
Tidak dapat dinafikan anak muda zaman sekarang sangat berbeza jika dibandingkan dengan zaman dahulu.
Semuanya hanya kerana ingin menunjuk-nunjuk dan malu jika tidak setanding dengan rakan-rakan.
Sikap suka menayang kekayaan dengan mempamerkan barangan berjenama.
Malah kereta mewah, pakaian berjenama dan rumah besar.
Ini untuk membuktikan diri mereka sememangnya kaya dan berharta, dikatakan sudah ketinggalan zaman.
Masyarakat berstatus elit kini lebih mengutamakan keselamatan privasi mereka sekeluarga.
Golongan kaya dan berpengaruh ini lebih selesa memilih kediaman yang jauh dari kesibukan dan hiruk-pikuk bandar.
Malah alamat kediaman mereka sukar dikesan melalui Google Street View dan Waze.
Jika dahulu jenama mewah yang menjadi kegilaan wanita hanya boleh dimiliki oleh golongan kaya-raya sahaja.
Namun kini jenama mewah itu mampu dimiliki oleh golongan kelas pertengahan.
Sedangkan golongan kaya membeli jenama mewah sebagai pelaburan semata-mata.
Terbaharu trend golongan elit era moden tidak lagi menunjukkan kekayaan dengan gaya sebegitu.
Sebaliknya mereka kini memilih untuk melabur dalam pendidikan dan kesihatan.
Keluarga kaya kini sanggup menghabiskan puluhan ribu ringgit.
Ini untuk mendapatkan pendidikan terbaik untuk anak-anak mereka.
Mereka akan menghantar anak-anak ke sekolah swasta dengan silibus dan pengkhususan tertentu mengikut sasaran masing-masing.
Keluarga kaya ini juga akan menghantar anak mereka ke universiti ranking terbaik di dunia seperti Universiti Harvard atau Universiti Oxfords.
Begitu juga dengan tahap kesihatan.
Keluarga kaya era modenisasi akan memilih kediaman yang mempunyai kawalan rapi dengan kawasan sekitar yang indah dan penuh dengan pokok-pokok.
Mereka sanggup membayar kediaman sebegitu apatah lagi lengkap dengan kawasan riadah.
Dan mempunyai gimnasium khas untuk penduduk setempat sahaja.
Ada juga yang sanggup membayar yuran keahlian pusat kecergasan yang tinggi.
Dan mengupah pengajar untuk menjaga jadual dan tahap kecergasan mereka.
Begitu juga dengan rawatan di hospital.
Mereka akan mendapatkan rawatan terbaik termasuk mengambil pelan kesihatan daripada syarikat insurans dengan bayaran bulanan yang tinggi.
Ada juga yang menggaji jururawat peribadi di rumah jika kutang sihat dan sebagainya.
Sebab itu kita lihat semakin banyak hospital swasta dibuka setiap tahun.
Namun, lain pula terjadi pada satu keluarga ini.
Anak Mngamuk Sbb Abah BeIikan Dia Myvi, Padahal Dia nk Honda
Seperti satu kisah dikongsikan di Facebook UTAR Confession ini, seorang anak bengang.
Ini apabila bapanya mungkir janji untuk membelikan Honda Civic beberapa bulan lalu.
Tetapi hanya belikan Perodua Myvi sahaja.
Katanya pada suatu hari ibunya memberitahu kereta barunya telah sampai.
Dan dia dengan gembira keluar rumah untuk melihat keretanya itu.
Namun, kegembiraannya bertukar duka apabila kereta yang dibeli bapanya hanya Myvi.
Tidak puas hati dengan kereta yang diterima, dia berhadapan dengan bapanya tetapi bapanya hanya mentertawakannya.
Katanya lagi, mungkin bapanya membeli kereta tersebut hanya untuk ‘mengusiknya’ sahaja.
Melihatkan kereta tersebut bukan seperti yang dimahukan, dia terus masuk ke bilik dalam keadaan marah.
Menerusi perkongsian tersebut, dia meluahkan rasa marah bapanya mampu membeli Myvi secara tunai.
Tetapi tak dapat belikan Honda Civic yang hanya beza beberapa ribu ringgit sahaja.
“Dia membeli Myvi tersebut dengan wang tunai.
Tetapi tidak dapat membeli Civic yang hanya bezanya beberapa ribu ringgit?
Dia sendiri memandu Volvo yang berharga lebih dari RM300k!”
Dia turut bertanya kepada bapanya bagaimana dia mahu Myvi.
Sedangkan rata-rata rakannya memandu BMW dan Volkswagens.
Dia pasti akan menjadi bahan ketawa jika hanya membawa Myvi sahaja.
Katanya lagi, bapanya sudah berjanji untuk menghadiahkan kereta tersebut jika dia berjaya dalam peperiksaan pada semester pertama.
Dan dia juga membantu syarikat bapanya dalam hal perakaunan.
Kecewa hanya diberikan Myvi sahaja, dia bermasam muka dengan bapanya lebih seminggu dan enggan bercakap dengannya.
Namun hubungan mereka pulih selepas bapanya sering membelikan makanan kegemarannya dan menghantar mesej kepadanya setiap hari.
“Ketika saya dan ibu keluar, ibu memuji kereta Myvi tersebut kerana sangat selesa.
Saya memberitahu ibu saya untuk tidak bercakap tentangnya,” katanya.
Namun, di akhir perkongsian itu dia turut mengatakan bahawa dia dalam dilema.
Ini kerana mempunyai bapa seperti itu serta mempersoalkan mengapa bapanya tidak mengikut kehendaknya dan melayannya dengan baik.
“Ketika dia sudah tua, saya perlu menjaga dan berbakti kepadanya.
Jadi mengapa dia tidak dapat memperlakukan saya lebih baik sekarang?,” katanya.
SUMBER: World of Buzz
Be the first to comment