Akhirnya Shuk Sahar Tiba2 Berani Tampil Kan Diri, Penjelasan Shuk Memang Buat Ramai Tersentuh Hati

SETELAH beberapa hari mendiamkan diri berhubung isu curang, akhirnya pelawak Shuk Sahar tampil mengakui kesilapan diri.

Menyedari kesalahan yang telah dilakukan, Shuk atau nama sebenar Mohammad Shukri Mohamed Sahar berkata dia kini dalam usaha menjernihkan semula hubungannya dengan isteri, Rossalennah Natassyiah.

“Setiap orang melakukan kesalahan dan ini adalah kesalahan dan kesilapan saya.

“Ya bukan senang dan bukan mudah untuk jernihkan air yang telah keruh.

“Apa pun saya sanggup demi dapatkan balik keluarga dan kebahagiaan saya!” katanya.


Shuk bertemu dengan dua anaknya pada Rabu.

Shuk menulis luahan kesalnya itu menerusi Instagram pada Rabu.

Bersama kapsyen itu, dia turut berkongsi rakaman video bertemu dengan dua orang anak perempuannya iaitu Nur Qurratu Ain dan Nur Assyifatu Aimy.

Sejak Sabtu lalu, krisis rumah tangga Shuk menarik perhatian netizen apabila isterinya iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah mendakwa suaminya berlaku curang sekali lagi dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh.

Menerusi laporan mStar, Rossalennah menerusi laman sosial miliknya turut berkongsi beberapa rakaman video dia menerjah sebuah rumah mencari suaminya.


Shuk akan terus berusaha menyelamatkan rumah tangga dan keluarganya.

Bagaimanapun, Rossalennah mendakwa terpaksa beredar dengan hampa kerana dihalau ketika tiba di rumah berkenaan.

Rossalenna turut meluahkan rasa kecewa apabila suaminya tidak bercakap benar demi mempertahankan hubungan bersama wanita lain.

Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Tak sangka Shuk Sahar digantung kerja serta merta sebagai penyampai radio Hot FM, pihak radio dedahkan kenapa

PELAWAK Shuk Sahar digantung kerja serta merta sebagai penyampai radio Hot FM di slot Geng Pagi Hot.

Pihak pengurusan stesen radio Hot FM mengesahkan tindakan tersebut diambil terhadap Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 35, menerusi satu kenyataan media hari ini.

“Penggantungan sementara perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio adalah untuk memberi ruang kepada pihak pengurusan untuk melakukan siasatan dalaman tentang isu beliau yang sedang tular di media sosial.

“Perkembangan terkini penggantungan Shuk akan diumumkan oleh pihak pengurusan Hot FM selepas siasatan dalaman selesai,” katanya.

Terdahulu kisah rumah tangga penyampai radio itu sekali lagi menjadi bualan hangat apabila isterinya, Rossalennah Natassiah Asshaferah mendedahkan kecurangannya bersama wanita lain menerusi media sosial pada Sabtu lalu.

Shuk dikatakan tidak pulang ke rumah dan berada di rumah wanita yang didakwa sebagai kekasihnya sehingga menyebabkan isterinya bertindak untuk mendedahkan kepada umum.

Shuk dan Rossalennah berkahwin pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berumur setahun.

Nombor Telefon Tersebar Di Media Sosial, Fara Salleh Terima Mesej M4kian Daripada Netizen

Nombor Telefon Tersebar Di Media Sosial, Fara Salleh Terima Mesej Makian Daripada Netizen

Masih belum berkesudahan kemelut yang melibatkan antara penyampai radio dan pengacara Shuk Sahar dan isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah bersama wanita bernama Fara Salleh.

Terbaru, Fara memuat naik sebuah entri yang mendedahkan kiriman mesej yang diterima daripada warganet di Instagram (IG) serta di aplikasi WhatsApp.

Antara kandungannya adalah kecaman dan makian daripada netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakannya selepas didakwa masih berhubung dengan Shuk.

Tidak cukup dengan itu, ada juga mesej yang berbaur lucah dan mengaibkan.

Malah, Fara bertindak memaparkan wajah-wajah segelintir individu yang menghubunginya.

Nombor telefon Fara tersebar selepas Rossalennah memuat naik sebuah rakaman video yang menunjukkan perbualannya bersama Shuk.

Pada Sabtu lalu, kecoh apabila Rossalennah mendedahkan suaminya itu masih lagi menjalinkan hubungan dengan Fara.

Jelas Rossalennah lagi, dia juga bertindak menerjah ke rumah wanita tersebut untuk meminta suaminya pulang ke rumah namun terpaksa beredar dengan hampa.

Baru Jer Isteri Dedahkan Apa Yang Shuk Dah Lakukan, Ini Terjadi Kepada Instagram Hotfm

Warganet bukan saja ser4ng IG Shuk, malah IG Hotfm pun kena

Sementara itu berdasarkan semakan di Instagram Shuk, pelawak dan pengacara berasal dari Pulau Pinang itu dilihat belum memuatnaik apa-apa kenyataan balas berhubung pended4han isterinya.

Namun itu tidak menghalang warganet datang meninggalkan komen dengan mengec4m Shuk atas perbuatannya.

Namun lebih tervk, bukan sahaja IG peribadi Shuk yang kena ser4ng, ‘tentera bawang’ dilihat turut menyer4ang IG rasmi stesen radio Hotfm.

Meskipun Shuk cumalah penyampai radio di Hotfm, namun kebanyakan ruangan komen ditinggalkan warganet menyentuh isu membabitkan Shuk walaupun entri ditulis tiada kena mengena.

Rata-rata meminta pihak Hotfm mengambil tndakan ke atas Shuk, malah ada yang meminta supaya Hotfm dibo1kot.

” Saja nk bgtau, nnti buang jela shuk tu, berlambak lagi org boleh gantikan tempat dia kt hotfm tuh. Sekiann.” tulis Ida

” Hotfm better bu4ng shuk. Drpd radio korang kena bo1kot. Kami pun xselera dgr suara syuk. Please hotfm,” tulis Jep

” Dear hotfm..if betul, syok cv-rang,dicadangkan cari DJ radio lain. Kami x nak orang yang ada aura negatif jadi DJ. Bawa contoh x elok kepada masyarakat.” tulis Din

Sumber: Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment on "Akhirnya Shuk Sahar Tiba2 Berani Tampil Kan Diri, Penjelasan Shuk Memang Buat Ramai Tersentuh Hati"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*