun cinta bahagia dengan pasangan kekasih, pasti akan terpancar ‘cahaya’ kebahagiaan melalui riak wajah mereka, betul ke? Semuanya indah dan manis belaka.
Begitulah dirasai pelakon Nurul Jannah Muner atau lebih mesra digelar Janna Nick yang ‘dibuai’ cinta dengan teman lelakinya, jejaka kacukan Melayu-Switzerland iaitu Dini Azan Schatzmann.
Pelakon berusia 26 tahun itu tidak segan berkongsi hubungan percintaannya di laman sosial dimana sering memuat naik gambar mereka berdua untuk tatapan umum.
Bagaimanapun baru-baru ini, tindakan Janna yang membuat video TikTok bersama kekasihnya itu di laman Instagram meraih perhatian warganet.
Apa membuatkan warganet kecoh adalah apabila aksinya ‘didukung’ oleh teman lelaki dalam video tersebut yang dianggap keterlaluan dan kurang sopan oleh segelintir pengikutnya di Instagram.
“Please enjoy being single ok!,” tulis Janna ditujukan kepada Dini di ruangan kapsyen.
Mungkin niat Janna hanya sekadar suka-suka dan ingin menghiburkan peminat, namun begitu warganet menganggap tindakannya itu satu perbuatan yang kurang sopan apatah lagi kedua-duanya belum mempunyai ikatan halal.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menegur dan ‘menyekolahkan’ aktres drama Misteri Mona itu dengan pendapat mereka.
Peluk pegang sesuka hati
Cemburu pun tak guna sebab tak halal lagi
Bukan mahram boleh berpeluk ye
Tak manis walaupun untuk hiburan
Dalam pada itu, Janna turut memuat naik sekeping gambar bersama teman lelakinya dengan menulis tarikh ‘istimewa’ 2.2.2021 di ruangan kapsyen.
Justeru pelbagai spekulasi dibuat oleh warganet, adakah dia bakal menamatkan zaman bujangnya bersama Dini? Jom kita nantikan. Sementara itu, doakanlah yang terbaik untuk mereka.
Video,
Sumber: Instagram Janna Nick
Be the first to comment