Tengah Sibuk Buat Roti Canai, Sekali Abang Ini Pegang Mic Nyanyi `Chorus` Terdiam Semua Orang Dekat Kedai, Rupanya Ini Identiti Dia

Bagi sesetengah orang, mereka mempunyai kelebihan suara yang merdu ketika melakukan nyanyian. Tidak kiralah sama ada suara halus atau sebaliknya, kalau sudah hebat memang terserlah suaranya.

Tanpa sebarang peralatan pun boleh onz! Perkara ini dapat dikaitkan dengan sebuah video yang menjadi perhatian ramai.

Menerusi rakaman tersebut, kelihatan seorang lelaki yang sedang menyampaikan sebuah lagu bertajuk Niat Hati Taknak Berpisah nyanyian kumpulan Arrow di sebuah kedai makan secara terbuka.

Namun, dipertengahan lagu tersebut lelaki itu telah memberikan mikrofon kepada salah seorang penebar roti canai.

Tanpa disangka-sangka, nyanyian penebar roti canai itu betul-betul menusuk kalbu apabila dia memiliki suara yang sangat merdu.

Lebih menjadi tumpuan apabila dia juga turut santai menyanyikan lagu berkenaan sambil menyiapkan roti canai yang dibuatnya. “Steady abang tarik sambil tangan tebar roti canai”, kata pemilik akaun terbabit.

Ternyata, rakaman terbabit telah membuatkan ramai warga netizen yang berasa kagum dengan kebolehan suaranya di samping ada yang turut memuji kehebatan yang dimiliki.

Video yang sempat dirakam oleh salah seorang individu terbabit telah berjaya menc.uri tumpuan orang ramai sehingga menerima sebanyak 338 ribu tontonan umum menerusi laman akaun Twitter berkenaan setelah ia dimuat naik pada beberapa jam yang lalu.

Reaksi Orang Ramai

Aku suka dgr lagu beliau time dia tarik tu..fuhhh.. mengncam beb..contoh nyer camni.. bergenaaaanngggg.. air mata ini.. sebakkk.. ermmm.

Patutlaa sebijik sama… GV8 dia kena ade! Fuh sekali tebaq sekali tarik soqa baq hanggggggg. Legen.

Dulu suara ori x de pakai auto tune pe tu semua tu..tu sbb suara sama..soh David arumugam nyanyi..pn masih sama cm kaset.

Apa nak heran dah memang penyanyi, kalau aku mungkin t0lak tak boleh tarik.

0rg lama kan.. tulah bakat yg di anugerah kan oleh Allah.. selamba sambil tebar roti.. smoga prniagaan abg renggo brtambah maju & dimurahkan rezeki

Renggo Arrow kini bergelar penebar roti canai

PASIR PUTEH: Dulu menyanyi dan menghiburkan peminat, kini tidak menang tangan me­layan pelanggan serta ligat menebar roti canai di sebuah kedai di Kampung Sungai Petai di sini.

Begitulah rutin kehidupan bekas vokalis Kumpulan Arrow, Renggo yang jauh berbeza berbanding 26 tahun lalu demi sesuap rezeki terutama selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac lalu.

Pemilik nama sebenar, Mohd. Zain Ramli, 51, yang dilahirkan di Perak namun dibesarkan di Kelantan itu berkata, berniaga dan menebar roti canai bukan perkara baharu bagi dirinya kerana sudah dilakukan sejak 10 tahun lalu.

Menurutnya, selain me­nyanyi, dia pernah mengusahakan restoran dan menjalankan pelbagai perniagaan di ibu kota dengan memegang prinsip perniagaan satu sunnah dalam mencari rezeki halal.

“Sebagai anak seni, semangat menyanyi masih berkobar-ko­bar walaupun terpaksa bersaing dengan artis pelapis yang kian bercambah sama ada menerusi program realiti mahupun Instafamous atau pelbagai aplikasi laman sosial.

“Usia saya kian meningkat, itu lazim bagi sebuah kehidupan dan saya tidak boleh berpeluk tubuh kerana sekarang berstatus duda terhangat di pasaran dengan tujuh anak dan empat daripadanya masih dibangku sekolah,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Renggo mengakui, 18 lagu hits Arrow seperti Aku Tak Marah, Terimalah Sayang Cintaku Sea­danya, Sendu Di Hatimu Rindu Di Hati Ku dan Di Mana Senyummu masih menjadi siulan peminat dan dia masih gagah untuk mendendangkannya semula.

Dibantu dua anaknya yang berusia 11 dan 13 tahun mengu­rus kedai makan itu, Renggo berkata, sebelum ini dia berniaga roti canai di Kajang, Selangor namun disebabkan wabak Co­vid-19, perniagaannya merosot.

“Saya ke Kelantan kerana rakan karib minta saya berniaga di sini. Lagi pun kos hidup di Kelantan lebih murah berban­ding di ibu kota.

“Alhamdulillah, jualan roti canai saya di sini laris sehingga lebih 200 keping sehari, itu pun belum memenuhi permintaan pelanggan.

“Kuah dan sambal bilis saya masak sendiri. Angkat dan ambil pesanan dibantu sepenuh­nya oleh anak-anak. Saya hanya menebar roti,” ujarnya.

Renggo berkata, ketika PKPB, ramai pelanggan yang membeli secara bungkus, selebihnya pe­langgan tetap yang turun dari masjid yang berdekatan

Kredit : HCL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Be the first to comment on "Tengah Sibuk Buat Roti Canai, Sekali Abang Ini Pegang Mic Nyanyi `Chorus` Terdiam Semua Orang Dekat Kedai, Rupanya Ini Identiti Dia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*