
DARIPADA Aisyah RA, beliau berkata Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan yang menjadi kemegahan umatku ialah al-Quran yang mulia.”
Sehubungan itu, walau sesibuk mana sekalipun urusan kerja dan aktiviti yang dilakukan dalam sehari, kita tetap diperingatkan supaya tidak meninggalkan amalan membaca al-Quran.
Membaca al-Quran bermakna seseorang itu sentiasa mengingati Allah SWT.
ROSYAM NOR AJAR STAFF BACA AL QURAN
Siapa tak kenal dengan hero malaya, Datuk Rosyam Nor atau nama sebenar beliau Datuk Mohamed Noor bin Shamsuddin.
‘KORG ADA 24 JAM, 10 MINIT PUN TAK BOLEH SPEND UTK NGAJI?’
Video yang berdurasi 13 minit 40 saat ini mendapat tontonan yang tinggi walaupun baru sahaja dimuat naik.
Datuk Rosyam memeriksa setiap seorang pekerja beliau cara mereka mengaji dan rata rata banyak yang perlu diperbaiki.
Ada waktu Datuk Rosyam kelihatan agak ‘marah’ apabila ada pekerja mereka tidak pandai mengaji dan ada yang tidak fasih Iqra.
Menurut Datuk Rosyam, apa yang beliau buat bukan untuk membuka aib dan mereka tidak patut takut atau malu dengan Datuk Rosyam sebaliknya malu dengan Allah SWT.
Apa yang dia buat adalah untuk kebaikkan pekerja beliau sendiri.
Video Penuh:
Amalan membaca al-Quran itu dikira sebagai berzikir, malah zikir al-Quran lebih utama daripada zikir yang lain.
Artikel By: AwatttSyeikhh Network
Be the first to comment