Pasaraya Buat Laporan Beritahu Ada Ibu Tiga Anak Kena Tahan Sebab Mencurl, Sekali Ketua Polis PJ Sendiri Datang Bawa Beras Ke Rumah Wanita Itu

Terd.esak hingga sanggup menc.uri makanan dan cecair penyejuk untuk mengu.bati demam anaknya. Itu kesu.sahan hidup seorang wanita hingga sanggup menc.uri di pasar raya di Petaling Jaya, semalam.

Bagaimanapun, sebaik menerima laporan polis dibuat pasar raya berkenaan, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal tampil membantu wanita itu termasuk tidak meneruskan tlndakan (NFA) atas perbuatan dilakukan wanita berusia 30-an itu.

Nik Ezanee berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada pihak pasar raya yang mena.ngkap ibu tiga anak itu menc.uri pelekat penyejuk badan, kek dan sosej kira-kira 3 petang semalam.

YDH Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Bin Mohd Faisal terpanggil untuk mengunjungi seorang surirumah yang telah dit.ahan oleh anggota sekuriti di sebuah pasaraya kerana ga.gal membayar barang-barang yang ada bersamanya.

Barang-barang yang dimaksudkan adalah ubat – ubatan dan makanan untuk anaknya yang sedang saklt.

Atas dasar belas ehsan, IPD Petaling Jaya dan Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyumbangkan barangan makanan dan barangan harian kepada beliau agar terus cekal dalam menghadapi cabaran di dalam meneruskan kehidupan sepanjang tempoh Pandemlk C0vid 19 ini.

“Semalam saya terima laporan mengatakan ada seorang wanita ditahan kerana dikatakan menc.uri kek dan ‘Koolfever’ sebab anaknya demam.

“Jadi saya pun berasa terpanggil untuk berjumpa dengan wanita ini. Saya percaya dia ada masalah kalau tidak dia tidak akan buat perkara ini..”

Mulianya hati, para peniaga pun kalau jumpa orang yang memerlukan, bantulah mereka, tak perlu banyak, bantu sikit pun tidak mengapa, moga Allah akan beri lebih.

Video,

Mulianya hati, para peniaga pun kalau jumpa orang yang memerlukan, bantulah mereka, tak perlu banyak, bantu sikit pun tidak mengapa, moga Allah akan beri lebih.

Kredit: IPD PetalingJaya/Harian Metro/NiagaKini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kebaikan lain KP PJ,

Memori pau kaya… selepas 3 dekad, Ketua Polis PJ jejak kasih penyelia syarikat bapa – “Terharu, Aunty Ah Siong simpan keratan akhbar berita saya”

BAGAIKAN jejak kasih, satu pertemuan buat pertama kali selepas bertahun-tahun menyentuh emosi.

Barangkali begitulah yang dirasai seorang warga emas sewaktu dikunjungi oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal pada pagi Rabu.

“Aunty Ah Siong… masa kecil-kecil dulu, dia selalu belikan saya pau. Orang tua saya kerja di kawasan ini dan dia bekerja sekali.

“Sekarang ni, saya boleh beli pau saya sendiri, saya hantarlah balik kat dia,” menurut Nik Ezanee menerusi penstriman secara langsung di halaman Facebook Polis Daerah Petaling Jaya.

Menerusi rakaman yang berlangsung selama kira-kira 10 minit itu, wanita warga emas itu terkejut dan menahan sebak kegembiraan menyaksikan kehadiran Nik Ezanee.

Bercakap kepada mStar, Nik Ezanee berkata, dia mula mengenali Aunty Ah Siong sejak umurnya enam tahun.

“Masa tu ayah saya mengusahakan perniagaan bulk mail (khidmat mel secara pukal) di Petaling Jaya. Ketika itu Aunty Ah Siong menjadi penyelia di tempat kerja ayah.

“Setiap kali, ayah bawa saya ke tempat kerja, Aunty Ah Siong selalu beri saya pau kaya sebab saya masih keci lagi dan dia pun sukakan kanak-kanak,” katanya kepada mStar.

Nik Ezanee berkata, kali terakhir beliau bertemu dengan wanita warga emas yang kini berusia 80an itu adalah semasa berusia 10 tahun.

Beliau yang kini berusia 42 tahun menambah, kisah mengenai Aunty Ah Siong menjadi topik perbualannya bersama bapanya dalam satu pertemuan, pada Ahad lalu.

“Ahad lepas, ayah tiba-tiba ada sebut pasal Aunty Ah Siong. Dan saya pun terfikir sudah lama tak jumpa dia. Ayah beritahu Aunty Ah Siong tinggal di Petaling Jaya.

“Jadi, saya menziarahinya dan kali ini membawa pau sebagai tanda ingatan, dah 30 tahun tak jumpa dia. Saya bawa juga sekotak topeng muka untuk dia mengamalkan langkah-langkah pencegahan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya sambil menambah dalam pertemuan singkat itu mereka dua bertanya khabar dan berkongsi mengenai perkembangan masing-masing.

Tambah Nik Ezanee, kerajaan melaksanakan PKPP dengan berteraskan tujuh strategi termasuk perlindungan golongan berisiko seperti warga emas.

“Saya mulakan dulu program seumpama ini dengan mendekati masyarakat dengan lebih rapat dan saya telah mengenali Aunty Ah Siong sejak kecil lagi, dan selepas ini pegawai-pegawai saya akan meneruskan dengan berjumpa golongan berisiko seperti warga emas,” ujarnya.

Beliau bagaimanapun tidak menyangka setelah tiga dekad tidak bersemuka, Aunty Ah Siong yang memanggilnya dengan nama Ezanee itu masih mengingatinya.

“Dia terkejut bila berjumpa dengan saya, tak terkata. Tapi saya juga terkejut apabila Aunty Ah Siong ada menyimpan keratan akhbar mengenai berita-berita tentang saya mengendalikan kes.

“Saya benar-benar terharu kerana Aunty Ah Siong mengikuti perkembangan saya sebab masa kecil-kecil dahulu saya pun tak terfikir atau menjangkakan saya akan bergelar seorang polis seperti hari ini.

“Apa yang saya ingat sehingga kini adalah pesanan Aunty Ah Siong yang mahu saya belajar rajin-rajin dan menjadi orang yang berjaya,” ujar Nik Ezanee.

Kredit: IPD PetalingJaya/Harian Metro/NiagaKini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*