Hubungan cinta Neelofa, Haris dikatakan kembali terjalin selepas netizen perasan sesuatu

PETALING JAYA – Selepas hampir sebulan isu keretakan hubungan cintanya diperkatakan, selebriti popular Neelofa dilihat mula memberi bayangan ikatannya dengan Pencetus Ummah (PU) Riz telah pulih.

Bekas pengacara Meletop itu dilihat memberi tanda suka (like) pada sekeping foto terbaharu yang dimuat naik Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd. Ismail, 26, dalam laman Instagramnya semalam.

Tanda suka tersebut ditinggalkan pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd. Noor, 32, pada foto yang memaparkan Riz sedang memegang buku penulisannya berjudul Kaya Jiwa.

Pemantauan Kosmo! mendapati, kali terakhir bekas pengacara MeleTOP itu memberi tanda suka pada foto Riz sekitar tiga hari lalu.

Pada masa sama, Riz juga dilihat meninggalkan tanda suka dan menonton hantaran video terbaharu Neelofa yang dimuat naik lima hari lalu.

Difahamkan, tanda suka ber­kenaan merupakan yang pertama diberikan selepas hubungan mereka didakwa retak sekitar akhir Disember lalu.

Tindakan pasangan itu yang saling berbalas tanda suka dalam hantaran Instagram masing-masing menguatkan lagi khabar angin bahawa hubungan mereka kembali pulih.

Lebih menguatkan spekulasi, Neelofa dilihat kembali mempromosikan buku Kaya Jiwa dalam InstaStorynya sejak beberapa hari lalu.

Berita sebelum ini,

Neelofa dan PU Riz, putus tunang atau sudah nikah?

KALAU cerita pasal Noor Neelofa Mohd. Noor, pihak media atau netizen tidak perlu kecoh-kecoh kerana berita itu akan datang dengan sendiri menerusi media sosial adik-beradiknya.

‘Kerajinan dan keterujaan’ adik-beradik Neelofa mencanang perkembangan kisah cinta Neelofa di media sosial tidak dinafikan telah memudahkan tugasan pihak media.

Ini kerana kalau pihak media menemu bual Neelofa, 31, dan bertanya, benarkah beliau bercinta dengan peserta program Pencetus Ummah, Muhammad Harris Mohd. Ismail atau PU Riz?

Jawapan yang diberikan oleh Neelofa kepada wartawan Berita Harian terbitan 1 Oktober, beliau nafi bercinta dengan PU Riz, 25.

Hingga kini PU Riz tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan hubungannya dengan Neelofa.

Soalan itu diajukan kepada Neelofa selepas kakaknya, Noor Nabila memuat naik foto Neelofa dan PU Riz berpakaian sedondon pada majlis perkahwinan adiknya sebelum itu.

“Tiada apa-apa hubungan istimewa. Jika ada, saya akan beritahu dengan siapa saya berkawan,” jelasnya yang berjanji tidak akan menyembunyikan siapa pilihan hatinya dan akan berkongsi hari bahagia sekiranya sudah tiba jodoh.

Tup-tup pada 1 November lalu, menerusi Instagram ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohamed sempat berkongsi kegembiraan kerana majlis pertunangan anak kesayangannya itu.

Noor Kartini berkongsi kegembiraan itu dan berharap pasangan Neelofa dapat membahagiakan anaknya itu.

“Bismillahhirohmanirohim. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Syukurku padaMu Ya Rabb. Saat yang kutunggu-tunggu dah pun tiba, Kau hadirkan insan istimewa yang bakal membimbing bidadari kesayanganku.

Foto ini telah dikeluarkan Kartini daripada Instagram miliknya yang dimuat naik sewaktu majlis pertunangan dulu.

“Aku yakin dengan ketentuanMu, yang mana insan ini dapat membahagiakannya, dapat menyerikan dan melengkapi hidupnya, yang akan menyokong setiap apa saja urusannya

Ya Allah, jadilah mereka penyebab kami menjadi tetamu istimewamu di syurga Mu nanti … amiinn @neelofa ku sayang, jantung hatiku, intan permataku,setiap detik dan setiap saat mama mendoakan yang terbaik untuk mu sayang .. mama love you very much❤️.

Malah pasangan tersebut juga dijangka melangsungkan pernikahan pada Mac 2021. Pada 11 Disember lalu, baru saja netizen usik Neelofa yang tersasul panggil Sayang kepada PU Riz sewaktu IG Live, kini dapat khabar berita mengatakan pertunangan mereka telah putus.

Khabar angin itu boleh ‘dipercayai’ sebab Noor Nabila dan adik-adiknya, Atisha Khan dan Ameera Khan pada 26 Disember lalu menerusi media sosial masing-masing, memuat naik doa agar pengacara itu dilindungi daripada perkara buruk. Malah ahli keluarga Neelofa turut unfollow pelakon Ada Apa Dengan Dosa itu.

Apabila berita Neelofa dan PU Riz dikatakan putus tunang berdasarkan info daripada adik-beradiknya, mulalah netizen membuat penyiasatan sendiri.

Antara hint yang diberikan oleh adik-beradik Neelofa.

Ada yang berpendapat ahli keluarga Neelofa terlampau ‘mengambil berat’ perihal peribadi bekas pengacara program MeleTOP itu. Jika pasangan bertunang ada masalah, biar mereka saja yang selesaikan. Apabila ahli keluarga turut campur tangan, perkara yang kecil boleh jadi besar. Kata orang itulah dugaan pasangan bertunang.

Selain wargamaya mendakwa campur tangan ahli keluarga, tiba-tiba tersebar pula perbualan antara dua individu di aplikasi WhatApps yang mendakwa pasangan tersebut telah bernikah di Kelantan.

Neelofa dan PU Riz dikatakan sudah bernikah secara senyap-senyap di Kelantan, baru -baru ini.

Menurut perbualan itu, Neelofa dinikahkan oleh bapa kandungnya, Mohd. Noor tanpa pengetahuan ibu dan bapa tirinya, Datuk Abdul Halim Khan.

Selain itu, individu berkenaan juga mendakwa dalam masa seminggu RM100,000 duit milik Neelofa diberikan kepada PU Riz dan keluarga. Kini Neelofa dikatakan sedang menjalani rawatan kerana didakwa terkena ubat pengasih.

Biarpun orang sekeliling yang lebih kecoh tentang hubungan mereka, baik Neelofa atau PU Riz belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan hubungan mereka, sama ada putus atau sudah bernikah.

Sumber Kosmo/bebasnews

Be the first to comment on "Hubungan cinta Neelofa, Haris dikatakan kembali terjalin selepas netizen perasan sesuatu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*