‘Alhamdulillah yeay, Aku Dah Cerai best day of my life’ – Zarina Anjoulie muat naik status buat ramai tertanya-tanya

Pada 17 Julai lalu, pelakon Zarina Anjoulie Lavocah selamat menjadi isteri kepada pasangan Eilyas Azhar. Pernikahan sederhana itu dilakukan di pejabat agama dan dihadiri keluarga sahaja.

Walau bagaimanapun, terbaru Zarina Anjoulie memuat naik foto di laman Instagramnya memaklumkan bahawa dia sudah bercerai? Betul ke?

Menerusi satu perkongsian di Instagram itu, Zarina memberitahu hari ini merupakan hari paling bahagia dalam hidupnya apabila mendakwa dia dan suaminya, Eilyas Azhar sudah berpisah.

 

Dah cer4i?

Perkongsian pelakon itu di laman Instagram sebentar tadi mengejutkan ramai orang. Namun, Zarina Anjoulie menutup ruangan komen membuatkan orang ramai tertanya-tanya. Di posting sebelum ini, ruang komen dibanjiri dengan persoalan penceraian tersebut. Apa apa pun kita doakan yang terbaik buat Anju, semoga pasangan ini dapat menyelesaikan masalah mereka dengan cara betul.

Bercerai ke?

Hasil tinjauan mendapati, gambar terakhir Zarina bersama suami dikongsikan sekitar Disember tahun lalu ketika makan tengahari bersama rakan-rakannya.

Bagaimanapun, setakat ini tiada penjelasan lanjut mengenai perkara itu oleh Zarina sendiri. Malah, ruangan komen perkongsian itu juga ditutup.

Terdahulu, Zarina dan suaminya telah bernikah di Pejabat Agama Islam Negeri Sembilan pada Julai 2020 selepas empat tahun bergelar ibu tunggal .

Sumber : Anjoulie

Semasa berkahwin,

Tup..Tup Dah Kahwin, Zarina Anjoulie Sah Jadi Isteri Orang!

Sejak dari Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dahulu, nama pelakon Zarina Anjoulie Lavocah menjadi sebutan ramai susulan daripada kerja amal yang dilakukan. Walaupun bersuara lantang namun pelakon ini disenangi ramai kerana dikatakan tidak hipokrit dan baik hati.

Siapa ikuti beliau di laman Instagram pasti tahu pelakon yang lebih mesra di sapa Anju sering berkongsi segala aktiviti harian yang dilakukan sehariannya. Namun siapa sangka hari ini Zarina Anjoulie selamat menjadi isteri kepada kekasih hatinya selepas memberi beberapa ‘hint’ sebelum ini.

Zarina Anjoulie kongsi gambar mentua, netizen kagum tak memilih menantu – “Alhamdulillah… macam ni la dipanggil orang-orang beriman”

SEJAK dua tiga hari kebelakangan ini timeline di Instagram pelakon sensasi Zarina Anjoulie dipenuhi dengan gambar-gambar kenangan pada hari pernikahannya bersama suami, Eilyas Azhar.

Ternyata perkongsian berkenaan cukup disenangi para pengikutnya apabila mereka membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah selain mendoakan kebahagian pasangan itu.

“Saya sayang keluarga mentua saya. Terima kasih banyak-banyak dan Alhamdulillah. Keluarga belah Yas (Eilyas),” tulis Zarina.

Rata-rata netizen meluahkan rasa senang hati dengan penerimaan baik keluarga Eilyas terhadap Zarina yang sering terpalit dengan kontroversi selama bergelar anak seni.

“Antara artis yang nikah tapi masih jaga aurat. Tengok keluarga mentua pun bagus… siapa kita nak menilai orang. Tahniah!

“Alhamdulillah Anju dapat keluarga mentua baik-baik. Semoga kebaikan berpanjangan. Didoakan juga kedua pengantin baru bahagia hingga ke syurga Allah.

“Keluarga mentua yang baik untuk Anju. Semoga perkahwinan dengan Yas akan membawa berkat dan kekal hingga ke jannah. Cepat-cepat tambah anak.

“Bangga sangat dengan keluarga Yas sebab tak memilih langsung calon menantu. Macam ni la dipanggil, orang-orang beriman. Tak layak nak menghakimi orang sesuka hati,” komen beberapa netizen.

Sebelum ini, Zarina sering dihimpit pelbagai kontroversi dengan pakaian menjolok mata dan aksi luc4h yang tersebar di laman sosial.

Zarina dipercayai melangsungkan pernikahan bersama Eilyas pada 17 Julai lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan.

Zarina pernah mendirikan rumah tangga dengan jejaka berasal dari Brunei pada tahun 2015 dan bercerai pada Disember 2016.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Awangku Gabriel Martin Ezra.

Sumber Mstar.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*