Akhirnya yang ditunggu sudah boleh, pasar malam, kedai gunting rambut, pusat cuci kereta dibenarkan beroperasi esok cuma ada sedikit syarat

KUALA LUMPUR: Pasar malam, kedai gunting rambut dan pusat cuci kereta dibenarkan beroperasi mulai esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata mesyuarat khas hari ini memutuskan tiga jenis perniagaan itu dibenarkan beroperasi dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat.

“Operasi pasar malam dibenarkan bermula jam 4 petang hingga 10 malam dengan mematuhi SOP ketat iaitu jarak gerai satu meter antara satu sama lain, hanya satu jalan masuk dibenarkan dan kawalan ketat pasukan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

“Untuk kedai gunting rambut, dibenarkan beroperasi sehingga jam 10 malam dan hanya khidmat gunting rambut dibenarkan.

“Petugas mesti mematuhi SOP ketat iaitu memakai pelindung muka, pelitup muka, apron pakai buang, sarung tangan dan alat mesti dibersihkan menggunakan air panas setiap kali selesai untuk setiap pelanggan,” katanya pada sidang media harian di Kementerian Pertahanan, hari ini.

Ismail Sabri berkata, operasi perniagaan pusat cuci kereta juga dibenarkan sehingga jam 10 malam.

Video kebenaran.

PKP: Kerajaan digesa pertimbang operasi pasar malam

Kerajaan diharap dapat memberi pertimbangan bagi membenarkan operasi pasar malam di setiap negeri-negeri yang dikenakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus berkata, pihaknya menerima banyak rungutan daripada peniaga pasar malam kerana terjejas pendapatan susulan pelaksanaan PKP.

Menurut Hasanuddin, beliau amat memahami usaha kerajaan dalam memerangi wabak Covid-19 namun nasib peniaga terlibat juga perlu diberi keutamaan.

“Saya mewakili Parlimen Hulu Langat dan seluruh peniaga pasar malam memohon pertimbangan berhubung perkara ini dan berharap agar kerajaan dapat memberi sedikit kelonggaran untuk mereka beroperasi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Hasanuddin berkata, terdapat beberapa langkah alternatif dapat dilakukan kerajaan dalam perkara ini antaranya dengan membuat penggiliran bagi peniaga untuk beroperasi di setiap tapak pasar malam.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan juga boleh mempertimbangkan cadangan peniaga yang mengesyorkan waktu operasi di pasar malam adalah bermula dari jam 6 petang sehingga 9.30 malam.

“Kerajaan sepatutnya ada langkah alternatif untuk pastikan ekonomi terus berkembang walaupun negara sedang berdepan Covid-19.

“Pasar malam beroperasi di tempat terbuka dan lapang malah ia berbeza dengan pusat-pusat membeli-belah yang lebih tertutup serta merisikokan orang awam dengan Covid-19,” katanya.

Tambah Hasanuddin, pihaknya juga yakin peniaga serta pengunjung pasar malam akan dapat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Dalam hal ini, saya juga telah mengutuskan surat kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis dan berharap agar kerajaan dapat memberi pertimbangan sewajarnya,” katanya.

Sepanjang pelaksanaan PKP, sebahagian aktiviti ekonomi dibenarkan beroperasi antara jam 6 pagi hingga 8 malam, kecuali bagi aktiviti tertentu.

Penguatkuasaan semula PKP melibatkan Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan), Melaka, Johor dan Sabah untuk tempoh 14 hari bermula 16-26 Januari ini seperti yang diumumkan Muhyiddin pada Isnin.

Sumber bharian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*