Bukan Gila Talak! Dr. Erin Beri Nafkah Kepada Bekas Suami & Keluarga Ipar – “Walau Depa Hina Saya, Saya Tak Pandai Berdendam”

Bekas isteri pendakwah bebas Da’i Farhan, Dr. Erin menafikan dakwaan dirinya gila talak selepas memuatnaik status terbaharu berkenaan bekas suaminya itu baru-baru ini.

Namun, sebaliknya kata Dr. Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd. Radzi, dia masih menyantuni bekas suami-suaminya dan keluarga iparnya.

“Ada yang kata saya nak tarik perhatian baliklah, tunjuk baik nak get back lah, gila talak lah.

“Hello, nak habaq mai kat sini, saya ni bukan berbuat baik pada bekas suami saya si Farhan saja ya, pada kesemua bekas suami saya tetap saya layan baik dan santuni mereka.

“Dah cerai pun saya masih beri nafkah pada bekas suami saya bila dia perlu duit ni ha.

“Akak yang dituduh perempuan tak baik inilah duk tolong. Walau depa satu keluarga bukan main hina tapi saya tetap layan anak depa, adik depa, abang depa, baik-baik selepas bercerai sebab itu memang sifat saya,” tulisnya di Instagram.

Tidak pandai berdendam, Dr. Erin turut menunjukkan bukti perbualannya bersama bekas suami-suaminya yang meminta wang dan bantuan daripadanya.

“Saya tak pandai dendam dengan orang. Jadi, tak ada istilah duk tunjuk baik nak balik pada Farhan.

“Screenshot ini bukan yang saya beli handphone pada Farhan ya. Ini antara saya dan bekas suami saya sebelum Farhan.

“Jadi, tiada istilah saya baik ada makna. Saya memang berbuat baik pada semua walaupun dia musuh saya,” jelasnya.

Dalam tangkap layar itu, Dr. Erin yang dipanggil ‘sayang’ telah memindahkan sejumlah wang kepada individu yang menggelarkan dirinya ‘b’.

Malah, individu terbabit mahu meminjam sejumlah wang bernilai RM3,000 dari Dr. Erin atas tujuan pembiayaan keperluan. Meninjau ruangan komen, ada yang berpendapat pendedahan Dr. Erin (yang menanggung nafkah kepada suami) adalah satu dalam seribu.

“Pertama kali tahu perempuan bagi nafkah,” tulis seorang pengguna.

“Kena bezakan antara yang ambil kesempatan atas kita atau betul-betul perlu pertolongan,” nasihat individu lain.

“Post ni untuk tunjukkan bekas suami-suami sis tu lelaki tak guna ker? Semua jenis sengkek tak ada duit. Sis pula bangga tunjuk aib bekas suami sis,” tambah pengguna lain.

 

 

 

Sebelum bercerai dengan Farhan pada April 2020, Dr. Erin pernah mendedahkan kepada Gempak dia pernah berkahwin sebanyak dua kali sebelum itu.

Hasil perkahwinannya sebelum ini, Dr. Erin dikurniakan lapan orang cahaya mata.

Dr Erin Kecewa Bekas Suami Dijadikan Bahan Jenaka, Tersenarai Antara Lelaki Curang – “Farhan Tak Pernah Curang…”

Dr Erin Kecewa Bekas Suami Dijadikan Bahan Jenaka, Tersenarai Antara Lelaki Curang - "Farhan Tak Pernah Curang..."

Bekas isteri kepada pendakwah bebas, Da’i Farhan, Dr. Erin meluahkan rasa kecewa dengan sikap netizen yang cuba menjadikan bekas suaminya itu sebagai bahan jenaka susulan kontroversi dakwaan kes curang mengaitkan pelawak Shuk.

Menurut Dr Erin atau nama sebenarnya, Noorainul Naqim Mohd. Radzi, dia menyifatkan tindakan individu yang cuba menyenaraikan bekas suaminya sebagai antara lelaki curang adalah satu tindakan yang tidak wajar.

“Bukan nak backup sebab masih cinta ke sayang ke tapi sebagai seorang manusia yang ada hati belas kasihan, saya tak sampai hati betul tengok.

“Baik buruk semua campur hentam semua sekali. Bergurau dengan menjatuhkan maruah orang di media sosial secara berjemaah dengan video-video bodoh ni.

“Yang buat video tulis ciri-ciri lelaki curang tu pergi letak muka ustaz Farhan. Dia tak curang pun. Situasi Shuk dgn situasi Farhan tu tak sama langsung,” katanya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram.

Dalam hantaran itu, Erin turut berkongsi sedutan beberapa video kompilasi TikTok yang menyeneraikan perbandingan antara lelaki curang dan lelaki setia yang dilakukan netizen.

Begitupun, kata Erin, sekalipun dia pernah hidup bermadu, dia menyifatkan bekas suaminya itu seorang yang cukup bertanggungjawab.

“Farhan tak pernah curang dengan isteri dia sampai pergi lepak rumah skandal sampai bini kena melilau tengah malam cari laki. Farhan tu adil sangat sebagai seorang suami dan ayah.

“Selama dia berpoligami dia tak pernah abaikan tanggungjawab dia kepada pihak sana dan anak-anak dia,” katanya.

Jelasnya lagi, dengan penularan video ‘gurauan’ itu akan meninggalkan kesan mendalam terhadap keluarga dan anak-anaknya.

“Tolonglah dia masih ada mak ayah, keluarga dan anak-anak yang akan membesar dan akan pandai guna media sosial suatu hari nanti.

“Apa perasaan anak-anak saya tu walaupun anak-anak tu anak tiri saya. Sedihlah terfikir macam mana esok ni orang dok buat lawak ‘wei walid hang tu lelaki curang eh’. Allah nauzubillah min zalik.

“Kalau lelaki nikah 2 3 4 tu curang kenapa tak diletakkan sekali gambar-gambar figura awam alim ulama, menteri-menteri, artis-artis yang ramai bini tu?” luahnya.

Katanya lagi, dia cukup terkilan apabila ramai yang menyalah gunakan platform media sosial untuk dijadikan medan untuk menghukum dan menghina orang.

“Yang setia tu sebab tak diuji macam tu, jangan pula sebab korang dok puji-puji sangat yang setia tu menjadi asbab Allah bagi ujian curang pula pada yang setia tu,” katanya.

Sebelum ini, kisah Erin yang merupakan janda anak lapan pernah mencuri tumpuan ramai apabila bernikah dengan Da’i Farhan di Makkah sebagai isteri kedua.

Sumber Gempak

Be the first to comment on "Bukan Gila Talak! Dr. Erin Beri Nafkah Kepada Bekas Suami & Keluarga Ipar – “Walau Depa Hina Saya, Saya Tak Pandai Berdendam”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*