“Bukan untuk mempromosi jika seseorang tidak ada duit boleh mencuri sebaliknya ia adalah sifat perikemanusiaan” – Nik Ezanee

Petaling Jaya: “Itu tanggujawab saya. Sekarang saya ada jawatan dan sedikit kuasa jadi saya gunakan ke arah kebaikan,” kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal.

Beliau berkata, tindakannya bukan untuk mempromosi jika seseorang tidak ada duit boleh mencuri sebaliknya ia adalah sifat perikemanusiaan.

“Kita belajar agama Islam sejak dari lahir lagi. Islam menuntut kita melakukan kebaikan jadi saya gunakan ke arah kebaikan.

“Malah ia bukan kali pertama berlaku. Pada bulan lalu ada seorang individu yang terdesak kerana kelaparan mencuri makanan bertin yang disangkakan sardin tetapi rupanya makanan anjing.

“Kita boleh lihat dia sebenarnya bukan penjenayah, punyalah gementar untuk mencuri sehingga menyangkakan ia sardin,” katanya kepada Harian Metro.

Nik Ezanee berkata, tugas hakiki polis adalah untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam namun tindakan kebajikan dilakukan adalah sebagai nilai tambah dalam pasukan.

“Saya percaya jika kita mampu membasmi kemiskinan, InsayaAllah kadar jenayah secara tidak langsung akan menurun. Kalau ramai dah senang mereka tidak akan lakukan jenayah.

“Sebab itu didalam pasukan daerah Petaling Jaya saya menerapkan konsep lakukan kebaikan walaupun sekali sehari kerana ianya adalah percuma.

“Sebagai contoh, jika anggota sudah habis shif bekerja boleh membantu mereka yang belum selesai tugas, ada banyak lagi kebaikan yang boleh dilakukan,”katanya.

Menurutnya, apa yang dilakukannya bukan untuk menaikkan nama mana-mana individu namun hanya menjalankan tanggungjawab.

“Masyarakat juga boleh membantu. Tidak semestinya wanita yang sudah tular itu tetapi lihatlah sekeliling kita, kejiran kita mesti ada yang perlukan bantuan.

“Saya mengucapkan terima kasih semua lapisan masyarakat di daerah Petaling Jaya kerana rata-rata dari mereka ikhlas menerima saya sejak hampir setahun di daerah ini,” katanya.

Baru-baru ini, seorang ibu terdesak hingga sanggup mencuri makanan dan plaster kebah demam bagi mengubati demam anaknya.

Khamis lalu, Nik Ezanee tampil membantunya termasuk tidak meneruskan tindakan (NFA) atas jenayah dilakukan wanita berusia 30-an itu.

Pihaknya turut menyampaikan bantuan makanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan bantuan lain bagi membantu wanita berkenaan yang hidup sukar.

Lembaga Zakat Selangor dedah ‘status’ sebenar wanita tular kant0i mencvri yang dibantu KP PJ

Menc-uri itu satu j3nayah, tetapi untuk menghukum keluarga miskin yang sedang kelaparan juga adalah sesuatu yang tidak betul.

Itu kata-kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd Faisal, yang turun padang membantu seorang ibu dalam kesus4han yang dit4ngkap men-curi Koolfever dan makanan untuk anak-anaknya.

Menurut Penolong Pesuruhjaya Polis itu, dia dimaklumkan semalam bahawa polis daerah menerima laporan kecu-rian tersebut yang berlaku di sebuah pasar raya.

Bagaimanapun, katanya, ada sesuatu pada kes berkenaan yang mengg4ngu fikirannya.

Susp3k dit4han kerana disyaki menc-uri kek pandan, sosej dan dua pek Kool Fever untuk anak-anaknya.

“ Jadi saya pun berasa terpanggil, untuk pergi berjumpalah dengan wanita ini. Saya percaya dia ada mas4lah, kalau tidak dia takkan buat perkara-perkara macam itu,” katanya pagi tadi.

Nik Ezanee bercakap menerusi siaran langsung Facebook di laman Facebook Polis Daerah Petaling Jaya, memaparkan dia dan sekumpulan pegawai pergi mel4wat keluarga suspek di sebuah flat kos rendah di daerah berkenaan.

Polis membawa bersama bakul hadiah dan sebungkus beras daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, selain beberapa barangan keperluan untuk keluarga itu.

Tidak ketinggalan, beberapa pek Kool Fever turut disumbangkan.

Memang asnaf berdaftar

SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengesahkan wanita yang tular di media sosial selepas ditahan kerana tidak membayar kuih, sosej dan ‘KoolFever’ di sebuah pasar raya merupakan asnaf berdaftar di bawah agensi itu.

LZS menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook pada Khamis memaklumkan keluarga tersebut telah berdaftar sejak tahun 2018 dan menerima bantuan kewangan bulanan, perayaan dan keperluan sekolah.

“Namun begitu, prihatin dengan apa yang berlaku, kami akan melihat semula keperluan keluarga ini dan permasalahan mereka,” katanya pada Khamis.

Terdahulu, Polis Daerah Petaling Jaya memberi bantuan kepada wanita berkenaan pada Rabu.

Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu, namun tiada tindakan lanjut diambil ke atasnya.

Laporan Sinar Harian berkenaan wanita ditangkap kerana tidak membayar kuih, sosej dan ‘KoolFever’ di sebuah pasar raya yang kisahnya tular di media sosial baru-baru ini.

Nama Asisten Komisioner Nik Ezanee tular sekelip mata

Nama Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal viral sekelip mata selepas beliau turun padang membantu seorang ibu dalam kesusahan yang ditangkap mencuri Koolfever dan makanan untuk anak-anaknya.

Malah kata-kata ‘mencuri itu satu jenayah, tetapi untuk menghukum keluarga miskin yang sedang kelap4ran juga adalah sesuatu yang tidak betul’ yang diucapnya begitu menusuk kalbu netizen.

Seorang wartawan berpengalaman, Syahril A. Kadir turut tampil mendedahkan perangai sebenar pegawai polis itu.

Berikut antara perkongsian beliau:

Ada yang minta saya komen pasal tindakan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd Faisal, yang tadi turun padang membantu seorang ibu dalam kesusahan yang ditangkap mencuri Koolfever dan makanan untuk anak-anaknya.

Nak komen apa, memang dah tu perangainya.

Sebelum ni pun bukan main ramai bekas pegawai polis yang dah pencen, yang susah di PJ ni dia pergi jenguk, tanya khabar. Ah So yang jual kuih pau pun dia pergi jenguk.

Ini bukan publicity stunt brader. Dia adalah dia.

Strict nak mampos pun dia. Banyak menolong masyarakat pun dia.

Itulah dia. Nak kata apa lagi.

Sumber: Syahril A. Kadir/Hmetro

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*