
Penceramah bebas, PU Azman yang aktif di laman sosial antara individu yang menarik perhatlan dengan penyampaian dakwah yang santai.
Dalam berdakwah, banyak juga elemen lucu yang diselitkan sehingga namanya antara yang dikenali oleh pengguna media sosial.
Pada 24 Januari 2021, beliau telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya. Beliau menulis pada ruangan caption.
“Hahahahaha.sorry gaissss. Ni lah p.adahnya bila live sambil baring. setengah jam tertido wei. Sampai ada yang call. Sori ajimmajid, ustaz silent henset.”
Menurut PU Azman, beliau tertidur ketika membuat live di Instagram dalam keadaan berbaring.Lucunya, beliau terpaksa dihubungi seorang kenalan untuk mengejutkannya.
Bagaimanapun difahamkan, aksi ketika tidur selama setengah jam itu masih ditonton pengikutnya di laman sosial tersebut. Dalam pada itu, beliau sempat bercanda dengan menulis
“Setakat yang sweetkapel vc sampai tertidur tu dah boleh duk belakang , meh belajar dgn aku.”
Di ruangan komen pula, ramai selebriti yang meninggalkan komen mereka berdasarkan perkongsian tersebut.
Kelakar pula bila ada yang mengatakan sempat mengira bilangan misai PU Azman. Semoga selepas ini, beliau tidak membuat live dalam posisi itu, kerana risau dirinya akan tertidur lagi.
Reaksi Orang Ramai
Sy pon ada masa live.. Org kat live tu sembang sesama mereka. Cik man sedap memb.uta. Sy stay pon sbb baca komen.
Haha cikman2,,,akhirnya ada jgk cerita yg blh netizen gelak. Tu la Mata Tu dah meng.antuk hahah dok lawan Gak.
Pernah jadi dekat live sh0pee.. Dia tngah promote, lepas tu promote sambil baring, last2 dengar dia berdengkurrr.
Biodata Dan Latar Belakang Pendakwah PU Azman
1. Pemilik nama sebenar Azman Syah bin Alias. Dikenali sebagai PU Azman.
2. Berusia 38 tahun.
3. Kelahiran Kuala Lumpur.
4. Kampung halamannya terletak di Rantau, Negeri Sembilan.
5. Berstatus duda, namun tidak mempunyai anak.
6. Ibunya, Fatimah Taat telahpun meninggal dunia pada tahun 2017.
7. Merupakan bekas pelajar Maahad Ahmadi, Gemencheh, Negeri Sembilan.
8. Pernah menuntut di Mesir selama 11 tahun dalam bidang Kuliyah Syariah Islamiah.
9. Bakatnya dicungkil daripada rancangan Pencetus Ummah musim kedua pada Disember 2014. Diangkat sebagai juara program realiti Islamik itu sekaligus menewaskan PU Mohd Lokman Ahmad (PU Lokman), PU Mohd Yusof Arbain (PU Yusof) dan Ahmad Faiz Hafizuddin Rosli (PU Hafiz) di peringkat akhir.
10. Kini bergelar penceramah bebas, pengacara, pakar motivasi dan pelakon.
11. Antara drama dibintanginya seperti Bila Hati Telah Hitam, Geng Tadarus, Lelaki Kiriman Tuhan dan Ustaz Baru Nak Start.
12. Angka pengikut Instagram beliau yang menggunakan nama ‘@pu_azman’ itu kini mencecah 1.2 juta.
Fakta Menarik
- Seorang yang suka berjenaka.
- Aktif sebagai pemidato sejak zaman persekolahan.
- Pernah menanam impian untuk menjadi pembaca berita, hos televisyen dan aktor.
- Suka menonton rancangan American Got Talent.
- Peminat filem seram.
- Hobinya suka ‘melepak’ dengan pelajar bermasalah, membaca buku dan menonton televisyen.
- Berkawan rapat dengan pelawak Johan Raja Lawak.
- Bakal terbit dengan jenama pakaian sendiri yang menggunakan label ‘PUman’.
- Juga akan mengeluarkan buku tidak lama lagi.
- Sangat meminati bidang lakonan.
Kredit : HotFm
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
1 Trackback / Pingback