Betul La Ada Suara Lain. Ketika Shuk Tengah Live Dekat IG, Ramai Terkejutt Ada Bunyi Mlsteri Macam Perempuan Menangis

PETALING JAYA – Penyampai radio Hot FM, Shuk Sahar diga.nggu suara mlsteri yang muncul dalam siaran lansung Instagramnya (IG Live) ketika bersiaran malam tadi.

Menerusi siaran langsung tersebut, Shuk yang berada di dalam lif sedang berbual santai dengan pengikutnya sebelum memulakan permainan teka-teki umur dan nama.

Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 35, menawarkan hadiah berupa wang ringgit berjumlah RM 150 kepada pemenang.

Bagaimanapun, beberapa minit sebelum mengakhiri siaran langsung tersebut, peminat memberitahu kedengaran suara misterl seakan-akan wanita sedang menangis.

“Saya betul-betul tak perasan dengan suara yang masuk dalam live saya. Memang tak dengar apa pun waktu itu.

“Kemudian saya tengok dalam ruangan komen, semua kata ada suara orang menangis, padahal saya tak dengar apa pun. Bila orang hantar sedutan video, baru perasan suara tersebut,” tulisnya.

Shuk menjelaskan, dia baru sahaja berpindah ke kediaman berkenaan dan belum berkesempatan mengadakan doa selamat.

“Esok (hari ini) saya cuba panggil ustaz untuk periksa benda apa yang sebenarnya berlaku,” tambahnya.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut mengakui terkejut dan berasa s.eram mendengar suara berkenaan.

“Dari awal lagi saya dengar tetapi buat tak endah sahaja,” komen salah seorang pengikutnya.

Bagaimanapun, ada juga yang tidak percaya dan menaflkan selain mend.akwa suara berkenaan disunting daripada YouTube.

Terkini mengenai Shuk,

Shuk Hotfm Curang Lagi Dan Kali Ini Isteri Shuk Datang ‘Serbu’ Rumah Perempuan Itu Dan Ini Yang Dia Nampak

Episod pergolakan rumah tangga Shuk Sahar kembali ‘panas’ apabila isterinya dipercayai mendedahkan Shuk kembali bermain kayu tiga.

Menerusi beberapa posting dimuat naik di Intagramnya, isteri Shuk, Rossalennah Natassyiah Asshaferah mendedahkan suaminya itu masih menjalinkan hubungan dengan wanita sama yakni Fara Salleh.

"Orang Lain Tidur, Aku Berkeliaran Cari Laki Aku" - Menangis Depan Pintu, Isteri Dedah Shuk Kembali Curang?

“Selama ni aku diam dah sabar dan bertahan. Diam demi menjaga aib suami.

“Tapi semakin lama diam diorang semakin menyakitkan hati. Satu sibuk mengejar bujang, yang bujang tak sedar diri buktikan dia tak bersalah dan tak ganggu rumah tangga orang,” katanya.

Jelas Rossa lagi, dia juga bertindak menerjah ke rumah Fara untuk meminta suaminya pulang ke rumah, namun terpaksa beredar dengan hampa.

“Allah tu maha adil naluri isteri tak pernah salah. Aku dah merayu menangis depan pintu minta belas kasihan, kau usir aku.

“Kau campak kasut Shuk depan aku suruh bawa balik. Apa dosa aku sampai aku kamu buat macam ni.

“Aku ada anak-anak perlu jaga. Terima kasih kerana dah tinggalkan aku dengan anak-anak.

“Aku dah bertahan sampai saat ini menutup segala cela yang buruk demi masa depan anak-anak.

“Tapi hari demi hari, kau buang aku dengan anak-anak.

“Malam ni perjalanan aku jauh sangat, orang lain tidur, aku berkeliaran cari laki aku dimana,” katanya.

Anda boleh lihat antara luahan tersebut di bawah.

Pada masa sama Gempak cuba menghubungi Shuk sendiri untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
Terdahulu, Shuk sebelum ini pernah dikaitkan dengan Fara sekitar Julai tahun lalu.

Walaubagaimanapun, ketika itu perlakuan curang Shuk sudah diketahui oleh isterinya dan Rossalennah dikatakan pernah berbincang secara baik dengan Fara.

Difahamkan juga, Fara sebelum ini pernah terlibat dalam kontroversi selepas didakwa dipukul bekas kekasihnya iaitu penyanyi kumpulan Hyper Act, Kecik sekitar tahun 2017

Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Video

 

Kredit : Kosmo/Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Be the first to comment on "Betul La Ada Suara Lain. Ketika Shuk Tengah Live Dekat IG, Ramai Terkejutt Ada Bunyi Mlsteri Macam Perempuan Menangis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*