Akhirnya Anju buka mulut kenapa bercerai, puncanya memang ramai tak percaya

SELEPAS enam bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Zarina Anjoulie mengumumkan bahawa perkahwinannya dengan Eilyas Azhar sudah berakhir.

Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul mengesahkan perkara tersebut pada Rabu dan menganggap ia merupakan hari yang terbaik dalam hidupnya.

Malah, pelakon berusia 34 tahun ini juga meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Eilyas atau lebih dikenali sebagai Yas.

“Alhamdulillah, yay aku dah cerai. Best day of my life… Alhamdullilah terima kasih Yas,” tulis Zarina.

Zarina berkongsi berita tersebut menerusi laman Instagram miliknya namun tidak memberi maklumat lebih lanjut mengenai perpisahan mereka.Aktres tersebut juga memilih untuk menutup ruang komen di perkongsian tersebut.

ANJU TAMPIL JELASKAN SEBAB KENAPA DIA BERCERAI

Zarina Anjoulie telah memuat naik 1 video di laman instagram beliau untuk menjelaskan sebab kenapa dia telah bercerai dengan suami.

Menurut Zarina, sebab utama adalah kerana mereka sudah tiada persefahaman lagi. Apa yang terjadi adalah persetujuan antara Zarina dan suami.

“Thank u so much for your support guys but ini adalah yg terbaik Buat anju sekarang , takde apa2 yg buruk jadi pun it’s just what’s best for me” – Zarina

Video:

“Tiada apa-apa yang teruk pun, cuma kami tidak lagi sehaluan,” katanya yang turut tidak memaklumkan bila tarikh dia bercerai.

Zarina berkata, keputusan itu adalah yang terbaik buatnya dan kini dia mahu fokus kepada kerjaya, anak lelaki dan keluarganya.

“Saya mahu gunakan waktu ini untuk lebih rapat dengan keluarga. Sebelum ini, bertahun-tahun saya tinggal seorang dan tidak menghabiskan masa bersama mereka,” katanya.

Zarina turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang menghantar mesej, DM (direct message) dan menghubunginya. Dia mengakui cukup terharu atas keprihatinan mereka.

Zarina dan Eilyas berkahwin pada 17 Julai tahun lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan selepas empat tahun bergelar ibu tunggal.

Sebelum itu, dia pernah mendirikan rumah tangga dengan jejaka dari Brunei pada 2015, namun bercerai pada Disember 2016.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan anak lelaki, Awangku Gabriel Martin Ezra.

Terdahulu, Zarina memuat naik satu hantaran di Instagram memaklumkan dia sudah bercerai dengan Eilyas.

Dalam hantaran itu, dia sangat bersyukur dan pada masa sama berterima kasih kepada Eilyas yang lebih dikenali sebagai Yas.

“Alhamdulillah, yay aku dah cerai. Hari terbaik dalam hidup saya. Alhamdullilah terima kasih Yas,” katanya.

Sementara itu, cubaan Harian Metro menghubungi Zarina bagi mendapatkan komennya tidak berjaya apabila dia tidak membalas mesej WhatsApp dan menjawab panggilan telefon.

Zarina turut menutup ruangan komen dalam hantarannya itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Akhirnya Anju buka mulut kenapa bercerai, puncanya memang ramai tak percaya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*