
Seorang perempuan yang didenda RM1,000 kerana tidak memakai pelitup muka ketika keluar dari keretanya menunjukkan rakaman CCTV bagi menyangkal dakwaan polis bahawa ada orang lain berdekatan dengannya ketika kejadian.
Mengongsikan rakaman itu di Twitter, Nur Izzati Aqilah Lokman Hakim dilihat di tempat letak kereta yang agak kosong – hanya beberapa kenderaan dan tiada orang lain.
Rakaman itu menunjukkan seorang perempuan keluar dari kereta sebelum sebuah kereta polis berhenti seorang anggota mendekatinya.
Nur Izzati berkata dia didenda di depan kafenya di Segamat, Johor pada 20 Jan lalu kerana tidak memakai pelitup muka.
Ketika itu, katanya, dia sedang mengeluarkan anaknya dari kereta dan tiada orang lain di sekitar.
“Anda bayangkan, saya baru keluar dari kereta dan nak ambil anak di tempat dduk sebelah.
“Bukan tempat sesak. Kafe saya pun tak buka lagi tapi (polis) saman saya sebab saya bukan ahli politik. Kedai keliling kafe saya semua tutup!” ciapnya.
Menurut Nur Izzati, selain anggota polis, hanya dia dan anak-anaknya yang ada di situ.
Katanya, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob sendiri pada 15 Dis lalu berkata pelitup muka tidak wajib jika individu itu hanya berseorangan atau bukan di tempat sesak.
Bagaimanapun Polis Johor semalam mempertahankan denda yang dikenakan dan berkata ada orang lain di kawasan itu ketika kejadian.
“Ketika itu, bersama individu berusia 29 tahun itu ialah seorang wanita yang bekerja di kafe tersebut tetapi memakai pelitup muka. Kenyataan individu ini menyatakan di kawasan tersebut tiada orang dan tiada kesesakan adalah tidak benar sama sekali,” kata Ketua Polis Johor Ayub Khan Mydin Pitchay seperti dipetik Sinar Harian.
Ditanya berkenaan rakaman CCTV itu hari ini, Ayub ketika dihubungi berkata Polis Johor tidak akan membuat sebarang komen lanjut berkenaan kes ini.
Nur Izzati pada mulanya berkata dia mahu membuat bantahan terhadap denda itu tetapi kini menerimanya setelah merasakan ia tidak akan membuahkan hasil.
“Nampaknya kes saya ini macam tak ada future saja…Saya reda, tunggu mahkamah Yang Maha Esa sajalah,” ciapnya.
Sebelum ini terdapat beberapa laporan berhubung individu yang didenda kerana tidak memakai pelitup muka ketika berseorangan di taman awam atau menurunkan pelitup muka di kawasan pengangkutan awam.
Pada masa sama, sejumlah ahli politik dan tokoh awam juga dilihat – menerusi gambar – tidak memakai pelitup muka ketika menghadiri acara, termasuk dalam keadaan sesak.
Setakat ini tiada laporan berhubung ahli politik yang didend4 kerana tidak memakai pelitup muka, atau memakainya secara salah.
Polis Johor n4fi wanita dikompaun di kawasan tidak s3sak
Sebelum ini Polis Johor menafikan dakwaan tular di media sosial berhubung seorang wanita yang juga pengusaha kafe dikenakan kompaun kerana tidak memakai pelitup muka ketika berada di kawasan tidak ses4k.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, siasatan dilakukan polis mendapati kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 11 pagi di sebuah kafe di Jalan Pusat Komersil Yayasan 3, Segamat pada Rabu.”Siasatan dilakukan mendapati semasa kejadian, ramai pengunjung yang mengunjungi kedai dan premis yang berhampiran kawasan tersebut.
“Ketika itu, bersama individu berusia 29 tahun itu ialah seorang wanita yang bekerja di kafe tersebut tetapi memakai pelitup muka. Kenyataan individu ini menyatakan di kawasan tersebut tiada orang dan tiada kesesakan adalah tidak benar sama sekali.
“Tindakan individu ini yang tidak memakai pelitup muka boleh menimbulkan kegusaran kepada orang awam lain yang berada di sekitar kawasan tersebut,” katanya menerusi kenyataan pada Khamis.
Menurut Ayob Khan, wanita berkenaan telah dikenakan tindakan kompaun oleh pasukan tindakan khas pematuhan (SOP) Covid-19 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat di bawah peraturan 16(1) peraturan-peraturan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit (langkah-langkah di dalam kawalan tempatan jangkitan) 2021.
Terdahulu, pada Rabu tular satu ciapan di Twitter mengenai ketidakpuasan hati seorang individu yang dikenakan kompaun kerana mel4nggar prosedur operasi standard (SOP).
Tak salah tak pakai pelitup muka jika berseorangan di tempat awam
KUALA LUMPUR: Individu yang tidak memakai pelitup muka ketika bersendirian di tempat awam, tidak melanggari prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menjelaskan jika individu berkenaan berada di tempat awam yang sesak, maka pemakaian pelitup muka adalah diwajibkan.
“Taman awam adalah tempat awam. Kalau bersendirian tak perlu pakai. Tetapi kalau di tempat awam yang sesak seperti dalam LRT, pasar yang sesak, …maka wajib pakai pelitup muka,” katanya pada sidang media, hari ini.
Baru-baru ini tular mengenai dakwaan seorang individu yang mendakwa disaman kerana tidak memakai pelitup muka ketika membaca akbar di taman awam di hadapan rumahnya di Klang, Selangor.
Mulai 1 Ogos, kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam dengan orang ramai boleh didenda RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Peny4kit Berj4ngkit 1988) sekiranya gagal mematuhi peraturan itu.
Sementara itu, Ismail Sabri turut meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya bertegas dan tidak bertolak ansur dengan pemilik premis hiburan yang masih berdegil tidak mematuhi SOP dengan sama ada menarik semula lesen premis atau menghentikan operasi mereka untuk selamanya.
Ia susulan tangkapan membabitkan operasi pusat hiburan berlaku hampir setiap hari walaupun sudah ada makluman dan peringatan dikeluarkan.
“Arahan daripada kerajaan juga amat jelas untuk tidak membenarkan kelab malam dan pusat hiburan kembali beroperasi buat masa ini dan masih di bawah senarai terlarang. Premis seumpamanya tersenarai di bawah larangan kerajaan,” katanya.
Be the first to comment