
BEIJING – Pemerintah China mendedahkan bahawa ujian calitan du bur adalah lebih berkesan dan tepat dalam mengesan kehadiran koronavirus, lapor akhbar New York Post, kelmarin.
Pakar-pakar perubatan China berkata, kaedah itu adalah cara lebih tepat untuk mengesan Covid-19 berbanding ujian calitan tekak dan hidung.
Kaedah pengesanan menerusi anus digunakan lebih kerap di Beijing selepas ujian calitan tersebut dilakukan kepada seorang budak lelaki berusia 9 tahun yang kemudian disahkan positif varian virus Covid-19 Britain bulan lalu, lapor majalah Newsweek.
Namun begitu, kaedah calitan du bur dipercayai telah digunakan di China sejak tahun lalu, khsusus terhadap individu yang tinggal di zon merah Covid-19 seperti Shanghai.
Ujian calitan hidung dan tekak bagaimanapun tetap menjadi kaedah paling popular kerana ia mudah dan pantas dilakukan, demikian menurut media tempatan.
“Sudah tentu, calitan du bur tidak semudah ujian calitan tekak maka ia hanya digunakan terhadap individu di kawasan kuarantin utama.
“Kaedah ini juga membantu mengurangkan hasil ujian positif palsu,” kata pegawai tempatan, Li Tongzeng.
Ujian tersebut melibatkan pelapik dimasukkan sedalam 3 hingga 5 sentimeter ke dalam rektum untuk mendapatkan sampel.
“Kami mendapati bahawa koronavirus berkumpul lebih banyak dan bertahan lama di saluran pencernaan berbanding saluran pernafasan pesakit,” jelas Tongzeng.
Rasa sampai ke otak, prosedur ambil sampel swab hidung Covid-19 menyakitkan?
Semakin ramai individu yang melalui ujian saringan Covid-19, maka semakin ramailah yang terpaksa merasai ketidakselesaan prosedur pengambilan sampel swab hidung.
Ia bukanlah satu prosedur yang menyakitkan, namun mereka yang melaluinya tidak akan berasa selesa.
Memang tidak dinafikan ujian saringan Covid-19 mampu mencegah penularan wabak melalui proses isolasi awal.
Pengambilan sampel swab hidung, rasa macam ditusuk otak daripada hidung
Anda mesti tertanya-tanya, jika sampel klinikal yang perlu diambil adalah dari bahagian sistem saluran pernafasan atas, kenapa kena ambil melalui sampel swab hidung?
Bukankah melalui mulut lebih mudah?
Walaupun ia seakan logik untuk dipertimbangkan, tapi pengambilan sampel swab melalui hidung adalah lebih tepat dan mudah.
Penggunaan putik kapas panjang untuk mengambil sampel melalui mulut akan mengaktifkan reflek muntah, juga dikenali sebagai reflek gag.
Perkara ini lebih teruk kepada mereka yang mudah mengalami reflek ini.
Baru masuk di bahagian oral sudah rasa hendak muntah.
Oleh sebab itu pengambilan sampel swab perlu diambil melalui hidung.
Ia membolehkan doktor mengakses ruang belakang mulut dan hidung tanpa pesakit berasa hendak muntah.
Cuma, ia mungkin pedih memandangkan ruangan hidung agak sempit.
Bahkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang melalui ujian saringan tersebut turut menyatakan dalam sidang media bahawa ia bukanlah satu perkara yang ingin diulanginya.
Turut viral video TikTok yang memaparkan aksi pengambilan sampel swab pengguna oleh kakitangan kesihatan.
Dalam video itu, doktor yang mengambil sampel klinikal meminta maaf berulang kali.
Pengguna itu menunjukkan reaksi muka seakan menyakitkan dan batuk kemudiannya.
Ujarnya, bagaikan rasa seperti ditusuk otak melalui hidung.
Jelas sekali ujian ini jika dibuat dengan betul, pengguna tidak akan berasa sakit. Namun ia bukanlah satu prosedur yang selesa.
Oleh sebab pengguna cenderung untuk batuk, kakitangan yang terlibat perlu memakai peralatan perlindungan peribadi (PPE) untuk melindungi diri sendiri.
Artikel ini diterbitkan di hellodoktor.com dan disemak Dr Duyen Le. Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Kosmo
Be the first to comment