Kena berlakon babak tidak pakai baju, Nadia Brian terpaksa tolak tawaran drama Hollywood, anggap tiada rezeki

Pelakon yang hangat dengan kontroversi sejak kebelakangan ini, Nadia Brian mendedahkan terpaksa menolak tawaran berlakon dalam drama bersiri 12 episod Hollywood yang memerlukan dirinya tidak memakai baju.

Menurut laporan The Star, pelakon berusia 30 tahun itu menjelaskan pada awalnya, dia gembira apabila mendapat tawaran terbabit.

Namun ia bertukar kepada kekecewaan selepas membaca skrip dan mendapat tahu karakternya perlu berbog3l dalam beberapa adegan panas.

“Ia lebih daripada adegan bercium. Mungkin adegan berbog3l di Hollywood bukan satu masalah besar tetapi saya tidak mampu melakukannya.

“Saya mungkin berpakaian s3ksi tapi saya takkan tanggalkan pakaian di set untuk melakukan adegan panas untuk satu platform ‘streaming’ di Hollywood,” katanya.

Tambah pelakon drama Titian Takdir itu, watak sebegitu akan mencalarkan imej dan reputasi dirinya serta nama baik keluarga.

“Saya akui, semua pelakon memiliki impian untuk berlakon di Hollywood. Tapi kita Melayu dan Muslim, budaya kita tak sama dengan di Hollywood,” jelasnya lagi.

Jika dia menerima tawaran tersebut, jadual penggambaran akan bermula bulan ini dan berlangsung selama enam bulan di Ireland. Namun begitu, dia menganggap perkara itu sebagai bukan rezekinya.

Nadia berkahwin dengan ahli perniagaan, Muizz Nasruddin pada 9 November 2019 setelah berkenalan pada 2017 dan mengikat tali pertunangan pada 4 Mei 2019.

Bagaimanapun, baru-baru ini rumah tangga mereka dilaporkan bergolak dan kini mereka berdua sedang menunggu proses penceraian.

Sedikit info mengenai Nadia

Nama ini merupakan gabungan nama dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Nama yang diberikan ialah Nadia Najwa dan nama keluarganya ialah Brian.

Nadia Najwa Mohamed Rashidi (Jawi: ناديا بريان ; lahir 30 Mei 1991), merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau mula dikenali umum setelah membintangi drama Akulah Balqis (2015) dan diikuti oleh Sweetie Nanie yang bersiaran di TV3.

Nadia dilahirkan pada 30 Mei 1991 di Kangar, Perlis, namun dibesarkan di Kelantan. Beliau mempunyai darah peranakan Melayu-Australia dan datuk kepada ibu beliau merupakan warga Australia bernama Brian Goldring Abdullah. Nadia mempunyai kelulusan Diploma Seni Teater dan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa di UiTM Shah Alam.

Nama Brian yang digunakan oleh Nadia untuk nama komersial beliau telah lama digunakan dalam keluarga dan rakan-rakan beliau sejak kecil lagi. Beliau juga menggunakan nama ini sewaktu Nadia menceburi bidang peragaan dan melangkah masuk ke bidang lakonan.

Artikel itu jatuhkan reputasi saya - Nadia Brian | Harian Metro

Nama Brian yang digunakan juga diambil daripada nama datuk kepada ibu beliau iaitu Brian Goldring Abdullah sebagai tanda penghargaan Nadia kepada datuk beliau.

Kehadiran Nadia dalam industri lakonan mula dikenali orang ramai selepas membintangi drama Akulah Balqis sebagai peneraju utama dalam drama tersebut bersama Puteri Balqis. Beliau memegang watak sebagai Milda dan digandingkan dengan Nazim Othman, Aeril Zafrel, dan Nabila Huda. Drama ini ditayangkan pada tahun 2015.

Nadia muncul dalam drama Sape Dari Itali arahan Hazali Ramli terbitan Bright Network yang bersiaran pada 23 Mac 2017 di TV2. Drama yang disiarkan dalam slot Selekta Prima ini bersiaran setiap hari Selasa hingga Khamis pada jam 9.00 malam. Drama ini juga dibintangi oleh Syafie Naswip, Geoff Andre Feyaerts, Beego dan artis terkenal yang lain.

Selain itu, beliau juga muncul dalam drama Cik Serba Tahu terbitan Orangetree Production Sdn Bhd sebagai pelakon pembantu, ditayangkan pada Mac 2017 di Astro Ria dan Astro Ria HD serta dibintangi oleh Remy Ishak, Sari Yanti, Zarul Umbrella, Iedil Putra, Dynas Mokhtar dan ramai lagi.

Sumber: The Star (C. Aruno, Rahimy Rahim, R. Aravinthan)

Be the first to comment on "Kena berlakon babak tidak pakai baju, Nadia Brian terpaksa tolak tawaran drama Hollywood, anggap tiada rezeki"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*