“Bagi la anju nak happy skit..” – Zarina Anjoulie Jawab Dakwaan Kian Seks1 Lepas Bercerai

Mungkin diasak dengan pelbagai komen kurang manis, Zarina ataupun Anju tampil menyangkal dakwaan tersebut selain mengecam pihak yang menuduhnya semakin seks1 selepas bergelar janda.

“Itu pun orang tak senang eh, bagi la Anju happy sikit, daripada terkinja-kinja mesej suami orang. Hidup kita ni masing-masing lah, kalau dah lepas cerai apa salahnya Anju nak happy-happy sikit.”

zarina anjoulie

Jelas wanita itu lagi, tidak semestinya dia perlu meratapi nasib dan terus hidup miskin setelah kembali hidup sendiri.

“Anju nak guna masa ni untuk cari duit, senangkan keluarga dan anak. Anju tak mahu jadi janda miskin lepas tu terkinja-kinja mesej suami orang.”

Anju juga bersyukur dengan peluang yang mengetuk pintu rezekinya apabila dia berkongsi bakal membintangi sebuah filem tak lama lagi selain dilantik sebagai duta produk.
“Tuhan tu maha adil, semua tu rezeki yang tiba-tiba je muncul. Alhamdulillah.”

Yang penting, Anju puas hati dengan kehidupannya.

“Baru Je Umum Cer4i Terus Tayang D4da?”

Perkongsian pelakon sensasi, Zarina Anjoulie Lavocah awal pagi tadi tertanya mengejutkan netizen apabila memaklumkan dia dan suaminya, Eilyas Azhar atau lebih dikenali sebagai Yas sudah pun bercer4i.

Namun, baru sahaja mengumumkan perceraian, Zarina atau lebih mesra dipanggil Anju dilihat ada memuat naik video review produk kecantikan dengan menayang d4da.

Lebih menjadi perhatian, kapsyen yang ditulis oleh Anju menjadi perhatian ramai iaitu ‘hidup single be like..‘ merujuk kepada status terbarunya.

Melihatkan video tersebut, rata-rata netizen terkejut serta mengatakan baru sahaja umumkan percer4ian terus berpakaian menayang d4da.

Bagaimanapun, ramai yang memberikan kata-kata semangat serta mendoakan agar Anju diberi kekuatan serta dipermudahkan segala urusan selepas ini.

Tidak kurang juga, ramai yang tidak menyangka pasangan itu bercer4ai kerana mereka sangat serasi bersama serta berharap agar Anju dan Yas berbaik serta rujuk semula.

Akhirnya Anju buka mulut kenapa bercerai, puncanya memang ramai tak percaya

SELEPAS enam bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Zarina Anjoulie mengumumkan bahawa perkahwinannya dengan Eilyas Azhar sudah berakhir.

Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul mengesahkan perkara tersebut pada Rabu dan menganggap ia merupakan hari yang terbaik dalam hidupnya.

Malah, pelakon berusia 34 tahun ini juga meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Eilyas atau lebih dikenali sebagai Yas.

“Alhamdulillah, yay aku dah cerai. Best day of my life… Alhamdullilah terima kasih Yas,” tulis Zarina.

Zarina berkongsi berita tersebut menerusi laman Instagram miliknya namun tidak memberi maklumat lebih lanjut mengenai perpisahan mereka.Aktres tersebut juga memilih untuk menutup ruang komen di perkongsian tersebut.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*