Isma Yusoof buat pengakvan ber4ni “Saya Bangga Saya P0ndan”

Siapa tidak mengenali pelakon hebat, Isma Yusoof. Bagi apa saja watak, pasti dia berjaya membawa watak dengan jayanya! Kini, Isma atau nama sebenar Muhamad Ismaizal bin Yusoof bukan lagi pelakon tapi pengarah.

Banyak drama dan telefilem berjaya di bawah arahannya antaranya, Kerana Terpaksa Aku Relakan, Blok 404 dan banyak lagi. Malah Isma turut mengarahkan iklan televisyen untuk Naelofar Hijab.

Azma Aizal Yusoof atau lebih dikenali sebagai Isma Yusoof tidak peduli dengan kecaman yang dilemparkan terhadapnya selepas dia mengaku dirinya sebagai seorang trans.g3nder.

Bagi pelakon drama Sutun 2 itu, Malaysia adalah sebuah negara bebas dan sesiapa sahaja berhak untuk membuat atau melemparkan apa sahaja komen terhadap sesiapa.

“Ibaratnya kalau kita sendiri yang pilih untuk masuk kolam, kita kenalah terima hakikat yang kita akan basah selepas itu.

“Sama juga dengan kecam4n, bila saya mengaku sebagai seorang transg3nder, kenalah terima dengan kecam4n orang lain dan sebagainya,” katanya kepada Suara Merdeka baru-baru ini.

“Yang kec4m itu tidak pernah bayar bil saya pun. Tidak pernah tahu kesihatan mental saya pun.

“Bukan saya tidak peduli dengan kecaman, cuma saya beranggapan perkara itu tidak penting. Lagipun kecaman tu hanya pedih di telinga sahaja, tak keluarkan darah pun,” kataya.

Jelas Isma, orang yang kecam itu pun sebenarnya hanya tahu satu sisi cerita tentang dia sahaja dan tidak tahu bagaimana kehidupan sebenarnya.

Ditanya mengapa Isma memilih untuk bersikap terbuka mengenai status dirinya apatah lagi golongan trans.g3nder ini boleh dikatakan sebagai isu sensitif dalam negara, jelas Isma, dia sudah penat menipu dirinya.

“Selepas saya berhenti dari industri seni selama dua tahun duduk di Langkawi, saya berkenalan dengan ramai rakan-rakan di seluruh dunia.

“Sejujurnya, mereka terima saya dan hargai diri saya seadanya. Di mana saya tidak perlu berlakon untuk menjadi seorang lelaki sejati di hadapan mereka.

“Itu yang membuatkan saya fikir bahawa kenapa saya nak tipu diri sendiri selama ini sehinggakan saya sendiri penat,” katanya.

Jelas Isma, dulu dia keliru sisi mana yang perlu ditonjolkan ke khalayak umum hingga dirinya berasa penat.

Tambahnya, dia hanyalah pelakon di hadapan kamera sahaja dan bukannya di luar.

“Selepas saya tonjolkan diri yang sebenar, barulah rasa gembira sebab lega kerana tidak perlu lagi berpura-pura,” jelasnya

 

May be an image of 2 people, people standing and outdoors

Namun, apa yang menarik perhatian kami apabila baru-baru ini tular sebuah video pengkuan dari Isma sendiri bahawa dia berbanga dirinya pondan. Lebih mengejutkan lagi apabila nafsunya cenderung terhadap lelaki maskulin.

“Saya gembira dengan bentuk badan, suara dan wajah saya sebab saya terima diri saya sebagai pondan. Saya memang tak ada nafsu dekat wanita. Saya transgender. Dalam diri saya wanita jadi seksual saya lebih kepada lelaki.

 

Tidak pasti sama ada itu adalah gimik atau dirinya mahu berterus terang kepada peminat. Apa pun, moga kita semua diberi petunjuk dan hidayah ke jalan yang benar.

Sumber: Koolfm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*