‘Saya hanya fikir anak kel4paran dan dem4m’-Wanita kant0i mencuri tampil jelaskan perkara sebenar

Petaling Jaya: “Kalau boleh undur masa pasti saya tidak akan lakukan kerana tidak mahu kejadian ini berlaku namun ketika itu saya tidak berfikiran secara waras kerana memikirkan anak kelap4ran dan dem4m,” kata ibu tiga anak yang ditahan selepas dilaporkan menc-uri di sebuah pasar raya, di sini, kelmarin.

Wanita berusia 36 tahun itu turut menginsafi tindakannya itu selain menempuh pengalaman tidak pernah dialami dirinya apabila disoal si4sat polis selain tangan berg4ri ketika dit4han.

Bagaimanapun, dia bersyukur atas budi bicara dan belas k4sihan polis terutama Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal dirinya dibebaskan dan kesnya tidak diteruskan.

Menceritakan kejadian itu, katanya, ketika kejadian dia ke pasar raya di Ara Damansara itu untuk membeli barang termasuk pelekat penyejuk dem4m.

“Namun ketika itu saya hanya berbekal wang RM30 yang diberi oleh suami dan hanya dapat membeli ayam, roti dan air namun tidak cukup membeli pelekat penyejuk dem4m berserta sosej.

“Ketika itu hati saya berbelah bahagi sama ada hendak membeli pelekat penyejuk dem4m itu atau membeli ayam sedangkan anak saya juga kelaparan dan akhirnya saya bertindak menc-uri pelekat penyejuk demam namun disedari pekerja itu,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Lembah Subang, di sini, hari ini.

Menurutnya, perasaannya ketika itu hanya memikirkan nasib yang bakal menimpa dan akan dipenj4rakan kerana men-curi selepas dit4han polis serta dibawa ke Balai Polis Kelana Jaya.

“Hanya Allah yang tahu ketika itu bagaimana perasaan ini namun tidak sangka pihak polis masih ada belas k4sihan dan tidak meneruskan kes ini sebaliknya membeb4skan saya.

“Kelu lidah ketika itu sebaik dimaklumkan pegawai penyi4sat kes itu saya akan dilepaskan malah tidak terb4las jasa mereka kepada saya,” katanya.

Menurutnya, dia bersama tiga anak berusia 11, enam dan tiga tahun bersama suami sudah empat tahun tinggal di sini.

“Sebelum ini saya mengambil upah menjaga anak jiran dan menjual aiskrim di rumah sementara suami bekerja membantu rakan membaiki lif dan rumah namun pendapatan tidak tetap.

“Malah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dia tidak dapat mengambil upah mengasuh menyebabkan hilang pu-nca pendapatan,” katanya.

Wanita itu berkata, sejak berita itu tular dia menerima bantuan tidak putus daripada pelbagai pihak termasuk pihak polis sendiri.

“Saya doakan tuan Nik Ezanee sentiasa diberi tubuh badan yang sihat, kesihatan baik, diberkati dan dilindungi Allah atas jasa beliau kepada saya.

“Kejadian ini memang menjadi pengajaran buat saya dan kepada semua yang sudi menghulurkan b4ntuan ini saya ucapkan ribuan terima kasih,” katanya.

Suri rumah terbabit juga penerima bantuan wang zakat RM500 sebulan dan bersyukur apabila seorang ahli perniagaan bergelar Datuk sudi membantu menawarkan pekerjaan tetap kepada suaminya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM) Selangor Dr Zaitol Salleh berkata, pihaknya sudah mengambil maklum kejadian menimpa keluarga terbabit dan bantuan awal sudah iaitu bakul makanan JKM yang diserahkan kepada mereka oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya mewakili Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling.

“Melalui semakan juga kita mendapati dia belum pernah memohon bantuan daripada JKM dan borang permohonan juga sudah diserahkan kepadanya untuk proses permohonan.

“Kita akan menjalankan siasatan dan tindakan selanjutnya selepas permohonan diterima,” katanya.

Terdahulu, wakil Jabatan Keselam4tan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Putrajaya turut datang menziarahi dan menghulurkan sumbangan kepada mereka sekeluarga.

Memang asnaf berdaftar

SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengesahkan wanita yang tular di media sosial selepas ditahan kerana tidak membayar kuih, sosej dan ‘KoolFever’ di sebuah pasar raya merupakan asnaf berdaftar di bawah agensi itu.

LZS menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook pada Khamis memaklumkan keluarga tersebut telah berdaftar sejak tahun 2018 dan menerima bantuan kewangan bulanan, perayaan dan keperluan sekolah.

“Namun begitu, prihatin dengan apa yang berlaku, kami akan melihat semula keperluan keluarga ini dan permasalahan mereka,” katanya pada Khamis.

Terdahulu, Polis Daerah Petaling Jaya memberi bantuan kepada wanita berkenaan pada Rabu.

Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu, namun tiada tindakan lanjut diambil ke atasnya.

Laporan Sinar Harian berkenaan wanita ditangkap kerana tidak membayar kuih, sosej dan ‘KoolFever’ di sebuah pasar raya yang kisahnya tular di media sosial baru-baru ini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*