Azrinaz Mazhar Hakim hamil 7 bulan, syukur diberi peluang mengandung lagi pada usia 42 tahun – “Saya tidak sangka jarak agak rapat dengan anak ketiga”

BEKAS personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim, 42, mengumumkan dia kini sedang sarat hamil anak keempat.

Perkongsian itu dibuat Azrinaz menerusi laman Instagramnya pada Isnin dengan memuat naik gambarnya yang jelas kelihatan baby bump.

“Ini bukan gambar throwback. Apa yang anda lihat memang sedang berlaku sekarang.

“Saya kini hamil anak keempat. Sekarang saya sedang sarat hamil tujuh bulan atau lebih tepat lagi kandungan ini sudah memasuki minggu ke-30. Alhamdulilah syukur,” katanya.

Azrinaz berkata, dia tidak menyangkakan akan hamil sekali lagi dalam jarak masa yang agak dekat dengan anaknya sebelum ini, Areesya Malaykha yang kini berusia dua tahun.

Azrinaz walau bagaimanapun tidak mendedahkan jantina kandungannya itu.

“Allah memberikan rezeki kepada saya dan suami dengan memberikan satu lagi amanah zuriat untuk kami jaga di kala usia begini.

“Saya tidak menyangka akan sekali lagi hamil dengan jarak usia yang agak rapat dengan Areesya Malaykha, tapi buat apa nak tunggu lagi sedangkan saya boleh melakukannya sekarang.

Ini bukan gambar throwback. Apa yang anda lihat memang sedang berlaku sekarang.

“Doakan proses bersalin anak ini nanti berjalan dengan selamat dan lancar, InsyaAllah,” katanya.

Azrinaz melangsungkan perkahwinan dengan teman lama, Fairos Khan Abdul Hamid, 45, pada 1 Mei 2018 dan ia merupakan perkahwinan kedua buat Azrinaz.

Sebelum ini, Azrinaz dan suami sama-sama bertugas di TV3, namun mula rapat sejak tahun 2017 sebelum mereka mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan, Areesya Malaykha yang kini berusia dua tahun.

Azrinaz sebelum ini pernah berkahwin dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah pada 2005 dan hasil perkahwinan itu Azrinaz dikurniakan dua cahaya mata iaitu Pengiran Muda Abdul Wakeel, 15, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 13 tahun.

Sedikit info mengenai Azrinaz 

Azrinaz Mazhar Hakim (lahir 28 September 1979) merupakan bekas isteri kepada Sultan Hassanal Bolkiah, Sultan Brunei, dengan gelaran ketika itu, Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar. Beliau merupakan bekas wartawan TV3.

Azrinaz Mazhar, atau mesra dengan panggilan Naz merupakan jurusan Diploma Penyiaran di Institut Media Integratif Malaysia (MIIM) pada 1997 dan bekerja sebagai Eksekutif Wartawan Penyiaran TV3 pada 1999. Beliau muncul dalam Buletin Pagi TV3 , Berita Terkini dan Buletin 1.30.

Hamil Kali Ketiga, Tahniah Azrinaz Mazhar Hakim!

Beliau terpilih sebagai Wartawan Harapan TV3 pada 2000, selain menerima Anugerah Alumni MIIM 2002. Beliau keluar dari TV3 pada Mei 2005.

Azrinaz lahir pada 23 September 1979 di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau merupakan anak kepada Hakim Mazhar Mohd Johar dan ibunya Fauziah Abdullah Mansoor.

Mazrinaz berkahwin dengan Sultan Brunei pada 20 Ogos 2005 di Kuala Lumpur.

Madu Azrinaz pada ketika itu ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

Pada 16 Jun 2010, Sultan Hassanal Bolkiah (63) menceraikan isteri keduanya Azrinaz Mazhar Hakim (26) dengan talak satu. Berita itu disahkan melalui Radio Televisyen Brunei dan laman web. Gelaran diraja Brunei ‘Yang Teramat Mulia Pengiran’ dan lain-lain gelaran ditarik balik. Kekayaan Sultan Brunei ditafsir sekitar AS$20 bilion (RM65.25 bilion).

Sumber Mstar/Wiki

Be the first to comment on "Azrinaz Mazhar Hakim hamil 7 bulan, syukur diberi peluang mengandung lagi pada usia 42 tahun – “Saya tidak sangka jarak agak rapat dengan anak ketiga”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*